HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 30 March 2015

Dannish Riffqie 2 Tahun

Assalamualaikum..

Penat Mummy ambil gambar ni Dannish Riffqie langsung tak nak senyum nasib baik hensemboy!


Hari ini Mummy baru berkesempatan nak cerita pasal anak kedua Mummy sambut birthday baru baru ini. Dannish Riffqie genap 2 Tahun pada 28.02.2015 hari tu. Tapi kami tak sempat nak raihkan pada tarikh tersebut sebab Daddy hampir sebulan outstation kat Sarawak. 

Bila Daddy balik je barulah kami berkesempatan raihkan ulangtahun anak kesayangan kami yang makin hari makin bijak ni. Kami tak buat besar besaran seperti mana ulangtahun anak sulung kami sebelum ini. Kami sekadar sambut ala kadar sahaja asalkan anak kami rasa happy dan dihargai.

Nak tiru abang dia buat peace tapi tak menjadi..hehe



Sebenarnya masa Dannish Riffqie dapat tahu kek ni khas untuk dia, dia seronok sangat. Balik balik cakap kat Abang dia

"ini kek adik. Bukan kek abang!.."
 comel je ayat anak Mummy ni tau :')

Nasib baiklah abang layankan je adik dia yang suka membebel ituuuu..hehehe.



Tapi bila kita suruh dia duduk depan kek untuk tiup lilin dan potong kek dia malu malu pula. Siap menyorok kat belakang Daddy. Sabar jelah..hahaha


Abang pula yang terpaksa duduk depan dan seronok menikmati kek ituuu..heeeheee



Bila Mummy suruh potong kek Dannish Riffqie membebel lagi dan ulang ayat yang sama

"Ini kek adik. Bukan kek Abang!"

Bila suruh potong kek malu malu pula. Haih anak..








Malu sangat nak potong kek terpaksalah Mummy tolong pegang tangan Dannish Riffqie. Sebab kek aiskrim ni dah mula cair  T________T"



Bila potong kek baby Rayyan Ashraff pula yang tak duduk diam. Tengoklah aksi anak bongsu Mummy tu. Semangat semacam..hahahaaha.





Acara bebas. Biar dua dua menikmati kesedapan kek aiskrim itu. Mummy yang konon kononnya tak nak sentuh ais langsung tak mampu bertahan dan akhirnya makan sama banyak dengan anak anak..huhu. Nasib baik Rayyan Ashraff yang masih menyusu dengan Mummy baik baik saja.




Cepat sangat masa berlalu. Tak sangka anak anak Mummy dah sama besar. Mummy doakan Semoga Dannish Riffqie jadi anak yang soleh dan terus membesar dengan bijak pandai.




4 comments:

  1. happy birthday dannish riffqie..
    haha...malu nak tiup, malu nak potong kek...untungle abang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih..Dannish Riffqie memang jenis pemalu. Berbeza betul dengan abang dia yang tak pernah malu tu..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page