HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 26 February 2015

Terkentut!



Adoilah bila teringat gelagat anak anak aku sebelum tidur tadi betul betul buat Mummy ketawa sampai keluar air mata. Hilang stress Mummy layan dua beradik bijak ni. Nak taip ni pun masih teringat ingat dan ketawa sendiri. Adoilah.

Korang pun mesti nak tau apa yang berlaku kan tadi. Okay sebenarnya macam ni. Jam 8 malam semuanya wajib masuk dalam bilik dan tidur. Aku memang dah set waktu tidur anak anak aku macam tu sejak anak sulung aku masuk sekolah. Siapa tak tidur Mummy denda duduk kat ruang tamu dalam keadaan gelap. Haaaa anak anak aku mestilah tak nak dan takut..hehehe. Nak tak nak akan paksa diri untuk tidur. Setakat ni semuanya berjalan lancar. 8.30 semua mesti dah tidur dan dibuai mimpi indah.

Tapi malam ni anak anak aku tidur lewat sikit. Jam 8 malam kami dah terbaring atas tilam. Rayyan Ashraff macam biasa selepas aku susukan mesti akan tertidur. Bila dah tidur aku perlahan lahan turun katil layan dua beradik tu pula. Aku baring tengah tengah. Daniael Mieqael baring sebelah kanan Dannish Riffqie pula baring sebelah kiri. Dua dua aku kiss. Dua dua pun berbalas balas kiss Mummy..hehehe. 

"Abang kenapa tak tidur lagi ni?"

"Abang nak tengok Daddy?" Tiba tiba Dannish Riffqie pun menyampuk..

"Mummy, Adik nak tengok Daddy!" (Dahi berkerut kerut seribu..hahaha)

Macam biasa sebelum tidur dua beradik ni wajib layan video Daddy yang telah aku rakam sebelum ni. Video ni tengok berkali kali pun anak anak aku tak pernah bosan malah nak tengok berulang kali. Kesianlah mesti rindu kat Daddy.

Aku ulang video tu sebanyak 5x dan terus paksa dua dua tidur. Petang tadi hujan so malam ni sejuk je rasa. Dua dua terus tidur. Aku pun cuba pejam mata dan tidur sekali. Tiba tiba terdengar satu bunyi yang aku rasa punyalah kuat. 

"Ishh siapa yang kentut ni!" (Sambil tahan ketawa..)
Tapi anak aku dua dua berebut rebut mengaku kentut..

"Mummy cakap siapa yang kentut mengaku cepat!" (Masih lagi tahan ketawa..)

"Mummy, abanglah kentut. Tengok ni "pottt!" Keluar satu bunyi. Lepastu Abang ketawa.

Dannish Riffqie pula bangun. 

"Mummy, adik kentutlah! "Pottt!" Keluar satu bunyi yang sama. Adik pun ketawa. Puas hati agaknya.

Masa ni aku dah tak tahan memang ketawa macam orang gila. Geli hati tengok perangai anak anak aku ni. Bila Mummy ketawa macam tu dua dua pun ikut ketawa sekali. Nasib baiklah baby tak terjaga. 

Paling geli hati bila dua dua berebut rebut mengaku kentut siap bagi bukti lagi. Padahal yang terkentut mula mula tu orang lain. Korang rasa siapa yang terlepas kentut tu? Adoi teruk betul Mummy ni tau! Sorrylah anak anak Mummy tak sempat kawal..HAHAHAHAHA. Entah apalah yang aku makan siang tadi. Perut terlampau banyak angin. Nasib baiklah aku terlepas depan anak anak je. Kalau terlepas depan orang lain mesti aku dah malu tahap nak menangis tau tak! 

Siapa yang baca blog ni silalah faham keadaan aku masa tu. Korang pun mesti pernah terlepas kan? Baik mengaku cepat cepat..HAHAHAHAAA tetiba pula paksa paksa orang..sabar jelah :p 



4 comments:

  1. hahahaha...kelakar2..siapa kata perempuan cantik tak kentut?kihkihkih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAAAA..Mummy orang yang jujur okay. Kentut pun kentutlah..Hahaha

      Delete
  2. haaaa akak pernah jer terlepas (bkn sekali tp berkali2 dpn Mr Fallah) haiyaaaaa fengsan menyorok dlm selimut...

    * blog akak da private, kalau sudi nak baca lagi, bole la drop emel address di emel marlia171@gmail.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww mengaku nampak..hahahahaaa. comel je akak ni tau..hehehe.

      Alaaa patutlah tak boleh buka. Okay nanti kita emailkan ye. Tq kak :')

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page