HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 1 July 2015

Pengalaman Pertama Tengok Wayang.

Assalamualaikum..


Dah lama sebenarnya kami suami isteri tak tengok wayang. Kali terakhir tengok wayang masa aku mengandung anak ketiga hari tu. Setiap kali suami ajak tengok wayang, aku mesti akan fikir banyak kali sebab ada anak anak. Suami dah lama teringin nak bawa anak anak tengok wayang bersama tapi aku saja yang tak nak sebab bagi aku anak anak masih terlalu kecil dan tak sesuai. Suami aku ni kalau keluar ke mana mana dia jenis tak sampai hati keluar tanpa anak anak. Kalau keluar berdua pun asyik sebut sebut dan cerita hal anak anak. Kadang kadang jeleslah juga sikit sikit pasal hal anak anak dia, aku yang depan mata dia ni tak tanya pula.. cium baru tahu! Padahal suami selalu je tanya pasal aku lagi lagi bila jarang jumpa..haaaa sampai tak terjawab dibuatnya..hehehe.

Aku sebenarnya tak patut jeles pun. Aku memang suka lelaki jenis macam ni yang sentiasa bertanyakan hal anak anak bila dia takde di sisi. Rajin layan dan urus anak anak. Untung sebenarnya dapat suami macam ni..chewahh!

Ahad lepas suami ajak tengok wayang. Tapi kali ini bukan dating berdua. Tapi dating berempat..hehehe. Ini adalah kali pertama kami bawa anak anak tengok wayang bersama. Dan ini juga adalah pengalaman pertama anak anak tengok wayang. Kami tengok wayang kat Alamanda je, paling dekat dengan rumah.

Petang tu kami tengok cerita "Jurassic World 2015". Suami dah beli tiket secara online. So kami tak perlu beratur untuk beli tiket. Sementara tunggu masa untuk masuk kami sempatlah ambil gambar.

Anak anak aku masa tu punyalah excited nak tengok wayang. Iyelah kali pertama kan. Tapi aku pula berdebar gila risau anak anak buat hal dalam pawagam. Tapi suami aku balik balik cakap tak perlu risau semuanya akan okay. Senangnya dia cakap. Aku ni dah macam macam perasaan timbul masa tu, rasa macam nak balik pun ada. Ya Allah risaunyalah.. T____________T".




Anak anak nak tengok cerita "Minions" ni. Nampak macam comel je. Anak sulung aku siap bagi nama lagi satu satu. Yang duduk paling depan tu kononnya dialah tu (Daniael Mieqael) yang duduk tengah Dannish Riffqie dan yang paling kecil dan comel itu baby Rayyan Ashraff..Hahahahahaha. Adoi sakit perut aku ketawa..sabar jelah.

Anak anak memang nak sangat tengok cerita ni. Tapi suami cakap lain kalilah pula. Habislah suami aku ni dah ketagih pula tengok wayang ramai ramai..hehehe.





Sebelum masuk wajib ambil gambar! Masa ni aku dah berdebar debar tahap nak terkencing..huwaaaa! Entah kenapa aku risau semacam. Mungkin sebab ini kali pertama kot bawa anak anak. Tapi kenapa suami aku rileks je hah.. Malah happy semacam. Geramnyalah.

Aku paling risau kalau tiba tiba anak aku berkejaran dalam wayang. Takkan aku nak menjerit pula dan terus jadi harimau. Ohh no no no..malulah aku!.

Tapi kalau anak tiba tiba nak terberak ke apa aku tak risaulah sangat. Sebab yang itu suami boleh settlekan..hehehe.


Okay kami dah masuk dan duduk di tempat masing masing. Aku dan suami wajib duduk kiri kanan untuk memudahkan kami mengawal keadaan anak anak. Mula mula masuk tadi dua beradik ni rasa pelik dan jakun sekejap. Tapi masih boleh dikawal lagilah. Belum ada tanda tanda buat Mummy jadi harimau..hahahahaha.


Kami masuk awal. Masa ni ramai lagi yang belum masuk. Semua tempat penuh sebenarnya. Nasib baik suami bijak beli tiket online je. Kalau beli last minit confirmlah tak sempat. 

Sebelum ni kalau tengok wayang berdua sempatlah aku dan suami peluk peluk dan berpegangan tangan..hehehe. Tapi sejak anak join sekali tengok wayang ni, semuanya terus berubah. Suami kawal Dannish Riffqie. Aku pula kawal Daniael Mieqael. Suami isteri langsung tak sempat pegang pegang tangan. Takpelah balik nanti bolehlah pegang tangan..tehehe.

Alhamdulillah sepanjang cerita anak anak beri kerjasama dengan baik. Daniael Mieqael paling goodboy. Tengok cerita sampai habis tanpa buat hal. Dannish Riffqie pula jenis yang cepat boring. Bila tengok cerita tu asyik bercakap je sepanjang masa tanpa aksi dia mulalah panjat kerusi, tengok orang dan kacau abang dia. Tapi bila cerita tu tengah beraksi sakan, dia teruja sangat tengok sampai tak nak layan abang dia..hehehe. Comel je..

Ohh yaaa cerita ni boleh bawa anak anak berumur 2 tahun dan ke atas sahaja. Kalau 2 tahun ke bawa tak dibenarkan masuk. Iyelah memang tak sesuai pun. Kot kot menangis ke apa, menganggu ketenteraman orang lain lah kan. Syukurlah anak anak tak sampai tahap ituuu..

Lepasni kalau suami ajak lagi tengok wayang dan bawa anak anak sekali, aku tak kan fikir panjang lagi. Aku akan laju laju setuju..hehehe.

Bila sampai rumah je, anak anak tak habis habis bercerita pasal dalam wayang tadi. Seronok tengok dua dua berbual sambil membayangkan diri kena kejar dengan dinasour..hahahaha. Comel je...



Okay dah habis! Jumpa lagi ye kesayangan semua..babai!




4 comments:

  1. Chumel nye dua budak kat atas tu, mesti diorng ske sgt dpt layan minion kan :)

    Jom terjah : Bukti GST Naikkan harga barang!


    ReplyDelete
  2. Tak nakal2 ok la boleh bawa pergi selalu yer...

    ReplyDelete
  3. ayu dari budak umur setahun dah angkut bwk tgk wayang. hehe. kakak-kakak ok je dari kecik yg adik boboy ni la bawak dia.. kiter pulak kena tgk dia. haha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page