HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 28 February 2015

Boring

Assalamualaikum...


Ketiga tiga anak kesayangan aku dah pun tidur! Sekarang jam 8.45 malam dan aku masih susah nak tidur. Lipat kain kejap sambil layan cerita hindustan kat astro. Dah habis lipat, makan apple pula. Duduk depan tv dan layan cerita hindustan tadi. Penat duduk aku baring pula atas sofa sambil makan apple hijau. 

Dah habis makan apple minum air pula. Segelas tak cukup. Aku minum air suam sampai 6 kali baru puas hati. Tutup semua lampu, kipas dan Tv. Masuk bilik. Kiss anak satu persatu dan terus baring sebelah baby Rayyan Ashraff. Cuba tidur tapi tak boleh tidur. Ambil henpon main sudoku. Dah penat layan sudoku, layan instagram pula. Dah puas tengok instagram buka blog pula. 

Belanja satu gambar...tehehe :')

Dan sekarang aku tengah update blog kesayangan aku ni. Boring sebenarnya. Takde kawan berborak, kekasih hati yang rajin layan aku malam malam jauh dan takde disisi T___________T"

Apa hal air mata aku mengalir pula ni? Ya Allah sedih ke aku asyik kena tinggal sorang sorang? Anak anak aku kan ada? Tapiiiiiiii semua tu bagi aku masih tak lengkap. Kalau semua ada kan best. Takdelah aku boring kesunyian macam ni :'( 

Esok anak kedua aku Dannish Riffqie genap 2 tahun. Aku dan suami sepatutnya nak raikan harijadi dia. Tapi suami takde. Kesianlah anak aku. Setiap kali hari penting dia Daddy mesti sibuk dengan kerja. Sibuk merantau sana sini. Haaaa tengok makin deras pula air mata ni mengalir. Aku sejak makin tua ni makin emosi dan sensitif pula. Mengada ngada betul benci aku!





5 comments:

  1. Replies
    1. Kita sama dan serupa..hehe.

      Ehh iphone5s macam best je.. :')

      Delete
  2. same la kite..even anak2 ade pun, stil nak suami yg ade di sisi.. hehehe
    tu la kan, makin tua makin emosi plak kite ni hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Emosi bukan disengajakan pun tapi semulajadi macam tu. Asyik merajuk je sekarang ni. Nasib baiklah suami jenis sabar je..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page