HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 9 August 2015

13 Tahun.

Assalamualaikum.


09 Ogos 2002 adalah hari bersejarah antara aku dan suami tercinta. Pada tarikh inilah cinta pandang pertama kami bermula. Dan pada tarikh ini jugalah kami sah sebagai pasangan kekasih paling bahagia.

Hari ini 09 Ogos 2015 maka genaplah hubungan percintaan kami 13 tahun. 13 tahun yang sungguh indah untuk aku kenang kembali segala memori percintaan kami yang tak pernah dan tak mungkin untuk kami lupakan. Sehingga saat ini aku masih terbayang bayang kenangan indah kami saat kali pertama bertentang mata dan dilamar sebagai kekasih hati oleh suami tercinta.  Dan itulah saat paling membahagiakan..

13 tahun bersama bukan sesuatu yang mudah untuk terus kekal bersama.  Apa yang penting selalu dan sentiasa percaya antara satu sama lain. Secara jujurnya kami pun seperti pasangan yang lain yang akan selalu bergaduh, merajuk, bermasam muka dan  ada ketikanya nak putuskan hubungan. Kami dah berkali kali cuba putuskan hubungan punca dan sebab utama CEMBURU. Dia cemburu aku cemburu. Aku cemburu dia pun cemburu. Perasaan cemburu sentiasa ada antara kami. Tapi dengan kuasa Tuhan kami terus kekal bersama Alhamdulillah. 

13 tahun bersama banyak mematangkan aku dalam segala hal terutamanya untuk terus mencintai dan dicintai oleh insan tersayang yang kini menjadi suamiku. Walaupun dah 13 tahun hubungan aku dan suami namun kami seperti pasangan yang baru bercinta dan masih dalam proses mengenali antara satu sama lain.


Suami selalu kata perangai aku susah nak di jangka. Ada ketika okay dan ada masa masa tertentu tiba tiba saja tak okay. Kadang kadang senang nak pujuk dan kadang kadang bagai nak gila pujuk. Alahai dah kenal bertahun tahun pun suami masih susah nak jangka perangai sebenarku. Adoi sabar jelah..hahaha.

13 tahun bersama dan aku hidup bahagia. Aku bahagia kerana suami ikhlas menerimaku seadanya walaupun aku sebenarnya banyak kekurangan. Terlalu banyak kekurangan yang ada pada diriku. Namun suami tetap bersabar dan sentiasa ada disisi saat susah dan senang.

Sempena ulangtahun ke 13 tahun ini semoga Allah terus panjangkan jodoh kami bersama dan terus hidup bahagia dengan tiga hero kesayangan kami. Terima kasih atas segalanya sayang. Sesungguhnya kaulah suami paling terbaik dan terhebat! Mahal kita lasa..




2 comments:

  1. Alhamdulillah..best nya 13 tahun bercinta..lama sangat2 tu..hihihi..kalau aida pun susah nak maintain ..semoga terus berbahagia hingga ke syurga ye Wieyna n suami...Amin!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah jodoh kuat. Terima kasih ye mami comel!

    Aminn..aminn..aminn.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page