HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 23 February 2015

Kek Kegemaran Anak Anak

Assalamualaikum...


Haaa nak cerita kat korang ni. Baru baru ni seperti yang aku janjikan pasal nak buat kek hari tu akhirnya hampir hampir berjaya. Bukan berjaya sepenuhnya lagi tau tapi okaylah dari sebelum ni. Rasa dia pun boleh tahanlah juga..sedapppp kot sebab anak anak aku makan sampai licin..hehehe.

Sebenarnya nak buat kek ni senang je. Tak susah pun paling penting yakin pada diri sendiri. Lagipun nak buat kek ni tak perlu pun nak bakar mahupun nak kukus ke apa cuma main celup celup, susun susun, tabur tabur oreo je dah siap..hehehe. 

Sebelum ni pernah dah try banyak kali tapi hasilnya sangatlah menyakitkan hati. Tapi bila aku cuba buat banyak kali tanpa berputus asa akhirnya aku berjaya. Rasa dah okay cuma aku perlu perbaiki lagi mana yang kurang sebagai contoh nak perkemaskan lagi susunan biskut dan yang sewaktu dengannya. 


Inilah bahan bahan yang perlu ada untuk buat kek ni. Aku tak pastilah apa nama kek ni aku ikut suka hati aku je panggil kek..Hahahaaa. Tapi kalau ikutkan semua orang panggil cheese kek kot. Mana mana lah janji serupa macam kek lah kan..hehehe malas aku nak pening peningkan kepala.


Dan inilah hasilnya. Sedap tak?! sedap tak?!. Kalau aku dah hebat buat kek ni insyaAllah aku akan cuba yang jenis nak kukus kukus pula. Haih hati terasa riang ria bila hasil tangan aku licin anak anak kerjakan. Puas hati betul tengok anak anak kekenyangan. Sabtu ni nak buat lagilah. Makin seronok pula aku main masak masak ni. Takpelah janji berbaloi baloi untuk anak anak aku yang makin banyak permintaan ituuuu..


Okay kesayangan semua jumpa lagi..babai!



12 comments:

  1. sue dah lama tak buat ni....dolu rajin la...sekarang ni M besoo woooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww mesti awak buat lagi sedap kan. Kita ni baru je belajar. Nasib baik dah lulus..hehe

      Delete
  2. kompems edap...rupa tolak tepi la kan...anak2 je nk mkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul. Bukan nak jual pun kan..hehe

      Delete
  3. Cheesekut ni mommy Tak pernah buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Ramai yang cakap cheesekut. Tapi kita panggil kek je..hahahaha.

      Trylah sayang, confirm anak anak awak suka :')

      Delete
  4. Replies
    1. Nyummm nyummmmm..sampai menjilat jari..hahahaha

      Delete
  5. wiena ana pon semalam baru buat cheesekut..mcm berjanji je kite..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak yeke..Hahahaaha. banyak betul yang kebetulan pasal kita ni kan..hehe. Ana kita dah tengok kat IG awak nampak lagi sedap je. Jeles tau :'(

      Delete
  6. sodap cheesekut nih, ringkas n mudah nk buat sedap pun sodap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak, kita try banyak kali juga sebenarnya. Akhirnya berjaya..huhu!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page