HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 22 August 2015

Dannish Riffqie Tak Nak Pakai Pampers.

Assalamualaikum.


Hari ini seharian dengan anak anak tanpa suami sangatlah mencabar dan buat aku rasa penat yang amat. Hari ini kemas rumah ala kadar sahaja begitu juga dengan basuh kain. Bab masak wajib masak sedap sedap. Anak anak dah pandai pilih pilih makanan sekarang. Kalau aku masak tak sedap sia sia jelah jadi harimau paksa anak anak makan. Makanan tetap tak akan habis. Tapi kalau aku masak sedap sedap confirm licin dan tiada paksaan. Anak anak sendiri akan kata "mami, nak lagi! Nak lagi!" Dan aku paling suka bab itu bila anak anak makan banyak :')


Dah masuk dua hari aku ajar Dannish Riffqie tak pakai pampers. Faham faham jelah betapa mencabarnya ajar budak bertuah tu masuk tandas dan buang air sendiri. Aku bukan suka suka hati nak paksa dia tapi dia yang beria ia sangat tak nak pakai pampers sejak beberapa hari ini. Lagi lagi bila nampak Abang dia tak pakai pampers dia pun tak nak pakai. Setiap kali pakaikan pampers Dannish Riffqie akan meronta ronta tak nak pakai pampers dan berlari sana sini membuatkan aku penat mengejarnya. Geram sangat. Tiba tiba je buat perangai tak nak pakai pampers. 

Semalam aku saja nak try tak pakaikan dia pampers selepas mandi. Amboi seronoknya dia. Siap eksyen depan Abang dia..hahaha. Tak sampai seminit dia dah mula cakap nak kencing. Aku dengan kelam kabutnya buka seluar dia dan laju laju bawah ke tandas. Tapi dia tak kencing banyak pun. Kencing sikit sikit je. Kira okaylah tu. Permulaan yang baik. Setiap 2 minit nak masuk tandas dan terjerit jerit "mami, Riffqie nak kencing!". Setiap 2 minit itu jugalah aku ulang ulang buka seluar dia dan berlari masuk tandas. Huh slimlah mami kalau macam ni..tehehe. 


Sedang aku buat susu untuk mereka bertiga. Aku terdengar lagi Dannish Riffqie memanggil manggil nak terkencing. Aku terus berlari dan hampir hampir saja terjatuh. Tapi sayangnya Dannish Riffqie dah terkencing depan Tv sambil tersenyum senyum dan dengan bangganya cakap 

"Mami, Riffqie kencing! Tengok tu!" Sambil tersenyum senyum. 

Aku yang melihat hampir hampir saja bertukar jadi harimau. Nasib baik aku sempat bersabar dan cepat cepat bersihkan. Risau Rayyan Ashraff main main kat situ pula. 

Aku sambung buat susu anak anak. Dannish Riffqie datang dan peluk aku dari belakang. 

"Riffqie sayang mami!

"Riffqie sayang mami!"

Ulang ulang dia cakap buatkan aku tersenyum dan terus peluk dan kiss pipi dia dengan penuh kasih sayang. Baru nak bersayang sayang, Tiba tiba dia cakap 

"Mami, Riffqie nak kencingggg!". 

Ya Allah penatlah mami. Sampai bila nak macam ni. Nak buat susu pun tak siap siap..alahai anak. 


Berbeza sangat masa nak ajar Daniael Mieqael tak pakai pampers. Mula mula nak ajar Daniael Mieqael memang senang sangat. Ada jugalah dua tiga kali terkencing dalam seluar sebab lambat buka seluar dan tak sedar..hahaha. Lagipun sejak Daniael Mieqael masuk sekolah, teacher dia awal awal dah ajar dia tak pakai pampers dan belajar masuk tandas sendiri. So ini memudahkan aku dan suami untuk ajar Daniael Mieqael kat rumah pula. Cuma satu je Daniael Mieqael tak boleh buat iaitu ketika tidur. Tak kiralah tidur siang ke atau malam pasti akan terkencing dalam seluar. Kesudahannya kami terpaksa pakaikan pampers juga waktu tidur. Tapi kami tetap ajar Daniael Mieqael supaya tak bocor waktu tidur. 

Hari ini hari kedua tak pakaikan Dannish Riffqie pampers. Paling mencabar bila tiba tiba dia cakap nak berak! Omaigod anak janganlah berak merata rata tempat, pengsanlah mami nak bersihkan. Masa dia cakap nak berak tu aku sepantas kilat bawah dia masuk tandas dan dudukkan dia ditempat khas yang aku beli online kat Lazada untuk memudahkan dia senang duduk dan buat hajat dengan aman..hahaha. 


Yeayyy akhirnya Dannish Riffqie lulus ujian pertama! Lulus sebab tak berak merata rata tempat dan berjaya gunakan tandas dengan bijak..hahaha. Best pakai benda ni comel je anak duduk atas tu. Setakat ini aku tak berani lagi ambil gambar anak duduk atas ni..hahaha. Kesian tak sampai hati. Mula mula ajar Daniael Mieqael buang air sendiri pakai benda inilah. Kalau tak pakai benda comel ni tak pasal pasal adalah yang termasuk dalam mangkuk tandas tu..hahaha. Nasib baik rumah kami takde tandas jenis cangkung tu. Kalau kat kampung adalah tapi penat sikitlah buang hajat..hehehe. 


Hari kedua tanpa pampers Dannish Riffqie banyak kali jugalah bocor dalam seluar. Takpe belajar perlahan lahan. Dan aku perlu banyak bersabar. Walaupun Dannish Riffqie baru 2 tahun 5 bulan aku rasa dah sampai masanya ajar dia tak pakai pampers. Senang kalau masuk sekolah nanti tak perlu dah pakai pakai pampers. Barulah macho!


Okay babai semua!


7 comments:

  1. taniah dannish riffqie.... akak blum kesempatan nk ajar aiyan utk takmo pakai pampes lg... dh msk 4thn pun... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih!

      Takpe daling, perlahan lahan ye. Anak sulung saya pun tak sempat ajar awal awal. Bila masuk sekolah je baru sibuk nak ajar..hehe.

      Delete
  2. good job boy...besar sdh hero2 mu darl

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Iyaaaa sama besar sudah dengan anak anak mu kan..hehehe

      Delete
  3. berapa harga ladder toilet seat tu kak?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page