HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 25 February 2015

Tiga Beradik dan bantal Busuk


Assalamualaikum.


Aku terjaga dalam pukul 4.02 pagi. Check pampers baby dan terus tukar. Perlahan lahan turun katil. Check pampers Abang abang pula. Daddy takde. Outstation lagi. Kalau Daddy ada aku tak perlu susah susah bangun sebab Daddy dah settlekan pampers anak anak. Oleh kerana Daddy takde aku wajiblah bangun dan check keadaan pampers anak anak. Pampers Daniael Mieqael masih okay. Tapi pampers Dannish Riffqie  terlampau penuh. Macam mana tak penuh sebelum tidur minum susu dua kali. Kalau masih tak puas minta susu lagi. Dahsyatt betul anak aku ni. Aku cepat cepat tukar. Abang tiba tiba terjaga dan nak susu. 


"Mummy, Abang nak susu?" (Sambil gosok gosok mata)

"Okay sayang, kejap lagi Mummy buat susu. Abang tidur tau.."

"Mummy, Abang nak pergi school! Abang nak mandi.."

"Belum lagilah. Masih gelap ni. Abang tidur dulu.."(sambil betulkan tempat tidur Abang)

"Okay Mummy!"

"Goodboy kesayangan Mummy.." 

Tak sampai 5 saat Abang bangun pula cari bantal. 

"Mummy, bantal Abang mana?!" (Cari bantal busuk dialah tu. Tanpa bantal busuk dunia abang memang tak aman)


Bilik gelap. Mummy pun tak nampak bantal busuk Abang. Cari punya cari rupa rupanya Dannish Riffqie tengah peluk bantal busuk Abang. Alahai anak aku sorang ni pun dah jadi macam Daddy dan abang. Bantal busuk tak boleh dipisahkan. Tapi Dannish Riffqie memang dah ada bantal busuk pun. Sebelum ada bantal busuk tu selalu saja curi curi bantal Abang. Abang pula pantang betul siapa ambil bantal dia, mulalah mengamuk satu rumah. Bila Mummy belikan bantal baru untuk Dannish Riffqie barulah dunia dua dua aman damai.


Cari bantal busuk Dannish Riffqie pula. Alaaaa kesiannya bantal anak aku dah jatuh bawa tilam. Aku ambil dan perlahan lahan tukar. Kalau boleh tak nak bagi Dannish Riffqie terjaga. Okay selamat. Abang pun dah senang hati peluk bantal busuk kesayangan dia tu. Aku bangun dan cepat cepat buat susu untuk Abang. Dah settle buat susu. Aku baring semula atas katil dan susukan Rayyan Ashraff pula. 


Tengok jam dah pun 4.30 pagi. Aku ada setengah jam je lagi tidur. Tapi aku dah susah nak tidur balik. Sebab kejap lagi nak bangun pula jam 5.00 pagi masak makanan Rayyan Ashraff dan siapkan bekal Abang untuk ke sekolah. Barang barang lain termasuk baju kerja dan pakaian sekolah Abang aku dah settlekan semuanya sebelum tidur malam tadi. Tak kuasa aku nak buat last minit. Tak pasal pasal kelam kabut sana sini. Buat awal awal semuanya senang. Tinggal nak masak je. 

Rayyan Ashraff dah kekenyangan. Aku bangun perlahan lahan dan pump susu pula. Oleh kerana tak dapat tidur ni. Sempatlah aku membebel pepagi layan blog comel aku ni..hehehe.


Okay kesayangan semua jumpa lagi..babai!


14 comments:

  1. alahai... caya lah akak tgk awak dik...
    akak baru jaga sorang pun dh kelam kabut bile edy takde... almaklum selalu dia yg uruskan anak

    hehehe ohooo ber bantal busuk yek sume tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kelam kabut juga ni kak. Kalau suami takde memang semua wajib buat dari A sampai Z. Kalau tak kesian anak anak aku..

      Memang semua berbantal busuk pun..hehe

      Delete
  2. tiga-tiga comel!! Geram tgk si kecik tu...rajin mummy buat sarapan.he he heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Anak teruna awak pun comel!

      Alahai sayang masak yg simple simple je :')

      Delete
  3. muka nakal je abang2 dia...sweet je

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page