HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 1 March 2015

Pengukus Comel!

Assalamualaikum...



Ehem ehem mainan baru Mummy dah pun sampai. Sejak akhir akhir ini Mummy punya kerajinan nak belajar memasak sangatlah tinggi. Keinginan untuk mendapatkan pengukus comel ini pun tahap maksima. Teringin gilak! Tak sangka akhirnya aku dapat juga dengan bantuan sahabat baikku.

Untuk pengetahuan korang aku tak pernah ada satu pun pengukus kat rumah. Yang ada hanyalah periuk biasa biasa saja yang aku sendiri jarang guna. Kalau aku rajin aku masaklah. Kalau malas suami tercinta beli makanan kat luar saja. Nasib baik dapat suami yang faham keadaan aku yang langsung tak pandai masak ni! T_______T". 

Itu duluuuuuu! Sekarang semuanya dah berubah. Pandai tak pandai, sedap tak sedap aku tetap belajar masak. Kalau setakat masakan simple simple tu bolehlah aku masak. Suami pun makan sampai licin. Begitu juga dengan anak anak. Kadang kadang teringin juga nak masak makanan melayu. Tapi Ya Allah masakan melayu ni macam macam bahan nak letak. Aku dahlah jenis tak kenal bahan bahan masakan melayu ni. Pening nak cari tau tak. Sebab tu sampai sekarang aku tak pernah lulus masakan melayu. Suami hanya makan masakan orang Sabah saja simple tapi sedappppp..tehehe :')

InsyaAllah satu hari nanti aku akan cuba masak masakan melayu. Harap harap aku berjaya!


Okay nak sambung balik pasal pengukus idaman hati ini. Kalau ikutkan banyak lagi pengukus canggih canggih yang dijual kat luar sana kan. Tapi aku memilih yang jenis murah murah saja. Lagi pun aku kan baru saja belajar buat kek. Tunggu dah hebat esok bolehlah beli yang mahal sikit. Tak ke gitu?

Aku jenis yang jakun sikit bila tau pengukus ni berharga RM39.00 saja. Murahnyaaaaa! Aku ingatkan mahal. Tapi sesuailah dengan aku yang baru nak cuba cuba buat kek guna pengukus ni. Kalau aku beli yang mahal kek pula asyik tak jadi je sia sia je nanti kan. So aku rasa pengukus comel ni sangat sesuai untuk aku. Aku ambil saiz kecil je. Takut nak pakai yang besar besar..hahahahaaa. 

Bila dah beli pengukus ni aku haruslah rajin buat kek. Mungkin bukan sahaja kek tapi macam macam boleh buat dengan pengukus ni. Kalau aku dah semakin hebat guna pengukus ini mungkin aku bolehlah try guna oven pula :')


Haih tetiba tak sabar pula nak try pengukus comelku ini. Suami dan Anak anak pun pasti tak sabar menanti apa yang bakal aku hidangkan pada mereka nanti. Haih semangat betul aku sekarang ni..sabar jelah..hahahaha.



10 comments:

  1. Waaaa.......lepas ni panggil i jadi tester... (penyibuk)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang penyibuk pun HAHAAHAHAAAAA..

      Nanti datanglah rumah. Kita kan berjiran je. Minggu depan nak kukus kek lagi ni..huhuhu

      Delete
  2. wahwah..syiok ni..kuih melayu pon lepas ni bole buat dh..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuih melayu? Omg tetiba berdebar debar pula nak buat..hehehe.

      Delete
  3. Salam Dan selamat hari Raya
    Saya nak Tanya puan beli Kaf mana ya

    Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Kawan ofis yang tolong belikan. Kawan beli kat area bangi. Tak pasti nama tempat dia. Kawan pernah cakap kedai tu memang jual barang murah murah.

      Delete
  4. nk tau jgk bli kt mne,,,brand ape ye sis.. sy nk cri yg besar plak tmpt lain mahal sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli kat area bangi. Tak pasti pula nama tempat dia. Nanti kita tanya kawan kita ye..

      Delete
  5. Name kedai ape ye kat bangi?

    ReplyDelete
  6. saya nakkk gak kukus tu beli kt mana? hehe macam murah jee.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page