HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 27 February 2015

Anak Sulung Demam lagi.

Assalamualaikum...


Minggu ni aku rasa dah tiga hari hujan berturut turut. Pagi dan tengahari panas je tapi bila dah petang sikit mulalah mendung dan hujan. Aku kalau hujan pagi atau tengahari tak kisah sangat tapi kalau asyik hujan petang petang aku mulalah risau, sedih dan stress memikirkan pasal nak ambil anak anak aku nanti. Kesianlah mesti kami anak beranak basah lagi.

Petang semalam, 15 minit sebelum jam 5.00 petang aku perhatikan keadaan diluar. Ya Allah terkejutnya aku kat luar dah mula gelap. Macam nak ribut pun ada. Kejap lagi mesti hujan lebat. Macam mana aku nak ambil anak anak aku ni? Tanpa aku sedar tetiba je mata berair. Sedih kot anak anak aku basah hujan. 

Aku cepat cepat kemas meja. Tepat jam 5.00 petang aku laju laju keluar. Risau betul aku tengok keadaan luar makin gelap. Kalau hujan terlampau lebat takutnya aku nak memandu. Aaahhh macam nak nangis je dalam kereta. Benci aku macam ni!

Keluar je tempat parking hujan dah mula turun dengan lebatnya. Aku perlahan lahan memandu sambil doa banyak banyak semoga aku selamat sampai. Jam 5.40 petang aku sampai sekolah (smart reader kids). Kira lewatlah juga aku sampai. Selalunya aku akan sampai tepat jam 5.20 petang. Tapi sebab hujan memaksa aku memandu dengan berhati hati. 

Dah sampai susah pula nak dapat parking. Hujan semakin mengila kat luar. Ya Allah kesian anak aku. Tunggu lama lama dalam kereta pun tak berguna sebab hujan macam tak nak berhenti je. Aku laju laju ambil payung. Ambil dua patung terus. Laju laju keluar kereta dan buka payung. Mak aii rasa macam nak terbang je payung aku. Angin pun dah mula mengganas. Bencinya aku! 

Sampai pintu sekolah aku laju laju tekan loceng. Tak sampai berapa saat muncullah wajah kesayangan aku Daniael Mieqael. Abang perhatikan aku atas bawah.

"Mummy basah!" (Sambil tunjuk baju kurung aku yang dah pun separuh basah)

"Aah sayang, Mummy basah kena hujan.."

"Mummy, Abang tak basah pun!"(haih anak aku ni dah mula membebel pula, layan jelah.)

"Baguslah Abang tak basah.."(ringkas je jawapan aku)

Teacher yang sejak tadi perhatikan perbualan kami anak beranak hanya tersenyum sambil hulurkan beg sekolah anak aku. 

"Okay teacher tq.." kataku pada teacher comel itu.

"Sama sama puan. Hati hati memandu ye puan. Hujan lebat ni.."

"Okay teacher. Teacher pun hati hati tau.."

Sebelum balik abang salam dan cium tangan teacher. Aku laju laju turun tangga. Begitu juga dengan Abang. Keadaan kat luar masih sama dan masih hujan. Aku buka payung dan dukung abang. Berlahan lahan masuk dalam kereta. Payung pula buat perangai. Rasa macam nak terlepas je dari tangan aku. Separuh badanku memang dah basah. Malas nak fikir. Yang penting anak aku tak basah. Masuk kereta je. 

"Mummy, abang basah!" (Sambil tunjuk baju dan seluar yang dah pun basah)

"Takpe Abang nanti sampai rumah kita mandi, okay?"

"Okay Mummy!" 

Sampai rumah sebelum ambil Dannish Riffqie dan Rayyan Ashraff kat rumah pengasuh aku mandikan abang laju laju. Risau pula anak aku ni demam. Dah settle semua. Segera ambil anak kedua dan anak bongsu aku pula. Mujurlah rumah pengasuh tak jauh.


Jam 3.00 pagi Abang merengek dan buat aku terjaga dari tidur. Check keadaan abang. Dalam fikiran aku mungkin pampers Abang penuh. Pegang kaki Abang sejuk semacam. Pegang kepala pula Ya Allah panasnya! Aku cepat cepat lap seluruh badan Abang dengan kain basah. Abang nangis sejuk katanya. Ya Allah kesiannya. Kenapalah demam time time macam ni pula. Bagi Abang minum ubat demam. Abang pun minum. Dan sambung tidur. 

Aku ambil henpon dan sms bos yang aku terpaksa EL hari ini. Sorry bos anak segalanya...






6 comments:

  1. kesian dia..hope get well soon :-)

    ReplyDelete
  2. Syafakillah handsome boy!
    Selalunya keadaan camni lah yg buat kita serba salah nk kerja. Tp apa boleh buat kan, kerja penting, tp anak lagi penting.
    Take care mummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!

      Betul. Kerja memang penting. Tapi bila anak demam dan tak bermaya nak pergi kerja pun tak sampai hati. Lebih baik EL saja demi anak tersayang.

      Delete
  3. gws ye abg... aiyan pun tak berapa sihat nih... risau jgk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty!

      Sekarang musim demamlah yang. Ramai je budak budak sekarang ni demam batuk selsema. Haih risau melarat kat adik adik je nanti..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page