HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 6 February 2015

Impian Menjadi Kenyataan

Assalamualaikum...


"Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Syukur Ya Allah terima kasih atas rezeki ini.."

Aku sebenarnya memang berharap sangat dapat rumah kat Putrajaya. Dah lama teringin dan berangan angan nak ada rumah sendiri. Alhamdulillah akhirnya impian menjadi kenyataan. Terima kasih Allah..


Mula mula check status permohonan tu Ya Allah berdebarnya. Nak masukkan nombor kad pengenalan pun takut. Dah banyak kali check tapi selalu saja mengecewakan. Tapi kali ni perasaan aku berbeza sikit. Debaran aku tahap maksima. Rasa macam nak tercabut je jantung aku berdebar debar tanpa henti. 

Sebelum tengok keputusan aku solat dulu. Memohon padaNYa agar semuanya okay. Lepas solat aku rasa lebih tenang dan penuh keyakinan dengan tiba tiba. Aku perlahan lahan masukkan nombor kad pengenalan dan laju laju tekan enter!



Bila tengok status permohonan berjaya aku terus menjerit gembira! Laju laju call husband dan ceritakan semuanya. Husband cakap semua ni rezeki anak ketiga kami Rayyan Ashraff. Menitis air mata bila husband cakap macam tu. Terus tak sabar sabar nak cium peluk Rayyan Ashraff waktu tu. Ya Allah aku memang happy tak terkata. Syukur sangat.

Hari ini dapat surat tawaran yang perlu aku cetak dan lengkapkan semuanya. Alhamdulillah dapat tawaran paling baik punya. Bestnya bestnya bestnyaaa...hehehehe



Dapat rumah macam ni pun aku rasa dah okay sangat. Dekat dengan tempat kerja dan paling penting dalam kawasan Putrajaya. Lagipun kawasan Putrajaya cantik, bersih, selamat dan serba lengkap. Anak anak aku nak sekolah pun senang. Itu yang paling penting :'). Tak perlu susah susah cari rumah yang jauh jauh. Putrajaya memang terbaik.

Rumah ini dijangka akan siap tahun 2017. Alahai tak sabar pula..hehehehe :')



10 comments:

  1. Salam ukhuwah dari Bunda...TAHNIAH...

    ReplyDelete
  2. Tahniah..teringin nk mntk tp sbb dia utamakan mereka yg dok area putrajaya..plus akk dh beli rmh plak..huhu

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..happy for you :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..happy for you :)

    ReplyDelete
  5. tahniah sis.. leeza dah lama x g putrajaya.. biasa g putrajaya ke bangunan wisma tani je:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page