HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 9 April 2015

Bilik Mainan Anak #2

Assalamualaikum...


Hari ini aku nak cerita pasal bilik mainan anak anak aku yang telah aku hias dan ubah suai sekali lagi mengikut citarasaku sendiri..hehehe. Aku ni pantang sebenarnya ada masa free. Bila free je mulalah buat kerja yang bukan bukan. Kadang kadang dah lewat malam pun aku masih buat kerja. Iyelah suami takde. Aku pula keboringan. Daripada aku buang masa ada baiknya aku lipat baju, gosok baju kerja untuk seminggu, basuh kain, atau hias rumah cantik cantik. Paling best bila suami tercinta balik dari outstation pasti akan rasa kagum akan kehebatan aku dan beri puji pujian yang buat aku lagi bertambah rajin selepas itu...hehehe.

Okay malas nak membebel panjang panjang. Jom layan gambar bilik mainan baru anak anak kesayangan Mummy yang penuh ceria dan warna warni ini..



Gambar sebelum diubah suai. Ini kali pertama aku buat bilik mainan anak anak. Aku sempat hias simple simple je janji masa tu segala harta karun anak anak aku tak bersepah merata rata tempat.

Selepas itu perlahan lahan aku cari idea macam mana nak ceriakan lagi bilik anak anak aku. Alhamdulillah urusan untuk menceriakan lagi bilik ini dipermudahkan.  

Dan inilah hasilnya..




Aku rasa bilik ini dah terlebih ceria kot..hehehe. Aku tak ubah banyak pun. Aku cuma ubah suai sikit sikit je. Kali ini aku letak macam macam jenis poster bergambar untuk menggalakkan anak anak aku lebih fokus belajar dari bermain. Iyelah sambil sambil bermain bolehlah kenal kenal huruf ABC, 123, ALIF BA TA, kenal gambar dan yang sewaktu dengannya.


Bila dah tampal poster macam ni Ya Allah anak anak aku seronok yang amat. Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie berebut rebut tunjuk hebat dan pandai. Dua dua semangat ingin tahu dan makin rajin bertanya sejak aku letak poster comel ini dalam bilik mainan mereka..hehehe.


Poster ini aku beli murah murah je sebenarnya. Setiap satu aku dapat harga RM 2 saja. Aku tak pastilah harga ini mahal ke atau murah. Tapi bagi aku harga dia murahlah kot. Aku terus borong banyak banyak geram je rasa tengok poster ni terlampau comel comel semuanya!


Selain letak poster, aku letak meja belajar untuk lebih memudahkan lagi anak anak aku membaca, menulis dan mewarna. Meja ni aku dan suami beli kat Ikea. Setakat ini anak dah 3 orang. Kerusi pun haruslah ada 3 kan. Paling kelakar anak anak aku dah cop kerusi masing masing. Kaler hijau untuk Daniael Mieqael. Kaler biru untuk Dannish Riffqie. Dan kaler pink untuk Rayyan Ashraff. Aku dan suami tak pernah pun bagi anak anak kami cop kerusi masing masing. Mula mula pasang meja ni Daniael Mieqael terus cop kaler hijau. Begitu juga dengan Dannish Riffqie cop kaler biru.

Sejak hari tu sampailah hari ini dua dua tak pernah duduk di kerusi yang bukan milik mereka. So kerusi kaler pink tu khas untuk Mami buat sementara waktu sebab Rayyan Ashraff kecil lagi kan..heee.



Sepatutnya aku nak tukar langsir putih tu kepada langsir corak katun katun. Tapi tak berkesempatan lagi nak cari. Nantilah kalau ada masa yang sesuai bolehlah ajak suami sekali buat pilihan. Tak best pilih sorang sorang..tehehe.


Harta karun anak anak aku yang terlampau banyak!. Lego kecil kecil inilah paling menakutkan kalau terpijak. Sakit dia tuhan je yang tahu. Aku dan suami dah terkena banyak kali T_______T".

Sekarang ni kalau nak main lego masing masing dah ada bekas sendiri yang aku beli kat Ikea hari tu. Satu untuk Daniael Mieqael dan satu lagi untuk Dannish Riffqie. Lepas main dan sepahkan semuanya dua dua wajib kemas semula. Kalau tak siaplah dua dua dengan Mummy singa ni..hahah



Okay kat atas ni gambar sebelum diubah suai. Kenderaan berat anak anak aku ni pun aku dah ubah kedudukan masing masing. Kalau sebelum ni aku letak kat tepi bersebelahan dengan pintu masuk bilik mainan ni. Tapi sejak ada meja belajar ruang bilik ni nampak sempet pula. Anak anak aku nak main lego pun bersempet sempet. Kesian tengok.


So semua kenderaan berat ni aku susun satu satu kat sini. Selepas main je anak anak wajib parking kenderaan masing masing kat sini. Tak boleh dah parking merata rata tempat nanti kena saman dengan Mummy singa ni..tehehe.


Nampak tak bila dah parking cantik cantik macam ni nampak comel je..

Ruang bilik mainan anak anak aku pun nampak lagi luas. Kadang kadang kalau tengah melukis tu dua dua baring kat bawa. Kalau nak berguling guling pun puas hati..hehehe.


Yeayyyy! inilah wajah baru bilik mainan anak anak aku yang aku ubah lebih kepada bilik belajar dan bilik mainan sebenarnya. Suami aku selalu sangat outstation sekarang ni. Nak bawa anak anak keluar jalan jalan pun susah. So bila dah ada bilik comel ni takdelah anak anak aku boring sangat. Bolehlah bermain dalam bilik ni dengan riang ria.

Okay dah habis! Babai dan jumpa lagi kesayangan semua..muahh!






19 comments:

  1. Bestnya. Kemas jer nampak. Tapi kalau bersepah ni memang nangis nak kemas balik ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pengsan nak kemas. Nasib baik bersepah dalam bilik ni je..hehe

      Delete
  2. kemas je.....rasa tak mo keluar pulok kalo masuk ni

    ReplyDelete
  3. bestnyer kemas je.... budak2 msti suke duk sini.... mcm2 ada nk belajar pun ckp kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan budak budak je dengan mak mak sekali seronok kot..hehe

      Delete
  4. wah..nmpk meriah dan ceria bilik ni dgn toys...kat ne sis beli poster rm2 tu? kedai DIY ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. I beli kat maidin putrajaya je. Pernah tengok kat tempat lain harga poster tu RM5 keatas kot. Tapi bila tengol harga kat maidin RM2 terus borong sakan..hehe

      Delete
  5. best je tengok.. mcm nak duduk main jugak dalam tu.. hehhe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheehe. Alaaa sayang, awak pun boleh hias bilik anak anak macam ni dan lagi cantik kot. Meriahlah sikit anak anak main :)

      Delete
  6. Seronok sbb ada bilik yg blh bt playroom anak2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok dan puas hati sangat sebab mainan anak anak takdelah bersepah merata rata tempat :)

      Delete
  7. cantek sgt nih! best nye klo blh buat mcm ni :)
    gud job mummy!! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!

      Sayang awak pun boleh buatlah. Senang je kot nak hias bilik mainan anak anak ni. Paling penting kita kena rajinlah..

      Delete
  8. Wahh cantiknya. Tp nak tnya akak lekat poster tu guna apa ye? Selotape biasa je ke sbb sy nak lekat poster tp asyk jatuh

    ReplyDelete
  9. Tengah skodeng idea nk buat playroom anak..tq byk dpt input ni ����

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page