HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 4 June 2015

Penapis Air Coway Berwajah Baru

Assalamualaikum.

Hari ini tetiba nak share pasal penapis air coway pula. Sebab baru baru ini penapis air coway lama dah bertukar baru! Sebelum ni kat rumah aku pasang jenis ini. Yang ni memang nampak cantik dan comel je tau sebab tak besar sangat. Boleh guna air panas, air suhu biasa dan sejuk. Aku guna tak sampai 3 tahun dan tak rosak pun sebenarnya tapi ada sebab tertentu kenapa aku dan suami tukar.




Sebab pertama, setiap kali takde elektrik penapis air ni langsung tak berfungsi dan tak boleh guna. Stress betul kalau tak boleh guna.

Sebab kedua, air panas tak banyak. Kalau setakat kami anak beranak okaylah kot. Tapi masalahnya bila ada tetamu  yang ramai dan waktu nak buat air panas mulalah aku pening kepala dan terpaksa masak air kat tempat lain pula. Tak suka buat kerja banyak kali. Apa gunanya pakai penapis air coway ni kalau kena masak air banyak banyak kali kan.

Sebab ketiga anak anak aku dah pandai main tekan tekan pulak. Budak dua orang tu senyap senyap je masuk dapur lepastu minum air senyap senyap. Aku tak kisah sangat kalau anak aku setakat minum air je tapi yang geramnya dapur aku  habis banjir T________T".

Dan sebab keempat aku dah bosan guna model ni..hahahaha!




Atas persetujuan suami kami pun terus tukar dan kami ambil jenis ini. Mula mula rasa nak ambil yang jenis tinggi dan besar tu. Tapi macam tak sesuai pula letak kat rumah. So kami pilih jenis yang comel comel je. Yang ni penapis air coway paling terbaru. Dan yang bestnya ada empat jenis suhu air. Air panas, air suam, air suhu biasa dan air sejuk. Cuma jenis ni besar sikitlah berbanding jenis lama tu. Tapi aku memang puas hatilah sebab tak perlu risau dan stress stress lagi bila dengan tiba tibanya takde elektrik ke apa. Hilang satu masalah.

Apa yang best sangat dengan coway ni? Memang best gilak gilak gilakkk! (haaaaa memang best sangatlah tu..hehehe) Sebab tak perlu susah susah masak air lagi. Untuk yang jenis pemalas masak air macam aku ni sangat sesuailah pasang coway ni. Tapi aku tahu ramai yang tak suka pasang water filter ni dan lagi rela masak air sendiri kan. Takpelah masing masing punya kerajinan lah kan. Kalau macam aku yang punya anak tiga dan asyik terkejar sana sini memang tak sempatlah nak masak air banyak banyak kali. Lagi lagi bila ketiga tiga anak aku nak susu serentak! Pengsanlah aku terkejar sana sini.

Sebelum ada penapis air coway ni okay je sebenarnya walaupun masak air banyak kali. Tapi air kat Putrajaya ni tak berapa nak bersih. Kadang kadang walaupun masak air tu banyak kali tetap kotor dan lama lama air tu jadi kekuning kuningan. Gelinyalah. Tak sampai hati nak bagi anak anak minum.

Bila dah pasang penapis air coway ni jimatlah sikit masa aku. Dan paling penting air yang diminum terjamin kebersihannya untuk mencegah diri, suami dan anak anak daripada meminum air yang mengandungi bahan-bahan yang merbahaya seperti klorin, habuk, karat, Virus, Bakteria dan sebatian kimia yang tak dapat dilihat oleh mata kasar kita sendiri. Ishh ishh takutnyalah. Syukurlah aku ditemukan dengan penapis air coway ni. Sesungguhnya dia banyak membantu hari hariku menjadi lebih bermakna chewahhh...hehehe.



Okay babai kesayangan semua!





7 comments:

  1. Nice, i really like it.if you also like our site please follow: http://www.robesdemariee2013.com/

    ReplyDelete
  2. menarik la..
    betul tu kalau dh kna buat dua tiga kali kerja mmg leceh la kan. . kalau blh nk tug skali harung semua selesai. hihui

    ReplyDelete
  3. senang kan bila ada penapis air coway. Nak buat susu anak pun senang, air panas memang sentiasa ready.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sarankan beli penapis air coway. Memang best! dijamin bersih.

      Delete
  4. Klu yg terbaru ni boleh guna ke walau tiba2 elektrik blackout ke..Macam mna tu?boleh terang ckit..Sbb plan nk amik tapi tempat kami cni kdg2 slu lektrik terputus..huhuh

    ReplyDelete
  5. Klu yg terbaru ni boleh guna ke walau tiba2 elektrik blackout ke..Macam mna tu?boleh terang ckit..Sbb plan nk amik tapi tempat kami cni kdg2 slu lektrik terputus..huhuh

    ReplyDelete
  6. memang coway terbaik setakat ni..
    lau nak tau promosi terbaru coway leh wasap je 0146404466. Tq,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page