HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 2 March 2015

Berjaya Buat Kek

Assalamualaikum...


Hari ini aku cuti. Tapi cuti bersebab. Bukan cuti ikut suka hati je. Jadi silalah jangan jeles ye bos bos kesayangan..hahahaha tetiba je. Nasiblah kalau bos aku baca. Malas nak fikir. 

Siang tadi lepas tidurkan anak anak, aku trylah buat kek guna pengukus tu. Ya Allah menitis air mata bila kek aku menjadi. Segan nak tunjuk gambar. Sebab tak berapa nak kemas dan cantik. Tapi rasa dia okaylah kot. Cukup cukup rasa dan paling penting tak manis. Aku tak buat banyak. Aku sekadar nak cuba je. Tapi tak sangka menjadi pula..huhuhu. 

Nanti nak buat lagi tapi kali ni nak buat cantik cantik biar terliur sesiapa saja yang melihatnya..chewahh hehehe. Lagipun aku berhutang dengan kawan kawan aku kat ofis. Bila dah berjaya buat kek wajib bagi mereka rasa hasil tanganku. 

Alahai berdebar pula sebab semuanya pakar pakar belaka.Tapi takpelah kalau ada yang kurang tu bolehlah komen dan bagi tips kat aku agar kek seterusnya Sedap dan melatoppp..hahahaha. Adoi apalah yang aku bebelkan ni.


Seharian jaga anak anak tak sihat, badan terasa penat yang amat. Mata pun semakin letih. Semoga aku terus kuat demi anak anak tersayang. 


Okay..babai!







6 comments:

  1. seronokkan bila apa yg nk kiter buat menjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaaa betul! Lagi seronok kalau anak anak pun suka..

      Delete
  2. mana gambar kek nyer?
    alahai sampai nk menitis air mata sbb dpt buat kek... propa tau ko dik hehhehe

    msti puas hati dpt bt sndiri kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaa akak ni mestilah nangis. Air mata gembira kot sebab berjaya buat kek..huhu

      Segan nak ambil gambar. Sebab kek tu tak cantik. Tunggulah hari lain pula. Nanti ambil gambar banyak banyak..hehehe

      Delete
  3. mane gmbr kek nye... :)

    hasil sendiri confirm puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar takde. Tak cantiklah sayang. InsyaAllah lain kali akak ambil gambar okay.
      Hasil tangan sendiri memang puas hati sangat..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page