HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 23 June 2015

Perkembangan Rayyan Ashraff 10 Bulan.

Assalamualaikum...


Lagi 2 bulan Rayyan Ashraff masuk setahun..yahuuuu! hahaha Mummy pula yang excited lebih anak masuk 10 bulan. Alhamdulillah anak membesar dengan sihat. Rayyan Ashraff dah masuk 10 bulan ni macam macam perangai dah dia. Setiap bulan ada je perkembangan terbaru dari dia. Yang paling terbaru dia dah pandai menari dan goyang goyangkan badan dia kalau dengar lagu sambil tepuk tepuk tangan, geram tengok..hahaha!

Dan sekarang dia suka berdiri kadang kadang tu ada juga dia terlepas tangan dan terus jatuh..hahaha. Tapi yang peliknya dia akan bangun dan buat lagi sambil buat muka tak bersalah..adoi kuat anak Mummy ni. Kalau dia tiba tiba terjatuh atau tergolek sendiri silalah jangan menjerit sebab kalau kita menjerit dia akan terkejut dan menangis semahu mahunya. Kesian tengok. Sebab tu kalau dia jatuh Mummy buat buat tak nampak je dan biar dia bangun sendiri.


Setiap pagi kalau dia buka je mata dan nampak Mummy ada kat sebelah dia akan tersenyum senyum. Tapi kalau takde orang  sebelah dia mesti menangis semahu mahunya lagi. Terlampau manja ni! 



Dia ni paling pantang tengok orang makan! Mesti dia akan datang merangkak dengan sangat laju nak makan juga. Bagilah makanan apa pun laju je mulut dia tu terbuka. Kuat makan dia ni. Suka Mummy!

Ohh yaaa lupa nak bagitahu Rayyan Ashraff dah ada 6 batang gigi. 4 batang gigi kat atas dan 2 batang gigi kat bawa. Baru baru ni dia demam lagi sebab nak tumbuh gigi lagi kot. Sebab Mummy tengok ada tanda tanda nak tumbuh gigi lagi kat bawa. Gigi makin banyak ni makin risaulah Mummy dibuatnya T__________T. 



Rayyan Ashraff ni paling suka ketawa. Buatlah lawak apa pun dia pasti akan ketawa sampai terkeluar keluar air liur..hahahahaa. Paling suka main "ba ba chak!" dengan Abang Abang dia. Setiap hari rasa terhibur je layan tiga beradik ni. 

Best sebenarnya ramai anak ni. Walaupun penat tetap akan hilang stress bila melihat anak anak sedang bersukaria. Okay itu jelah perkembangan Rayyan Ashraff 10 bulan ni. Tak sabar pula tengok dia berjalan dan berlari main kejar kejar dengan Abang abang dia..hehehe


Okay kesayangan semua! jumpa lagi..babai!





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page