HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 3 July 2015

Tak Sabar Shopping Baju Raya.

Assalamualaikum.


Hujung minggu ni suami ajak shopping baju raya anak anak. Wahh! bab bab nak pergi shopping baju raya anak anak ni dah ku tak sabar sabar dibuatnya..hehehe. Kalau ikut plan awal, kami nak shopping baju anak anak sebelum puasa hari tu. Tapi suami sentiasa outstation pula. Terpaksalah tangguh dulu.

Bukan apa aku ni jenis yang tak suka shopping time time puasa ni, sebab letih dan cepat penat. Bila letih mulalah rasa dahaga dan lapar kan. Kita kan puasa bukannya boleh makan. Penat woooo shopping ni, aku tak suka shopping terkejar kejar dan aku paling suka tengok barang tu lama lama asalkan aku puas hati memilih walaupun tak beli semuanya.

Aku tak suka beli baju anak anak cincai. Takkan mak bapa je yang bergaya kot tapi anak anak pakai baju asal ada je. Alaaaa tak sukalah. Kalau boleh nak cari yang comel.. secomel rupa paras anak anak aku..tehehehe. Aku tak kisah kalau dapat harga yang murah murah pun yang penting comel dan smart gituuuu dan terus rasa nak gigit satu satu..hehehe :')



Tapi paling best dua bulan sebelum puasa mak mertua aku dah shopping baju raya untuk cucu cucu kesayangan. Haaaa lagi laju..hehehe. Siap beli baju kembar kembar lagi untuk anak anak aku. Comel je mak mertua aku ni. Sekarang tinggal tunggu duit raya je dari mertua. Duit raya anak anak wajib masuk tabung masing masing :').

Haih tak sabar tunggu hujung minggu ni. Dalam kepala otak aku dah fikir macam macam nak beli. Nak beli kasut anak anak, nak beli itu.. nak beli ini..adoi nafsu shopping aku makin menjadi jadi. Jangan terlebih budget sudah!





1 comment:

  1. shopping masa bulan puasa memang penat..bertambah penat bila shopping dekat tempat panas or yang ramai orang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page