HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 6 April 2015

Rayyan Ashraff Berjaya Duduk Sendiri

Assalamualaikum.


Cerita semalam. Mummy tengah sibuk sibuk masak kat dapur tetiba terdengar suara Abang (Daniael Mieqael) menjerit jerit panggil Mummy

"Mami baby duduk!"

Abang menjerit Dannish Riffqie pun menjerit sama

"Mami baby duduk! Baby duduk!" Semangat betul dua dua panggil Mummy.


Mummy yang tengah goreng ayam sepantas kilat ambil henpon dan laju laju snap gambar budak bertuah ni..Hahahaaa. Kalau boleh tak nak terlepas kenangan indah ini.  Kalau tak rakam alahai sayangnyalah. Dah ambil gambar terus share berita gembira ini kat Daddy yang kini berada di Sarawak.


Semalam 05.04.2015 Rayyan Ashraff genap 8 bulan. Dan semalam jugalah buat pertama kalinya Rayyan Ashraff berjaya duduk sendiri. Pertama kali tengok Rayyan Ashraff duduk macam macam perasaan yang timbul. Anak dah tiga tapi perasaan Mummy tetap sama. Susah Mummy nak gambarkan perasaan itu. Hanya mereka yang pernah melaluinya betapa bahagia dan gembiranya melihat anak tetiba saja menunjukkan perkembangan positif depan mata kita.

Ohh yaaa Rayyan Ashraff dah ada 4 batang gigi comel. Dua kat atas dan dua lagi kat bawa. Dah start gigit itu ini. Orang yang selalu jadi mangsa gigitan Rayyan Ashraff sudah pastilah Mummy T_______T".





Tapi Rayyan Ashraff masih tak boleh merangkak lagi. Takpelah. Janji kesayangan Mummy yang terlampau ceria ini sihat dan aktif.


Okay babai kesayangan semua jumpa lagi..muahh!  :')


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page