HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 18 May 2015

Hadiah Sempena Hari Ibu 2015

Assalamualaikum.



Alhamdulillah.. Sesungguhnya rezeki itu datangnya dari Allah. Tahun ini sempena Hari Ibu, gelang idaman kalbu akhirnya menjadi milik Mummy. 

Wahai kesayangan semua, entry ini bukanlah bertujuan menunjuk nunjuk tapi sekadar berkongsi rasa gembira pada korang semua. Janganlah pula ada perasaan seperti ini...

"Ehh dia ni menunjuk nunjuk pulak!"

"Ehh dia ni berlagak nak mampus!" (Amboi kasarnya bahasa :p )

Tolong dan janganlah ada perasaan seperti itu ye kesayangan semua. 


Sebenarnya setiap kali lalu kedai Habib kat Alamanda mesti dan wajib masuk kedai Habib. Tak beli pun sebenarnya saja cuci mata. Dah lama pandang pandang dan jeling jeling gelang emas ini. Nampak cantik dan comel je. Tapi melihatkan harga dia yang sangatlah luar kemampuanku terpaksalah aku jeling jeling sahaja dari jauh.


Hasrat ingin memilikimu akhirnya menjadi kenyataan. Hadiah istimewa sempena hari ibu ini membuatkan aku rasa dihargai senantiasa.


Hilang segala penat berjaga siang malam menguruskan 3 hero hensem sorang sorang tanpa bantuan sesiapa, sedangkan insan tercinta sentiasa tiada disisi waktu itu kerana mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Mungkin inilah rezeki atas segala pengorbananku. Bukan senang untuk melalui semua ini. Hanya mereka saja yang melaluinya betapa susah dan betapa mencabarnya uruskan anak sorang sorang. Walaupun penat aku tetap bahagia..

"Terima kasih atas segalanya sayang. Mahal Na Mahal kita!"





10 comments:

  1. alhamdulillah ada yg menghargai kan...cantik tu...pedulik sama ngan suara anasir2 jahat tu...saja la tu jeles deme tu nak bagi ayat jahat kan..kikikikkki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa bertuah sangat bila ada yang menghargai pengorbanan kita. Suara anasir anasir tu malas nak layan sebenarnya. lantak dialah..hehehe

      Delete
  2. cantiknyeeeee..untungnye mummy..tahniahnye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih..:)

      Delete
  3. bestnyer dpt hadiah gelang tgn utk hari ibu

    ReplyDelete
  4. Series cantik.kalau suami xbg sapa lg nk bagikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul betul..hehehe. Terima kasih ye :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page