HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 9 March 2015

Safi Rania Gold.




Hari ini tergerak hati nak share satu produk best yang dah lama aku amalkan. Sebenarnya dah lama nak buat entry kecantikan ni tapi selalu saja terlupa. Entry ini bukanlah untuk promote produk tapi lebih kepada berkongsi produk yang dah lama aku pakai. Sharing is caring lah kan.

Ramai yang bertanya produk apa yang aku pakai sebab kulit muka aku nampak sihat dan cantik berseri je..chewahh. Bila orang bertanya dan beri puji pujian sudah pasti aku gembira tahap nak melompat lompat keriangan..hehehe :p

"Jelita tanpa mengira usia" Haaaa inilah tagline untuk produk kesayangan aku iaitu Safi Rania Gold. Aku jatuh cinta dengan produk ni bila aku tengok Rozita Che Wan pun amalkan produk ni. Aku memang suka sangat tengok kecantikan Rozita Che Wan. Aku suka cara dia jaga kecantikan luar dan dalam walaupun dah berumur. Selalu saja berangan angan nak jadi seperti Rozita Che Wan yang sentiasa kelihatan cantik menawan sepanjang masa. Serius ini bukan gurauan tau!

Sekarang Duta terbaru untuk Safi Rania Gold ni Nora Danish. Aku sebenarnya dari dulu memang tak suka dengan Nora Danish ni. Menyampah tengok muka dia. Haaaa mulut jahat aku dah keluar nasib kaulah!..Lalalalalaa :p

Baru baru ni aku borong sekali lagi sebab stok yang sedia ada dah nak habis. Kebetulan pula ada less 20% haaa apa lagi aku terus saja borong tanpa fikir dua tiga kali. Tapi semuanya dah berwajah baru dan nampak comel je. 


Inilah rahsia kecantikan Mummy, sentiasa cantik muda remaja...hihihi. Aku borong semuanya. Semangat gila nak cantik sakan ni..hehehe. Safi Rania Gold ni nak dekat 3 tahun dah aku pakai. Setakat ini semuanya okay je dan sesuai sangat dengan kulit aku. Lagi pun harga dia takdelah mahal sangat berbanding produk lain. Aku dari dulu memang dah ajar diri aku pakai produk yang murah murah je. Pernah beli produk mahal tapi tak sesuai dengan kulit muka aku. Nasib baik aku cepat cepat hentikan. Kalau tak suami aku mesti dah lari jauh jauh T______T".


Sebelum ni aku pernah je pakai fair n  lovely. Bertahun tahun aku pakai produk ni sejak tingkatan satu sampailah aku masuk Uitm. Bila dah start kerja aku tukar pula produk Olay. Alhamdulillah dua dua sesuai dengan kulit aku. Bila dah kahwin umur pula semakin meningkat aku beranikan diri try pakai Safi Rania Gold pula. Ya Allah sekali pakai terus jatuh cinta sebab bila pakai terasa glowing je muka aku dan bau dia pun wangi jeeee. Kulit pun cantik berseri je..tehehe

Sekarang ni macam macam produk kecantikan. Tapi aku tetap setia dengan Safi Rania Gold. Tak nak dah tukar produk lain. Sayang sangat Safi Rania Gold ni :')

Haaaa korang bila lagi nak cuba. Jomlah bertukar kepada Safi Rania Gold korang pun pasti akan jatuh cinta. Percaya tak percaya korang trylah dulu ye kesayangan semua.


Okay babai :')




15 comments:

  1. serumnya sangat bagus, k lily pun pakai gak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak lily, serum dia wangi dan lembut je bila pakai kat muka. Kita pun suka pakai..:')

      Delete
  2. Replies
    1. Awak pun pakai ke? Patutlah kulit awak cantik je..hehe😊

      Delete
  3. Yelah.. saya pun pakai jugak Safi Rania Gold. Tapi cuma krim siang je lah. Slow2 nak guna serum, toner & krim mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat produk ni..mesti kulit awak dah cantik kan. teruskan tau..

      Delete
  4. Yelah.. saya pun pakai jugak Safi Rania Gold. Tapi cuma krim siang je lah. Slow2 nak guna serum, toner & krim mata.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Sme la.. Elly pon bru 20.. Ni bru try pencuci muka and krim malam.. You should try.. Nnt kite boleh sme2 tgok menjadi ke x

      Delete
    2. Umur 20 tahun sangat sangat boleh. Adik akak umur 18 pun dah start pakai..selamat mencuba.. :)

      Delete
  6. Saya dari Indonesia..Boleh gak pesan safi rania?!
    Terima kasih..
    :)

    ReplyDelete
  7. agak2 brapa kos nk bli kesmua ni? & satu set tahan bpa lama?

    ReplyDelete
  8. Saya nk let go set safi rania gold... Krim malam,serum,toner... Rm20 je.. Bru pakai smggu... Whatsapp- 01119995064

    ReplyDelete
  9. kak, nak tanya, mcm mana step by step dia ye?
    nak start dgn ape?
    sbb byk sgt item dia.hhehe
    baru berjinak2 dgn pencuci dia je..

    boleh inform x? hehe macehhh! :)

    . amyleaxoxo@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page