HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 8 July 2015

Tiga Beradik Comel.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah anak anak Mummy membesar dengan sihat. Mummy suka dan seronok bila tengok anak anak saling bekerjasama dan bermain bersama  tanpa adanya pergaduhan. Budak budak biasalah kadang kadang bergaduh bertumbuk bagai. Begitu juga dengan anak anak Mummy ni. Setiap hari ada jelah masalah akan timbul. Punca utama berebut mainan dan kadang kadang rancangan dalam TV pun jadi isu dan menyebabkan anak sulung dan anak kedua bertengkar tahap menangis nangis. 

Bila terjadinya pergaduhan seperti itu, Mummy akan rotan dua dua tanpa memilih kasih. Biar padan muka dua dua. Selalunya bila Mummy rotan, dua dua akan berlari dan cepat cepat peluk Mummy. Masa tulah dua dua minta maaf sambil peluk cium Mummy. Mummy yang tengah jadi harimau kelaparan terus tak jadi rotan anak sebab kesian dan rasa terharu bila anak tiba tiba je peluk dan cium Mummy. Mummy tak sampai hati nak rotan sebenarnya. Tapi kalau dah tahap buat Mummy geram memang kenalah satu satu.

Tapi Mummy bersyukur sangat anak anak sentiasa mendengar kata dan tak banyak susahkan Mummy. Cuma bila dengan suami je susah sikit anak anak nak dengar cakap. Mungkin sebab suami jarang marah dan terlampau manjakan anak anak kot. Sebab tu bila suami susah nak handle anak anak yang masa tu sedang berebut mainan, suami laju je suruh Mummy settlekan..hehehe.




Tinggal seminggu lebih je lagi tiga beradik ni nak balik kampung (sabah). Dah 2 tahun Mummy tak balik Sabah. Kali ni memang excited gila nak balik Sabah. Mudah mudahan apa yang Mummy dan suami rancang berjalan dengan baik dan dipermudahkan..Aminnn.



2 comments:

  1. Wah, layout bilik yg sgt menarik...boleh jadi guide utk kitorg nanti :-)

    ReplyDelete
  2. bilik cantikkkk deco ngn abc... senoronk je tgok 3 beradik tu dok sama2 main2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page