HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 28 July 2015

Tiga Beradik Shopping Baju Raya Part 2

Assalamualaikum.


Orang lain dah update cerita raya masing masing tapi aku baru nak update cerita sebelum raya..hahaha. Alaaaa bagilah can ye. Banyak sangat nak cerita ni. Cerita sebelum raya tak habis lagi nak masuk dalam blog. Cerita raya nanti nantilah update ye kesayangan semua. 







Okay sebenarnya aku nak sambung cerita pasal anak anak shopping baju raya hari tu. Ini adalah hari kedua kami shopping. Banyak benda tak sempat lagi beli. So hari kedua ni kira hari terakhirlah shopping untuk anak anak. Lepastu bolehlah mami shopping untuk diri sendiri pula..hehehe.


Suami ajak pergi Ioi Mall Putrajaya pula. Hari Ahad punyalah ramai manusia shopping baju raya masing masing. Anak anak nak berlarian pun tak boleh. Terlampau ramai orang.

Tanpa buang masa suami terus ajak masuk kedai Polo. Untungnya Polo tengah buat sale 50% - 70%. Saiz baju anak anak pun senang nak dapat. Suami pun sempat beli baju raya untuk diri sendiri.





Suami buat pilihan baju sendiri. Sementara tu aku sibuk cari baju anak anak. Kalau boleh nak cari yang ada tiga saiz. Suka tengok anak pakai baju kembar kembar. Comel je. Alhamdulillah pilihan hati semuanya ada saiz. Tak perlu buang masa lagi cari kat tempat lain. Harga pun berbaloi baloi dapat 70% diskaun. Sempatlah beli beberapa pasang untuk anak anak.





Budak ni sejak hari tu lagi pantang tengok benda ni. Mesti kecoh satu kedai.  Bayangkan Daddy tengah sibuk cari baju raya dia terjerit jerit panggil Daddy dia suruh tengok sambil cakap

"Daddy tengok ni! Samalah macam Daddy.."

Aku dan suami diam je. Daddy suruh diam makin banyak cakap pula

"Daddy samalah. Itu Daddy punyalah!"

Adoi rasa nak ketawa pun ada. Bahaya betul anak kedua kami ni. Sabar jelah..



Selesai dah baju anak anak. Sekarang teman Daddy cari seluar jeans pula. Nak pakai time raya katanya. Sementara tunggu Daddy try seluar jeans kami anak beranak selfie..heeeheee



Tiba tiba mami terdengar budak bertuah ni tengah bercakap sorang sorang. Laaaa ingatkan bercakap dengan  siapa tadi. Rupa rupanya tengah bercakap dengan  patung..hahahaha

"Jam samalah!"
"Jam samalah!"
"Jam samalah!"



Settle dah seluar Daddy. Kami cari kasut anak anak pula. Wahh bestnya tengah sale juga! Tapi anak anak takde saiz. Kecewa sungguh.

Tapi aku dan suami sempatlah juga beli kasut anak anak. Malas dah nak keluar banyak banyak kali. Tak laratlah. Penat. Alhamdulillah semuanya dah settle. Tinggal nak potong rambut anak anak je sebelum balik kampung. Tapi sayangnya semua kedai gunting rambut penuh. Malas nak tunggu. Kami terus balik dan cari kedai gunting rambut yang paling dekat dengan rumah je. Balik kampung ni anak anak wajib hensem hensem..hehehe.


Okay dah habis! Babai dan jumpa lagi..





2 comments:

  1. Bagus sng bwk derang g sopink.ahkak klu bwk hero akl sorang xterhandle..mcm bwk 5 anak laki gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi selamat hari raya!

      Huru hara juga sebenarnya bawa tiga hero ni pergi shopping. Tapi masih boleh handle lagilah. Mami ni kan garang..hehehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page