HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 29 July 2015

Baju Raya Anak Anak.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah inilah hasil tangkapan kami selama dua hari berturut turut untuk shopping baju raya anak anak. Tahun ini suami sengaja shopping lebih untuk anak anak. Bukan selalu, setahun sekali katanya. Lagipun lama tak balik kampung. Jadi memang excited lah sikit nak beli baju anak anak tersayang. 








Kasut raya setiap sorang dapat tiga pasang. Kami memang jarang sekali beli kasut untuk anak anak. Kasut yang sedia ada sekarang dah tiga tahun usianya. Waktu tu kami baru ada anak sorang. Suami terus borong tiga pasang sekali. Dan ambil saiz besar waktu tu. Tujuan suami supaya anak boleh pakai lama. 

Alhamdulillah kasut tiga tahun lepas masih elok dan anak kedua kami boleh share dengan Abang. Tahun ini suami beli tiga pasang untuk anak anak. Lagipun kaki anak sulung makin panjang dan tak muat dah pakai kasut lama. Anak kedua pula masih muat lagi sebenarnya pakai kasut lama tu. Tapi suami tak nak adik beradik ni bergaduh bertumbuk bagai sebab anak sulung dapat kasut baru sedangkan anak kedua pakai kasut lama. Untuk lebih adil suami beli kasut baru untuk ketiga tiga hero kami. Paling best Mummy pun dapat kasut baru juga..hehehe. Terima kasih Daddy. Sayang dan cinta Daddy sepanjang hidup. Semoga Allah terus menambah, memberkati rezeki sayang dan kita sekeluarga..aminn.





Gambar kat bawah ni pula hadiah mak mertua sempena hari raya untuk cucu cucu kesayangan. Mak mertua aku ni kalau shopping boleh tahan juga sebenarnya. Pilihan dia pun comel comel je dan aku memang suka pilihan mama :')

Mama sejak ada cucu tempat paling mama suka shopping  kat mothercare. Bukan time raya je mama shopping untuk cucu cucu. Kadang kadang hari biasa pun mama akan shopping selain birthday anak anak. Setiap kali  balik subang jaya (rumah mertua) atau mertua datang melawat kami kat Putrajaya pasti akan beli pakaian anak anak. Kadang kadang segan jugalah nak terima. Dah banyak sangat mama papa beli baju untuk anak anak. Bukan pakaian je malah makanan sekali. Namum aku tetap bersyukur. Mungkin inilah rezeki mami dapat mertua yang baik dan langsung tak pernah berkira dan tak kedekut berbelanja. Terima kasih mama papa. Semoga Allah panjangkan umur mereka berdua. Aminn.








Dan gambar kat bawah ni pula Abang dan kakak ipar suami bagi untuk anak anak buah kesayangan. Yang ni pun mami suka tengok comel jeeee! Terima kasih untuk Abang dan kakak ipar.


Tahun ini kami anak beranak memang beraya sakanlah kat kampung (Sabah)..hehehe. Selain baju anak anak, kami shopping sekali untuk keluarga di kampung termasuklah mak ayah, adik beradik dan anak anak buah Mummy. Takpelah bukan selalu. Sekali setahun je :').

Baju raya Mummy dengan Daddy tahun ni tak ingat dah berapa pasang. Yang pasti biarlah Rahsia..hahahaha ( Mengada ngada pula..hehehe).

Okay dah habis untuk cerita hari ini. Terima kasih sudi baca dan singgah sini. Ingat jangan berfikiran negetif ye kesayangan semua. Entry ini bukan untuk berlagak atau menunjuk nunjuk tapi sekadar berkongsi rasa gembira kat korang semua. Kalau rasa dengki, iri hati dan sakit hati tahap menyampah tengok blog ni tolonglah dan silalah jangan singgah lagi kat blog ni yeee. Okay babai dan jumpa lagi semua :')



1 comment:

  1. amboihhh.. sakan baju raya dorang.. dah la cantik2.. geram tgk :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page