HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 15 September 2015

Fesyen Neelofa.

Assalamualaikum.


Sejak aku dapat tahu suami minat kat artis neelofa ni, aku terus mengikuti perkembangan neelofa. Bila neelofa mula berhijab aku lagilah jatuh cinta dengan fesyen tudung dan cara dia berpakaian. Nampak comel dan cantik je. Suka sangat tengok. Sebab tu tak hairanlah suami aku asyik beri puji pujian kononnya aku ala ala neelofa. Memang perasan habislah aku..HAHAHAHA.



Minggu lepas masuk ofis dengan imej baru lagi. Sejak bersalin anak ketiga hari tu aku lebih suka pakai kurung moden masuk ofis. Senang nak pump susu untuk anak tersayang. Tapi sejak anak dah setahun ni aku lebih relax dan tak perlu stress stress lagi pasal stok susu sebab anak dah minum susu formula. Kira campur campurlah dengan susu ibu. Alhamdulillah rezeki anak masih ada walaupun dah tak banyak. Harus bersyukur dengan apa yang ada.


Lama tak pakai baju macam ni masuk ofis. Asyik pakai baju kurung moden je. Tetiba pula boring. Tapi aku takdelah pakai hari hari. Baru nak start pakai balik baju baju lama. Lagipun dah slim sikit bolehlah pakai..hehehe.

Sekarang ni dah macam macam fesyen pakaian. Aku pula memang jenis suka mencuba. Sesuai tak sesuai belakang kira. Janji suami suka dan aku selesa.



Minggu lepas pakai baju fesyen neelofa. Beli kat jualan ofis je. Selalu tengok neelofa pakai macam ni terus rasa nak cuba. Bila pakai tu alahai rasa macam artis pula masuk ofis..hahaha. Nasib baik kawan kawan ofis cakap cantik dan sesuai..hehehe.

Tanya suami fesyen baju ni okay ke tak. Suami terus bagi markah 10 bintang! Kalau dapat 10 bintang tu kira paling okaylah tu. Suami suka dan setuju. Takdelah aku syok sendiri perasan cantik..hahaha :p

Yeayyy esok cuti! Tak sabar nak try buat kek untuk anak anak. Selamat bercuti semua. Babai dan jumpa lagi..



4 comments:

  1. cntik bergaya
    yg penting suami suka kan..
    saya pon suka tgk neelofa skrg.cntik comel je..
    dah tu mula jinak jinak dgn tudung neelofa. hihi

    ReplyDelete
  2. Sis nk tnya kt mana bk beli baju mcm ni.. sy dh lama cari

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page