HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 14 July 2015

Tiga Beradik Shopping Baju Raya.

Assalamualaikum.



Aku dan suami sejak ada anak ni terlampau sangat suka beli baju anak anak. Baju untuk diri sendiri jarang sekali beli. Asal je nampak baju comel sikit mulalah memborong sakan suami isteri..hehe. Tapi selalu beli yang murah murah je. Aku dan suami tak kisah pun baju tu RM2 asalkan comel. Dan kepantangan kami memakaikan anak anak baju yang dah agak lusuh. Sebab tu bila basuh baju anak anak aku jarang sekali masukkan dalam mesin basuh. Aku dan suami akan cuba basuh guna tangan. Sebab bila guna mesin basuh baju anak anak cepat rosak dan lusuh. Alaaa sayangnya tengok walaupun baju tu berharga RM2 tau.



Sebenarnya hari ni nak share tiga beradik ni shopping baju raya hari tu. Orang lain shopping sehari je dah lengkap semuanya. Tapi aku dan suami shopping dua hari untuk baju dan kasut raya anak anak je. Dugaan betul shopping time time puasa ni. Macam macam yang terjadi. Bukan senang shopping bawa anak anak sekali. Tapi biasalah suami aku, nak juga bawa anak anak sekali. Nak bagi anak anak dia pilih baju dan kasut sendiri.

Ya Allah punyalah mencabar bawa anak anak shopping. Bayangkan sorang lari sana sorang lagi lari entah ke mana mana. Memang huru hara jugalah aku dengan suami mengejar anak satu satu. Alaaaa biasalah budak budak bukan dia peduli kita nak shopping. Yang diorang tau nak main kejar sana sini. So aku dan suami biarkan je dua dua berlari sana sini tapi masih tetap dalam pengawasan rapi suami. Nanti kalau dah penat sangat senyaplah dua dua.



Sebelum shopping. Kami singgah kat tempat wajib anak anak. Tak sah kalau tak singgah sini. Pernah sekali tak singgah. Bila nak balik tu tiba tiba anak sulung cakap

"Nak main car dulu baru balik.."

Dahlah masa tu tengah kelam kabut nak balik sebab suami dah bayar parking. Anak pula buat perangai tak nak balik. Aku dan suami malas nak layan dan terus saja balik. Keesokkan harinya kat sekolah anak sulung tiba tiba demam. Alahai aku dan suami terus rasa bersalah. Kesianlah.. So sekarang ni kalau keluar wajib bagi budak budak ni main kat sini walaupun tak lama. Janji dapat main.









Dah puas bermain dan berkejaran sana sini dua dua terus dahaga dan kelaparan. Anak sulung ajak masuk KFC. Amboi amboi..Mummy Daddy puasalah anak!

Suami beli rotiboy. Terus dua dua makan senyap senyap sambil duduk dalam troli..hehehe.



Anak bongsu dah tertidur. Dua beradik tu pula tengah layan rotiboy. Bolehlah Mummy shopping dengan aman..hehehe.


Tapi geramlah. Setiap kali aku berkenan baju tu mesti takde saiz. Begitu juga dengan saiz kasut. Stress betul shopping kat Alamanda ni. Polo sekarang ni tengah sale gila gila sehingga 70%. Tapi anak anak takde saiz. Husband ajak pergi kat tempat lain pula. Tapi aku makin tak larat nak jalan. Penat sangat. Tapi aku sempatlah juga beli 2 pasang baju anak anak. Tak sempat cari kasut je lagi. Susah betul nak cari saiz kasut anak anak :'(



Banyak lagi tak beli. Dah penat sangat ni. Terus beli makanan siap siap untuk berbuka dan terus balik. Suami ajak shopping esok kat Ioi mall putrajaya pula. Tapi anak anak tetap kami bawa walaupun huru hara dibuatnya..hehehe. Tempat shopping seterusnya nanti Mummy update lagi ye. Terima kasih semua sudi baca dan singgah sini..


Babai dan jumpa lagi..


1 comment:

  1. samalah kita.... berhabisan beli baju raya anak2 je... baju sendiri ala kadar sudah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page