HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 18 March 2015

Perkembangan Baby Rayyan Ashraff 5 dan 6 Bulan

Assalamualaikum...


Hari ini nak cerita pasal perkembangan anak ketiga aku Rayyan Ashraff. Anak ketiga aku ni kalau korang perasan sejak lahir lagi suka sangat tersenyum senyum. Bukan saja tersenyum malah suka ketawa. Berbeza dengan anak kedua aku Dannish Riffqie yang terlampau susah nak senyum. Rayyan Ashraff ni tak kiralah jumpa sesiapa pun pasti akan tersenyum senyum sambil kenyitkan mata dia. Kecil kecil lagi dah pandai main mata kat orang. Siapa saja yang melihatnya pasti akan geram.



Hari tu masa kat klinik untuk checkup 5 bulan budak bertuah ni punyalah semangat nak senyum senyum kat semua orang. Padahal orang tu tak buat apapun. Tapi cara dia senyum senyum tu buat semua orang geram je tengok.




Ada sorang kakak ni tengah mengandung datang dan duduk betul betul rapat dengan aku. Aku yang tengah sibuk layan Rayyan Ashraff terkejut jugalah. Lepastu kakak tu minta izin nak pegang Rayyan Ashraff. Katanya sejak awal datang tadi dah geram tengok Rayyan Ashraff yang tak berhenti tersenyum senyum ni. Aku pun bagilah dia pegang kejap. Kakak tu dukung je, Rayyan Ashraff dah melompat lompat keriangan. Kakak tu bertambah tambah geramlah pula layan anak aku yang terlampau ceria ni. Mula mula kakak tu nak pegang kejap je kot. Tapi bila dah mula seronok layan anak aku tetiba tak nak bagi kat aku pula. Bila dah jadi macam tu aku mulalah fikir yang bukan bukan takut kakak ni bawa anak aku lari je T_____T".


Perkembangan 5 Bulan.



Sejak genap 5 bulan hari tu Rayyan Ashraff dah berjaya meniarap. Kalau dibandingkan dengan Abang abang dia aku rasa perkembangan Rayyan Ashraff lebih kurang sama dengan Dannish Riffqie. Lambat sikitlah meniarap tapi aku tak kisah pun. Asalkan anak aku sihat. 

Sejak dah pandai meniarap dan terlentang sendiri ni aku dah tak berani letak atas katil. Kalau nak letak atas katil pun aku akan pastikan Daddy teman dia ataupun aku sendiri akan baring atas katil sambil layan dia bermain bagi mengelakkan perkara perkara yang tak diingini seperti terjatuh atas katil.


Kalau Daddy takde waktu tu aku terus saja letak Rayyan Ashraff dalam babycot. Aku biarkan dia sekejap bermain sorang sorang lagipun babycot tu besar kalau nak meniarap terlentang pun selamat. Kalau letak kat depan TV pula aku selalunya akan pastikan letak bantal banyak banyak kiri kanan atas bawa. Anak makin lasak ni haruslah berhati hati.


Sepanjang masa Rayyan Ashraff mengunyah tangannya dengan air liur yang sangat banyak! Haaa kalau dah asyik main air liur, itu tandanya nak tumbuh gigilah tu.

5 bulan Rayyan Ashraff dah mula gatal gusi. Setiap masa jari comel dia akan masuk dalam mulut. Baju terpaksa tukar banyak kali sebab habis basah dengan air liur. Air liur tu lap banyak kali pun baju tetap akan basah. Aku pula jenis yang tak suka tengok anak dalam keadaan basah basah macam tu dan laju je tukar baju. Kalau biarkan tak pasal pasal pula seluruh muka dan leher tu keluar merah merah. Lagilah aku stress tengok.





Perkembangan 6 Bulan.



Genap 6 bulan Rayyan Ashraff dah ada 2 batang gigi comel kat bawa. Saat saat paling menakutkan bila budak manja ni dah pandai main gigit gigit pula. Setiap kali nak nenen, Ya Allah tuhan je yang tau perasaan ituuuu...Sakit gilakkkk! T___________T". Rasa nak tampar je. Tapi tak sampai hati. Kesian pula. Terpaksalah Mummy bertahan selagi termampu janji anak kenyang..

6 bulan Rayyan Ashraff masih lagi dalam fasa meniarap dan terlentang. Belum ada tanda tanda lagi nak mengesot dan merangkak. Tapi punyalah aktif berguling sana sini. Geram je tengok.

6 bulan mulut makin kecoh. Asyik membebel sepanjang masa. Aku dah boleh agak kemungkinan besar anak aku ni akan lambat berjalan tapi akan cepat bercakap macam abang dia Dannish Riffqie. Anak ketiga ni aku dah tak risau sangat walaupun setiap perkembangan dia nampak lambat. Paling penting Rayyan Ashraff aktif dan sihat.

6 bulan Rayyan Ashraff dah start makan macam macam. Alhamdulillah setakat ni tak cerewet. Apa saja Mummy masak dia akan makan sampai licin. Dah kenyang tidur sampai 3 jam. Seronok betul Mummy..heheehee

Okay dah habis. Setakat ni itu je yang Mummy ingat. Yang lain dah tak ingat sangat. Maklumlah makin tua makin hilang ingatan..huwaaaaa! :'(




Okay babai jumpa lagi...



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page