HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 2 April 2015

Hadiah Samsung Galaxy Note 4

Assalamualaikum...


Sabtu lepas suami tercinta baru balik setelah hampir 2 minggu di Sarawak. Aku dan anak anak sangatlah gembira menyambut kepulangan Daddy. Setiap kali suami balik dari tempat jauh atau berhari hari tak bertentang mata, aku tak pernahlah tak berdebar. Bertentang mata dengan suami sendiri lagilah aku rasa malu malu. Selalu saja suami tegur kenapa muka aku merah semacam padahal dah cuba control debaran itu. Tapi suami tetap akan perasan. Haih inilah yang dikatakan cinta tahap rindu rinduan kot :')

Suami sampai 4.30 petang. Anak anak pula baru je bangun kecuali baby Rayyan Ashraff yang masih dibuai mimpi indah. Daddy sampai je anak anak melompat lompat keriangan termasuk Mummy yang malu malu kucing gitu..hehehe.

Jam 6 petang Daddy terus ajak keluar. Nak belanja makan makan katanya. Tempat paling dekat Alamanda jelah. Sambil makan malam layan anak anak bersukaria. Seronoknyalah anak anak aku. Aku dan suami pun seronok layan anak anak bersukaria.

Keesokkan harinya jam 10 pagi suami ajak keluar lagi. Tapi kali ni kami keluar jalan jalan kat IOI City Mall Putrajaya. Alang alang dah sampai Ioi City Mall aku terus saja ajak suami makan kat tempat biasa. Aku teringin sangat nak makan cendol durian. Suami okay je tanpa bantahan.



Model samsung yang ulang ulang cakap 

"mami cantiknyeeeee!"



Dah selesai makan makan suami ajak pula masuk kedai Samsung. Mula mula tak terfikir pun suami nak belanja henpon baru. Masuk kedai samsung ni Ya Allah bahaya betul. Mesti dalam hati teringin nak satu..hahahaaa :p

Tetiba suami cakap..

"Yang, nak tak?" (Sambil pegang tangan Mummy penuh mesra)

Aku macam tak percaya je bila tetiba suami offer macam tu. Dia ni biar betul ke saja nak main main kataku dalam hati..

Aku masih diam.

Suami sekali lagi tanya..

"Yang, nak tak henpon baru. Daddy belanja.." (masih pegang tangan Mummy)

"Sayang ni biar betul.." (masih tak percaya)

"Betul. Pilihlah cepat sebelum anak anak kita meragam.."

Ya Allah rasa nak cium peluk je suami masa tu. Tipulah kalau aku kata tak nak. Aku sebenarnya dah lama teringin henpon baru. Cuma malu je nak cakap kat suami. Lagi pun note 3 yang aku pakai sekarang ni masih elok lagi.

"Yang, serius ke nak belanja henpon baru ni?" (Rasa nak melompat keriangan je tunggu jawapan suami..hehe)

"Iyeeeeee sayangku...."

Yeayyyyyyy aku dah melompat lompat keriangan. Tanpa aku sedar terus je kiss suami tanda terima kasihku padanya. Suami hanya tersenyum suka..hahahahaaa.


Bila suami dah offer nak beli henpon baru aku terus rambang mata buat pilihan..Hahaha. Suami ada offer iphone6 plus tapi  aku tak berkenan sangat sebab nampak biasa biasa je. Kamera dia pun kurang best. Aku berkenan Note4 edge dan note4. Tapi ramai yang kata Note4 edge tak berapa okay. Bila tanya suami, suami tak kisah asalkan aku suka. Pilih punya pilih akhirnya aku pilih Note4. Kamera dia punyalah best! Puas hati betul selfie sakan..hehehe


Dari segi warna pula aku tetap berkenan warna pink. Suami pula suka warna gold. Tapi bagi aku pink jugalah paling comel. Suami pun layan jelah janji aku happy.

Sebenarnya Note 4 ni hadiah ulangtahun Mummy yang ke 34 tahun pada 14.02.2015 hari tu. Ingatkan dah tua tua macam ni dah tak dapat kejutan istimewa dari suami tercinta. Terharu sangat sebenarnya. Terima kasih sayangku...



* Henpon Note 3 adik beradik aku dah mula berebut rebut nak. Terpaksalah buat cabutan undian pula siapa yang bertuah..hehehe.



15 comments:

  1. hehe..ala mummy ni..malau2 tp mau..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mestilah malu malu sayang oii barulah suami geram! Kahkahkah..

      Delete
  2. Sama hadiah birthday kita.tp akk dpt tahun lps ms birthday bln 11.ms tu ada kaler hitam dgn putih je.pink blm ada lg.huuuu.suka pink!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah tu yang penting sama note4. Rasanya kaler pink ni keluar bulan feb hari tu. Tak minat kaler lain. Sukaaaaa pink! :')

      Delete
  3. sweetnya baca entry ni..couple tua cam kak ni dok sengih2 teringat zaman muda2 dulu. tapi....zaman kaki, hp bagai tak dak lah. biasa masuk kedai emas...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh lagi meriah kalau dapat emas! Pelaburan masa depan tu..

      Delete
  4. sweetnya baca entry ni..couple tua cam kak ni dok sengih2 teringat zaman muda2 dulu. tapi....zaman kaki, hp bagai tak dak lah. biasa masuk kedai emas...hahaha

    ReplyDelete
  5. waaaaaaaaaaaaa i is jeles tau....

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnyeee dapat adiah hp =)

    ReplyDelete
  7. best nyeee henpon baru..note 4 tuuuu.. =) banyak keluaran henpon baru, note jugak paling best kann.. ^_^ shy shy cat kan kalau bertembung mata dengan suami.. hehehe..sama lahh.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Note 4 memang idaman kalbu..hehe.

      Debaran utk suami sentiasa ada dan tak kan pernah hilang..hehehe :p

      Delete
  8. seronoknya dapat HP baru...alhamdulillah...sweet sgt malu2 kucing bila daddy balik yee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Rezeki...

      Mestilah malu. Lama tak jumpa kot..hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page