HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 20 February 2015

Kisah Semalam


Semalam jam 9.30 malam suami dan anak anak dah tidur. Aku pula masih tak boleh tidur dan terus saja ke dapur dan cuba buat kek untuk kali kedua. Cubaan pertama buat kek sangat mengecewakan. Dan ini kali kedua aku nak cuba buat kek. Tapi semalam hasilnya tetap sama. Benci betul bilalah nak pandai buat kek ni T_____T".

Ambil henpon google pasal kek paling senang di dunia. Semua bahan dah ada tinggal nak proses je. Malam ni nak try lagi. Harap harap menjadi. Kalau tak jadi juga memang menangis sorang soranglah aku kat dapur. Teringin sangat nak buat kek ni. Sebab anak anak aku suka sangat makan kek. Kalau beli yang dah siap kebanyakkannya manis. Aku pula memang jenis yang tak suka makan benda manis manis ni cepat je pening kepala. Kalau pandai buat sendiri kan senang. Tapi aku selalu saja gagal. Entah apa yang tak kena. Walau apa pun aku tak kan putus asa. Malam ni nak try juga. Jadi tak jadi belakang kira. Janji buat sampai berjaya! Kalau tak pandai pandai juga.. haaaa lantak kaulah kek malas dah aku nak layan! 


Semalam sempena cuti tahun baru cina. Kami anak beranak santai santai kat rumah je sambil layan pizzahut. Dua beradik ni pantang nampak pizza terutamanya Dannish Riffqie laju je pegang dan tak sabar sabar nak makan. Pizza tu dahlah panas, dia boleh buat selamba je masuk dalam mulut. Sabar jelah.


Cuti 4 hari bolehlah luangkan masa untuk anak anak. Anak anak nak makan apa layan je. Dan aku sebagai tukang masak yang tak berapa hebat sangat ni akan cuba masak dan tunaikan juga demi anak anak tersayang. Kalau Daniael Mieqael nak ayam goreng, aku laju laju masak ayam goreng. Kalau Dannish Riffqie nak sosej aku pun laju laju masak sosej. Tapi kalau dua dua nak kek aku mulalah pening kepala nak layan. Haih nampaknya aku wajib belajar bersungguh sungguh buat kek. Biar semua dalam rumah ni jadi gemuk gemuk comel..hehehe 




6 comments:

  1. Ana pon kdang buat kek de gak xmjdi..
    klu pakai oven peratus utk xjdi tu ada...ce wien try kukus lak..sprti moist chocolate cake..resepi pon senang..mne tau jdi lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke..kita sama je ana..hehehe. InsyaAllah nak try nanti yang kukus pula. Nama cake tu macam sedap je. Tergoda tau tak. Harap harap berjaya buat..

      Delete
  2. mummy nak buat kek senang, buat choc moist cake kukus..plg senang & gerenti jadi kalau ikut semua sukatan dgn btol! vna dah 2-3 kali buat mmg sedap ngeeee..

    tak sabar dua budak handsome tu nak ngap pizza ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh macam ramai je yang buat kek jenis nak kukus kukus ni. Tak sabar pula nak try.

      Alahai dua beradik tu memang pantang nampak pizza macam tulah gayanya..hehe

      Delete
  3. Replies
    1. Permintaan anak anak haruslah usahakan..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page