HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 3 February 2015

Abang Adik.

Assalamualaikum...



Hari ini ada jemputan makan makan kat rumah tunang adik ipar. Awal pagi Mummy dah kelam kabut siapkan dua beradik ni. Semalam tidur lambat. So pagi ni dua dua bangun lambat. Jam 9 pagi Daddy dah paksa dua dua bangun dan Daddy terus saja mandikan. Baby masih dibuai mimpi. Masa untuk laju laju siapkan Abang abang. 

Sementara Daddy mandikan anak anak, Mummy pula gosok baju anak anak. Entah kenapa Mummy suka sangat tengok anak anak pakai baju sama dan nampak ala ala kembar je rasa. Setiap kali pilih baju, Mummy akan ambil baju yang sama. Senang tak perlu pening cari baju lain..hehehe.


Dah siap mandi. Mummy pakaikan baju pula. Sambil sambil tu Daddy bancuh susu untuk dua beradik ni. Bab pakaikan baju Daddy serahkan pada Mummy saja sebab Daddy tak boleh nak handle dua beradik ni kalau pakai baju. Masing masing berebut rebut nak pakai baju dulu. Sorang nak pakai seluar sorang lagi nak pakai baju. Kadang kadang stress layan dua beradik ni. 

Bila Mummy yang pakaikan baju dua dua duduk senyap senyap sambil tunggu Mummy siapkan. Nampak sangat dua dua takut dengan Mummy kan..hehehe. Mummy kan garang macam harimau kelaparan kalau berani cubalah..hehehe



Daddy tengah sibuk sibuk pakai gel rambut, dua dua laju je berlari ke arah Daddy sambil menjerit jerit nak pakai gel rambut juga. Sabar jelah...


Abang adik selamanya. Sekejap kawan sekejap jadi musuh dengan tiba tibanya. Pagi ni Mummy tak dapat join sekali sebab baby tak berapa sihat. Daddy terpaksa bawa dua beradik ni sebab atok n nenek subang rinduuuu katanya.

Haih Abang abang ni takde, sunyi sepilah rumah Mummy. 




Mummy : "Abang kiss adik.." 
Abang laju je kiss adik dia..


Mummy  suruh kiss je kot. Tapi abang adik ni terlebih romantik pula..sabar jelah..hahahaaha


Okay dah siap! masa untuk jalan ke rumah nenek Subang! Peace dulu..babai!




7 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page