HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 10 July 2015

Kad Raya Buat Suami Tercinta.

Assalamualaikum.




Teringat masa zaman bercinta.. 13 tahun yang lepas. Setiap kali tibanya hari raya aku dan suami akan berbalas balas kad raya. Setiap tahun wajib ada kad raya tak kiralah kad raya tu sampai cepat ke lambat janji ada. Kalau tak hantar atau terlupa antara kami pasti akan merajuk berhari hari lamanya. Suami aku ni kalau merajuk boleh tahan juga sebenarnya. Tapi paling best senang nak pujuk. Tak payah tunggu lama, pasti akan cair..hehehe. Tapi kalau aku yang merajuk..haaaaa nasib kaulah nak pujuk..hahaha! :p

Kenapa kad raya wajib antara kami? Sebab kami bercinta jarak jauh. Suami masa tu belajar kat Paris. 8 tahun duduk Paris dan kami jarang sekali bertemu.  Aku pula masa tu kat Sabah dan baru habis belajar. Aku malas nak sambung sambung belajar dah masa tu sebab tak sabar nak cari kerja dan ada duit sendiri. Alhamdulillah murah rezeki dapat kerja dan bos yang sangat baik hati.

Oleh kerana kami jarang bertemu dan hanya berhubung melalui telefon, kad raya sangat bermakna buat kami. Bukan sahaja kad raya malah kad kad lain pun suami akan kirim sempena hari hari istimewa kami. Setiap kali terima kad dari suami tercinta akulah insan paling bahagia dan gembira  di dunia. Asal je terima kad kad istimewa ni tak pernahlah aku tak menangis. Aku menangis sebab terharu sangat. Suami akan hantar kad raya hasil tangan sendiri. Itu yang buat aku rasa makin sayang dan tak sanggup cari yang lain walaupun dia nun jauh di mata..hehehe. Lagipun kat Paris mana ada jual kad kad raya ni. Nasib baiklah suami kreatif..hehehe.

Aku pula jarang sangat buat kad raya. Sebab kat malaysia ni berlambak lambak jual kad raya. Macam macam jenis pula tu. Sebelum kerja aku selalu beli kad raya yang berharga RM0.50 je masa tu. Almaklumlah takde duit..hehehe. Sebulan sebelum raya aku dah hantar guna pos biasa ke Paris. Guna poslaju mahal sangat. Tak mampu lagi masa tu. Paling sedih kad raya akan sampai selepas Raya :'( .

Tapi sejak bekerja dan ada duit sendiri aku dah start beli kad raya yang agak mahal sikit. Siap beli yang ada bunyi hari raya lagi. Bila suami buka dan baca terkejutlah juga sebab ada bunyi bunyi lagu hari raya..hahahaa. Comel je!

Sebenarnya dah 2 tahun aku tak bagi kad raya untuk suami. Iyelah sekarang kan zaman dah berubah. Semua pun sibuk hantar guna whatsapp je. Tapi dengan cara hantar ucapan hari raya guna whatsapp pada insan tersayang tak beri kesan apa apa padanya. Malah mudah dilupakan. Berbeza sekali dengan kad raya yang kita beri sendiri atau yang kita terima. Kita rasa akan lebih menghargai ucapan itu. Aku tak pastilah orang lain macam mana. Tapi bagi aku cara dulu dulu lagi best kot. Saling berbalas balas kad raya dengan insan insan tersayang.

Paling kelakar aku dan adik beradik suka sangat kumpul kad raya dan masing masing lekat dan tampal kat ruang tamu bila tibanya hari raya. Rasa bangga sangat kad raya jadi tatapan tetamu masa tu..hehehe. Tapi zaman sekarang kalau kat bandar mungkin suasana seperti itu dah takde kot. Tapi aku yakin bila balik kampung ni (sabah) adik beradik masih mengekalkan tradisi lama kami menampal setiap kad raya di ruang tamu. Rasa rindu sangat suasana seperti itu..

Sehingga saat ini kad kad pemberian suami masih tersimpan dengan baik. Begitu juga dengan kad kad yang aku kirim pada suami. Setiap kali buka dan baca semua ucapan dan ayat ayat cinta suami untuk aku, air mata pasti akan mengalir. Rasa bersyukur sangat Allah masih panjangkan jodoh kami berdua. Terima kasih Ya Allah.

Tahun ini Alhamdulillah kami masih berkesempatan berbalas balas kad raya walaupun mungkin suami tak sempat buat sendiri..hehehe. Tak kisahlah janji suami ikhlas. Kad raya untuk suami tercinta tahun ini merupakan kad raya pertama  yang dikeluarkan oleh JPM tempat aku bekerja. Dan aku sangat berbangga kirim kad raya ni pada suami. 

Oleh kerana kami dah jadi suami isteri dan duduk serumah takdelah aku nak pos pos bagai kad raya ni lagi. Selalunya aku akan bagi kad raya ni sewaktu kami tengah santai berdua tanpa gangguan anak anak. Masa itulah kami akan mengimbau kembali kenangan lama kami betapa susahnya hidup kami untuk terus kekalkan hubungan cinta kami agar terus bertahan walaupun bermacam macam dugaan dan halangan yang terpaksa kami lalui bersama. Syukur dan Alhamdulillah dah 13 tahun masa berlalu dan jodoh kami tetap dipanjangkan oleh yang maha Esa lagi maha penyayang dan dikurniakan tiga hero hebat sebagai tanda cinta kami. Terima kasih Allah.

Sempena Hari Raya tahun ini. Semoga kami sekeluarga sentiasa terus berbahagia..Mahal kita Daddy!

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin ye Kesayangan semua!" Babai..



6 comments:

  1. selamat hari raya....nanti...jemput singgah yer

    ReplyDelete
  2. adoi sweetnya....selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. Sweetnya.. Dulu rajin gak bagi kad raya.. Sekarangni memang tak la

    ReplyDelete
  4. alahai sweetnyeee :) smga kekal bahgia hgga ke syurga amin

    ReplyDelete
  5. amboi....panjangnye cite.... cer tunjuk sikit koleksi kad2 raya yg ada tuuu,,,,,,,,,,bahahahaa.....

    ReplyDelete
  6. mummy cute... kita nampak awak kat jalan TAR smlm... sama la kita dating ngn husband jgk smlm hihi.. kat luar lg lawa mummy ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page