HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 1 January 2015

Shopping Di IKEA

Assalamualaikum...


Seperti yang dirancang, akhirnya aku sampai IKEA juga. Sebenarnya aku dan husband dah lama plan nak pergi IKEA tapi selalu saja tak jadi sebab terfikirkan anak anak. Iyelah takkan nak bawa ketiga tiga anak kami. Kalau angkut semua sekali memang tak dapat shoppinglah jawabnya. Lagipun IKEA tak sesuai kot bawa anak anak kami yang masih kecil kecil tu. Lagipun diorang mesti tak enjoy. Kat sana bukannya ada permainan pun yang ada perabot je kot. Kalau angkut juga ketiga tiga sudah pasti tempat IKEA tu  menjadi tempat Daddy berkejaran dengan anak sana sini..hehehe


Aku sememangnya hantu selfie. So tolong jangan menyampah tengok muka aku yang sentiasa syiok sendiri ni ye kesayangan semua :')

Minggu lepas Mummy ambil cuti sehari untuk settlekan persekolahan anak sulung Mummy Daniael Mieqael. Husband pula masih bercuti masa tu. Anak anak macam biasa kami tinggalkan kat rumah pengasuh.

So kesempatan yang ada Husband pun ajaklah pergi IKEA. Mula mula Mummy malas nak pergi sebab risau urusan pendaftaran anak ke tadika lama. Lepastu nak pergi IKEA Damansara pula mesti jammed kalau lambat sangat. Tapi husband pula beriya sangat nak pergi. Kalau tak pergi hari ni memang tak dapatlah pergi IKEA sebab husband susah nak cuti. Sabtu Ahad pula memang tak bolehlah pergi sebab anak anak ada. Aku pula memang dah lama teringin sangat nak pergi IKEA. Tak sabar nak shopping sakan kat sana..hehehe. 


Jam 8.00 pagi kami dah gerak ke smart readers untuk uruskan pendaftaran anak.  Jam 9.00 pagi semua dah settle. Husband terus memecut ke IKEA. Jam 10.30 pagi dah sampai IKEA. Alhamdulillah kami sampai awal. Kalau datang awal parking pun senang dapat. Tapi itu pun dah ramai orang datang nak masuk ke parking. Kalau datang lambat memang susahlah nak dapat parking. Pusinglah seratus kali pun jangan harap dapat parking.


Masuk IKEA Husband terus cari beg IKEA senang nak sumbat barang kecil kecil katanya. Kalau angkut barang besar besar baru pakai troli pula. Haih tetiba comel pula husband aku ni..hehehe


Misi utama datang ke IKEA cari meja belajar anak anak. Lagi pun aku memang dah lama nak cari meja yang sesuai untuk anak anak aku. Senang untuk Daniael Mieqael belajar nanti. Tak perlulah pakai meja makan ke apa, kesian pula.


Aku sangat berkenan dengan meja bolat ni. Tapi aku perlukan persetujuan dari husband tercinta. Sebab husband kata tak nak beli besar sangat, risau tak muat dalam bilik je. Bila husband dah cakap macam tu aku okay je. Biar husband tengok sendiri. Kalau okay akulah orang paling happy..hehehe.


Husband pun tengoklah meja idaman Mummy tu. Husband lama berfikir dan perhatikan saiz meja tu. Tetiba husband cakap nak tambah tiga kerusi meja khas untuk anak anak kami. Amboi nak beli sampai 3 kerusi. Aku ingatkan husband nak beli dua je untuk Daniael Mieqael n Dannish riffqie. Sebab plan asal nak dua je. Tak sangka pula Rayyan Ashraff dapat sekali..alololo comelnya ketiga tiga anak kami duduk kat kerusi masing masing..hehe.


Yeayyy Husband setuju dengan pilihan Mummy. Sayang Daddy ketat ketat..hehehe.


Husband beli meja kecil pula. Yang ni aku tak pasti husband nak guna untuk apa. Takpelah biar dia dengan dunia dia, janji husband aku gembira.


Singgah kat sini. Mak aii teruja betul tengok pinggan cawan mangkuk yang penuh warna warni ni. Harga pun murah gilak. Apa lagi aku terus borong khas untuk anak anak aku..huhuhu.



Posing kejap lepastu sambung lagi shopping hehehe. Tetiba aku ternampak rumah mainan ni alololoo comelnyaaaaa!!!


Tapi sayangnya takde stok. Kecewa betul! Dapat posing dengan rumah mainan tu pun jadilah. Husband aku cakap lain kali datang lagi. Entah bilalah boleh datang lagi. Dahlah IKEA jauh. Faham faham jelah Putrajaya dengan Damansara tu boleh tahan jauhnyaaaa! Takpelah bukan rezeki anak anak.


Masa untuk bayar bil. Aku sempat lagi ambil dua bakul sampah merah tu..hehehehe. alaaaa bukan nak letak sampah pun tapi aku nak letak lego lego anak aku yang sangat banyak ituuuuuu.


Paling best semuanya bos yang tolong bayar. Budget  nak shopping kat IKEA kononnya rm300 je.. Last last terlebih budget pula dah. Semuanya RM 605.00. Sorry bos..hehehe.


Penat shopping, singgah chatime kejap sebelum balik. Kami suami isteri memang suka gilak minuman chatime ni. Pernah cuba minuman yang seakan akan chatime ni tapi tak sedap langsung. Yang ni lagi sedapppp dan murah!



Dah settle shopping kat IKEA, Husband ajak dating sambil tengok wayang pula. Lama rasanya kami tak tengok wayang bersama. Tetiba rindu pula time bercinta hampir setiap hari tengok wayang..hehehe. Setiap kali tengok wayang wajib beli Popcorn paling besar ni. Tanpa popcorn tak aman rasanya dunia Mummy dalam wayang tu..heheeh.


Okay cerita Hobbit ni aku memang layan sejak dulu. Semua ni pengaruh Husband aku yang balik balik tengok cerita ni dan akhirnya aku terjebak sekali. Kali ini cerita Hobbit memang best gilak. Jalan cerita dia penuh dengan debaran. Nak terkencing pun aku sanggup tahan asalkan aku tak terlepas setiap jalan cerita dia..hahahaa dahsyat betul!

Tengok sekali rasa macam nak tengok lagilah. Husband cakap nanti dia beli CD boleh layan cerita ni puas puas. Alaaaa orang nak tengok kat wayanglah baru best dan puas hati sebab skrin dia kan besar..tehehehe. Haih mengada ngada betul makcik ni! :p

Selain meja belajar anak anak Mummy sempat pau Husband dengan barang barang kecil yang sangatlah comel antaranya


Mainan baru untuk Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie. Setiap kali pergi klinik suka betul dua beradik tu main benda ni. Dah lama cari rupanya kat IKEA je ada jual. Haaa apa lagi aku teruslah beli..hehe.


Frame untuk ketiga tiga anak bujang Mummy. Harga dia ya Allah murah je RM 2.50. Walaupun murah nampak comel sangat. Sukalah!


Alahai yang ini pun comel! Sesuai untuk anak anak aku yang dah pandai makan sendiri :')


Haaaa untuk Mummy pun ada tau. Seronoklah Mummy masak masak lepas ni..hehehe.


Meja Daddy. Baru Mummy tau fungsi meja ni untuk apa. Rupa rupanya untuk letak benda benda comel ni kot. Ikut suka hati dialah janji rumah sentiasa kemas dan bersih.

Okay habis!


Alhamdulillah dah masuk tahun 2015. Mummy nak ambil kesempatan nak ucapkan selamat Tahun baru pada semua yang sudi dan rajin singgah blog Mummy yang tak seberapa ni. Apa pun terima kasih sekali lagi semua. Jumpa lagi babai..



12 comments:

  1. Wow.....kemain lagi sopink, smpai terlajak budget gitu..,saya pon suke pegi sane walaupon dok jb, ade peluang ke kl je mesti nak singgah. Pasal budget tu memg x blh elak, memg kompem out punye, sb brg2nye mmg rase mcm kene pukau je nak beli....salam kenal....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAAA..bahaya betul masuk IKEA rasa macam nak borong je semua. Heheeh

      Delete
  2. lame dah x gi ikea huhu...kan best kalau melaka ade ikea hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal. Kita pun lama tak ke IKEA sebab jauh sangatlah. Sekali pergi terus terlajak budget..hehe

      Delete
  3. Bestnya dpt sopink kat ikea..sekali skla berhabiskan sis

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Memang syiok gilak! Rasa nak borong je semua. Tapi harus berbelanja bijak..

      Delete
  5. comel nye barang2 yg dibeli ittewww

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page