HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 20 August 2015

Daniael Mieqael Genap 4 Tahun.

Assalamualaikum.



Subhanallah, Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam….

Maha Suci Allah yang menciptakan anakku…

Hari ini genap 4 tahun lalu Kau anugerahkan kepada kami seorang bayi paling comel dan hensem yang sekarang usianya dah masuk 4 tahun pada 20 Ogos 2015

Macam tak percaya je anak sulung Mummy ni dah masuk 4 tahun. Dah besar, dah tinggi, makin hensem macam Daddy dan makin bijak pandai.. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah...

Sepatutnya hari ini nak sambut birthday Daniael Mieqael kat sekolah. Aku dan suami memang dah plan nak buat kat sekolah. Tapi suami tiba tiba kena pergi outstation pula :'(. Setiap apa yang aku dan suami plan mesti tak jadi. Selalu sangat macam ni. Nak buat macam mana bukan rezeki lah tu. Aku dan suami hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Takpelah mungkin ada hikmah setiap apa yang berlaku. Apa yang penting selalu bersyukur.

InsyaAllah bulan depan nak buat birthday Abang kat sekolah. Nak bagi dia happy dengan kawan kawan dia. Sebenarnya suami suruh teruskan je plan kami tu walaupun dia tak ada. Alaaaa mana best! Daniael Mieqael mesti ulang ulang tanya Daddy dia. Manja sangat dengan Daddy dia ni. Aku pun kalau boleh nak suami ada. Tak seronok langsung kalau suami tak ada.

Happy Birthday Sayang...

Semoga Allah sentiasa menjaga dan melindungimu. Semoga sayang menjadi anak yang soleh, sentiasa taat pada orang tuamu, menjadi Abang yang baik untuk adik adikmu, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik, semoga menjadi bijak pandai dan Semoga memperoleh manfaat baik di dunia dan akhirat. Amiin Ya Robbal Alamiin…



7 comments:

  1. Dari auntie juga buat abang Daniael Mieqael happy 4th birthday dear:)

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Daniael Miqael sayang..Semoga terus membesar dengan sihat dan bijak..Amin..

    ***aida pun kalau suami , takde tak best..mesti nak share each moments kan..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty comel!

      Aah memang tak best langsung..hehehe.

      Delete
  3. happy 4th birthday to Daniael Mieqael. semoga menjadi anak yg mendengar kata ye..geng ayish bambam ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty gojes!

      Iyelah anak kita sama bulan kan. Memang geng sangat ni. Suka tengok cara awak mekap pengantin. Cantik!

      Delete
  4. Chumel nyer adik daniel ni , kecik2 dah encem, dh beso mesti ramai peminat kan XD moga sihat selalu, dikurniakan akhlak mulia, taat ibu bapa & berjaya dunia akhirat ya ^___^ ~Happy Bday~

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page