HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 17 September 2015

Duit Gaji.

Assalamualaikum.


Bercakap pasal gaji ni, Alhamdulillah sehingga hari ini suami tak pernah usik langsung gaji yang aku terima setiap bulan. Malah segala bil dan keperluan aku dan anak anak suami yang tanggung dan urus sepenuhnya. Ini bermakna duit gaji yang aku terima setiap bulan hanya untuk aku sorang dan ini menyebabkan aku bebas berbelanja sesuka hati. Setiap bulan mulalah beli yang bukan bukan. Dah janji tak nak dah shopping online dan offline ni tapi tetap tershopping juga. Susah betul nak control. Tapi sejak awal tahun 2015 aku dah mula sedar yang aku perlu berjimat cermat. Tapi aku takdelah berjimat cermat sampai nak ikat perut. Cuma nak kurangkan sikit perangai aku yang suka berbelanja dan memboros  ni T__________T". 



Sejujurnya gaji aku tak banyak pun. Cukup cukup makan je sebenarnya. Biasalah aku kan kerja dengan kerajaan. Faham faham jelah gaji orang kerajaan macam mana. Tak kisah pun sebenarnya. Yang penting kemudahan lain yang kerajaan bagi semuanya dapat free. Itu yang paling aku suka. Setiap tahun dapat tiket free balik kampung. Baru baru ni balik kampung (Sabah) tiket kami untuk 5 anak beranak dekat RM7000 lebih. Nasib baik free..hehehe. Banyak lagilah kemudahan free yang aku terima. Suami dan anak anak pun dapat manfaatnya.

Dalam tiga bulan ni aku dah try berjimat sikit sikit. Alhamdulillah aku berjaya berjimat dengan riang ria. Almaklumlah rumah baru tak lama lagi siap. Mesti banyak duit nak pakai nanti. Kesianlah suami aku kalau semua pun dia nak tanggung.

Semua orang mesti pernah berhutang dan ada hutang kan. Begitu juga dengan aku. Hutang masa belajar dulu Alhamdulillah dah settle. Aku dah lama tak pakai kad kredit. Awal awal kerja dulu boleh tahan jugalah aku pakai kad kredit. Pantang nampak benda cantik terus beli dan bayar pakai kad kredit. Hutang semakin banyak dan buat aku pening kepala nak settle satu satu. Akhirnya aku ambil keputusan tutup terus kad kredit aku dan bayar semua hutang yang ada. Sekarang ni dah masuk 4 tahun aku tak pakai kad kredit. Alhamdulillah aku bebas hutang kad kredit!

Hutang kereta suami yang bayar dan aku hanya tanggung minyak kereta saja. Rumah dan tempat kerja takdelah jauh sangat. So minyak jimat sikitlah. Tempat parking pun free. Barang keperluan lain aku dah jarang jarang beli. Terutamanya barang mekap. Tapi baru baru ini aku terbeli juga tanpa sedar. Nasib baiklah barang mekap ni tahan berbulan bulan..hehehe.

Belanja makan pula aku tak perlu risau sangat sebab aku dalam proses diet. Eh eh taklah aku tak diet pun sebenarnya. Setiap pagi aku wajib makan banyak. Tengahari dan petang aku tak makan sangat tapi waktu malam aku terpaksa makan sebab suami paksa makan. Kalau suami takde aku terpaksa habiskan makanan anak anak pula yang tak sempat anak anak habiskan. Aku memang susah sikitlah nak diet walaupun hakikatnya teringin sangat nak diet.. T_________T".

Ibu bapa kat kampung jangan dilupa. Setiap bulan aku wajib hantar duit. Walaupun tak banyak Alhamdulillah orang tuaku terima dengan rasa syukur. Kadang kadang kalau ada duit lebih belanja adik beradik kat kampung. Sekali sekala bagi adik adik happy. Bukan selalu pun. Tak payah nak kedekut kedekut sangat.

Setakat ini duit lebihan yang ada aku lagi suka buat simpanan kat Tabung Haji dan ASNB melalui potongan gaji. 3 bulan lepas aku tambah lagi jumlah potongan aku setiap bulan. So kalau aku teringin nak beli sesuatu takdelah aku memboros sangat sebab aku dah menyimpan separuh dari gaji yang aku ada. Kalau boleh buatlah simpanan dalam buku dan bukannya yang guna kad bank. Kalau buat simpanan yang menggunakan kad bank. Sia sia je menyimpan. Tangan akan sentiasa gatal bila ternampak barang cantik nanti..hehehehe (akulah tu!)

Itulah sedikit sebanyak cara aku berjimat cermat apabila dapat duit gaji.  Sekarang ini ekonomi negara kita semakin teruk. Aku yang suka memboros ni pun dah mula tersedar. Aku harap kawan kawan yang lain pun berjimat dengan bijak ye. Kalau nak memboros pun, memboroslah dengan cara bijak tau..hehehehe. Okay babai semua!





3 comments:

  1. assalam
    singgah jenjalan kat sini.
    sy da mula menabung since 2015..jom menabung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Terima kasih sudi singgah sini.

      Jom menabung banyak banyak..hehe :')

      Delete
  2. Cantik entrinya! Kita pun sebenarnya kuat memboros... e he heee.... Bagus tu simpan dalam TH, tak pakai kad, jadi tangan tak gatal nak menyucuk selalu :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page