HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 28 August 2015

Hijab Pari Pari Style.

Assalamualaikum.



Dah empat hari berturut turut aku pakai shawl gaya Raja Nadia Sabrina ni. Tengok dia pakai nampak comel je. Aku takut nak try sebenarnya risau tak sesuai dengan bentuk muka aku. Tapi teringin sangat nak try. Aku dah bosan sebenarnya pakai gaya yang sama pergi kerja dan keluar dating dengan insan tersayang. Balik balik gaya yang sama. Bosannya!. Anak paling bongsu pun dah besar bolehlah aku berhias  dan bergaya sakan seperti artis..tehehehe.


Mungkin ramai dah tahu pakai pari pari style ni. Nampak macam susah je kan. tapi sebenarnya senang gila. Mula mula try tu Ya Allah berpeluh peluh ketiak nak lilit dan pusing sana sini. Tapi kalau dah pandai dan dah tahu cara nak buat Ya Allah senangnya. Bila berjaya pakai terus melompat lompat keriangan hahaha.


Tapi aku rasa tak cukup kemas lagi ni. Banyak yang perlu aku baiki lagi supaya nampak cantik dan kemas. Takpe perlahan lahan. Ini pun dah kira okay kot. Walaupun tak secantik Raja Nadia Sabrina..huhuhu.


Hari pertama pakai shawl gaya ala ala artis ini haruslah selfie dan syiok sendiri. Dan paling penting terus share kat Facebook dan instagram..hehehe.





Hari ini aku pakai oren pula. Makin seronok pula pakai style macam ni. Alhamdulillah mendapat pujian positif  dan ini membuatkan aku lebih yakin untuk terus tampil seperti ini tanpa rasa malu malu..hehehehe. Ingat keyakinan harus ada tau kalau nak pakai tudung Pari pari style ni. Percayalah senang sangat nak pakai. Korang pun pasti boleh buat. Ramai je yang pakai style ni sekarang dan nampak sangat sangat comel. Korang pun pasti akan comel..hehehe. Tak sabar nak belajar gaya lain pula. Aku semangat sangat sekarang ni berfesyen. Kalau boleh tak nak ketinggalan zaman. Lantaklah orang fikir apa. Janji puas hati dan bahagia..


Okay babai kesayangan semua. Jumpa lagi dan selamat Hari Merdeka!




7 comments:

  1. blkg singkat tak? mcm best je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung dengan jenis shawl yang awak nak pakai. Kalau shawl tu panjang lagi bagus. Kat belakang tak singkat. Trylah mesti awak nampak comel :')

      Delete
  2. omei... rajin nyer...
    dana nih kalu pakai shawl gitu tak sampai tgri dh ttp muke gamaknyer kui2

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAAA..awak ni buat lawak pula. Sakit perut saya ketawa tau! Trylah dulu mesti suka punyaaa..hehehe.

      Delete
  3. amoi liang moi...andu bah ko tau kah aku nda lepas buat gaya ni kalau pakai shawl tp kalau bawal ok kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHAAAA..keluar sudah bahasa sabahan mu daling..hehehe. Iya aku selalu tengok kau pakai bawal je kan. Takpe bha daling..cantik jua tu..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page