HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 27 July 2015

Baru Sempat Update Blog.

Assalamualaikum...


Gambar Hari Raya Pertama. Wajib posing..tehehe.

Hari ini aku dan suami baru start masuk kerja setelah 2 minggu bercuti sakan. Kalau ikutkan hati rasa malasnyalah masuk kerja. Rasa nak cuti lagi. Anak anak pula dah seronok sangat kat kampung sebab jumpa adik beradik aku yang sentiasa manjakan mereka. Apa saja kemahuan mereka kakak kakak aunty aunty pasti akan tunaikan. Mummy Daddy semakin dilupakan sejak anak anak balik kampung T__________T.

Raya tahun ini sangatlah menyeronokkan. Sebab dapat beraya dengan family Sabah. 2 tahun tak balik kampung (sabah), bila berpeluang balik kampung tuhan je yang tahu betapa aku gembira yang amat. Dan yang paling membahagiakan bila suami dapat cuti panjang. Kalau lah suami tak dapat cuti, aku tak boleh bayangkan perasaan kami anak beranak. Mesti menangis sepanjang masa. Tapi tahun ini alhamdulillah semuanya serba lengkap. Kami dapat beraya bersama dan jumpa semua family Sabah.

Masuk ofis je aku dah mula risau kerja bertimbun timbun atas meja. Nasib baiklah kawan sekerja dah settlekan apa yang patut sepanjang ketiadaanku. Oleh kerana kerja tak banyak sempatlah aku update blog sikit sikit. Banyak benda aku nak cerita dalam blog ni tapi nanti nantilah. Tunggu ada masa yang sesuai lagi pun tak sempat lagi edit gambar raya hari tu. Gambar terlampau banyak. Rasa nak letak je semua. Tapi nanti nantilah ye kesayangan semua. Selamat hari raya maaf zahir batin sekali lagi.

Babai dan jumpa lagi..


2 comments:

  1. Seronok time raya dapat berkumpul adik beradik kan. Hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Selamat hari raya!

      Aah memang seronok sangat. Paling sedih bila berpisah semula..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page