HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 29 June 2015

Santai Santai di Dataran Putrajaya

Assalamualaikum..


Suami kalau tak outstation mudahnya bawa kami keluar jalan jalan. Tak payah cakap pun, suami sendiri akan ajak keluar dengan tiba tiba je. Kebetulan petang tu anak anak nak ajak Daddy bermain bola. Selalu main kat rumah je. Dah bosan agaknya anak anak asyik main kat rumah je. Masa Mummy mengandung anak ketiga hari tu selalu jugalah pergi taman presint 15 layan anak anak main bola.

Tapi sejak ada anak kecil ni susah sikit nak bergerak sana sini. Suami pula selalu sangat outstation. So anak anak terpaksalah bermain bola kat rumah je. Kesianlah..





Petang tu kami terus bergerak ke taman presint 15. Tapi sayangnya padang basah. Malaslah pula nak main kotor kotor ni. Habis kotor semua nanti. So plan nak main bola terus tak jadi. Anak anak pula dah mula meronta ronta nak turun. Daddy terus ajak ke tempat lain pula.

Dan akhirnya kami anak beranak sampai sini. 

Bila sampai je, anak anak dah melompat lompat keriangan dan tak sabar sabar nak turun. Anak sulung siap bawa bola lagi kononnya nak main bolalah tu. Tapi tempat ni tak sesuai pula. So aku dan suami ajak anak anak main kejar kejar je. Anak anak terima arahan dengan baik dan terus berkejaran sana sini..hehehe  








Seronok betul dua dua berkejaran sana sini. Mummy Daddy siap bergilir gilir lagi kawal dan kejar budak dua orang ni yang tak reti reti penat. Satu badan berpeluh habis. Mummy Daddy pula yang kepenatan..hahahaha.

Sebenarnya anak anak kali pertama datang sini, itu yang seronok sangat tu sampai tak nak berhenti berkejaran. Bila Mummy Daddy ajak balik langsung tak nak balik. Adoilah anak..
















Sekali sekala datang sini dengan family memang best. Tempat ni tak jauh pun dari rumah. 5 minit je dari rumah. Tunggu Daddy free, nanti bolehlah bawa anak anak ke sini lagi. Nak bagi dua beradik tu bermain sampai puas. Kalau anak ketiga Mummy ni dah boleh berjalan, confirm nak join abang abang dia berlari juga. Pengsanlah Mummy Daddy kejar tiga tiga..hehehe.



Okaylah kesayangan semua. Jumpa lagi..babai!








2 comments:

  1. dataran ni luas, seronok la anak2 main larik2 kat sini kan

    ReplyDelete
  2. Puas hero-hero main kejar-kejar sebab tempatnya luas
    Bagi ajelah mereka main bola Wieyna - tengok semuanya happy senyum belaka:)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page