HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 9 September 2015

Dating Dengan Imej Baru.

Assalamualaikum.


Hari isnin aku cuti. Menanti kepulangan suami yang baru balik dari vietnam. Seminggu di Vietnam. Dua minggu sebelum ke Vietnam suami outstation ke Sarawak. Nak dekat sebulan jugalah aku tak jumpa suami begitu juga dengan anak anak. Macam biasa akan sentiasa ada debaran dupdapdupdap menanti kepulangan suami tercinta. Rinduuu..

Jumaat lepas 04 September 2015 hari jadi suami yang ke 32 tahun. Syukur Alhamdulillah suami masih dipanjangkan usia dan terus dimurahkan rezeki walaupun ekonomi semakin menggila sekarang ni. Semoga sayang terus maju jaya dalam apa jua sayang lakukan. I LOVE YOU!

Sempena hari jadi suami yang ke 32 tahun ni Mummy perlu tukar imej baru. Nak kelihatan lebih cantik dari biasa dan biar suami tergoda habis habisan..tehehehe :p 



Imej baru yang aku maksudkan tukar fesyen tudung je. Sebelum ni dah pernah pakai pergi kerja. Ini kali pertama keluar dating dengan suami pakai hijab pari pari style ni. Sebelum ni takde keyakinan keluar pakai macam ni. Segan sebenarnya. Kali ini aku nekad dan keyakinan aku tahap maksima hari tu..hahaha over betul!

Dalam masa yang sama aku berdebar debar tunggu komen dari suami tercinta. Manalah tahu suami tak suka dan aku kelihatan pelik bergaya seperti ini. Pendapat dan komen suami sangat bermakna buat aku. Kalau suami suka maka aku berganda ganda lagi suka. Tapi kalau suami tak suka aku akan stop terus..hehehe.

Masa aku tengah berhias depan cermin, suami tiba tiba muncul dari belakang dan kata sesuatu yang buat aku tergelak besar.

"Sayang pakailah tudung style baru tu. Takkan nak pakai pergi ofis je kot..". 

Aik macam tau tau je aku nak pakai gaya baru tu. Aku terlupa yang suami selalu memantau dan perhatikan aku dari jauh sama ada kat facebook ataupun instagram. Aku kan hantu selfie, ofcozlah suami tau apa yang aku buat..hehehe. Comel je suami aku ni.

Hari itu aku pakai shawl kaler merah. Kaler merah adalah kaler kegilaanku sejak bujang lagi. Sebab tu kebanyakkan baju suami dan anak anak paling banyak kaler merah. Nasiblah dapat bini hantu merah..hahahaha.



Laju laju pakai tudung, suami pula sejak tadi asyik perhatikan aku pakai tudung. Bila dah siap tu terus dia cakap

Suami : "Lainnya muka sayang pakai macam ni?" Sambil tersenyum senyum.

Aku : "Alaaaaa kenapa tak sesuai ke yang?"

Suami : "Sesuai tapi lain sikitlah yang.." (Aku yang mendengar hampir hampir saja merajuk)

Aku : Sayang ni.. kalau macam tu mami tukar jelah..(kononnya nak merajuklah tu..hehehe)
Bila aku cakap macam tu suami terus tergelak besar. Seronok lain macam je suami aku ni. Geram. cium baru tau!

Suami : Wife aku sebelum ni kan macam neelofa. Tapi hari ini dah bertukar jadi siti nurhaliza pula. Comel dan cantik. 

Aku yang mendengar kata kata dan puji pujian suami terus ketawa tanpa henti. Habis keluar semua air mata. Bukan sebab sedih tapi terlampau geli hati bila suami cakap macam tu. Saja nak bagi aku perasanlah tu. Mentang mentanglah sebelum ni aku pakai tudung neelofa terus dia kata aku macam artis neelofa. Haih betul betul nak kena cium ni. Geramlah!

Kesimpulannya suami aku suka style ni. Dan nampak gayanya bolehlah aku teruskan..hehehe.



Hari pertama keluar dating dengan imej baru harus dan wajib selfie. Lama gila tak selfie dengan suami sendiri. So kesempatan yang ada aku gunakan sebaik baiknya. Suami pun layan je..hehehehe.

4 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page