HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Wednesday, 23 September 2015

Kidz Paradise The Mines # 3

Assalamualaikum.

Hari ahad baru baru ni suami free dan terus ajak kami anak beranak bersukaria kat kidz paradise the mines. Lama rasanya tak datang sini. Kali terakhir datang sini awal tahun 2015. Masa tu Rayyan Ashraff baru 4 bulan lebih. Kira lama jugalah tak singgah sini. Tetiba rindu pula tempat ni..hehehe.

Anak anak tak payahlah cakap. Lagilah meronta ronta nak datang sini. Bila dah lama sangat tak datang sini anak anak tetiba je jakun dan huru hara tak tau nak main apa. Kesianlah jarang bermain kat luar.

Banyak yang berubah dalam ni. Macam macam permainan baru yang ada. Yuran nak masuk pun dah mahal sikit. Kalau sebelum ni RM36.00 untuk sorang. Sekarang dah RM40.00. Baby umur 6 bulan kebawah masih lagi free. Harga tu rasanya okay lagi kot sebab boleh berseronok dalam ni satu hari.




Rayyan Ashraff kali kedua masuk Kidz Paradise ni. Kali pertama datang masa tu dia baru 4 bulan lebih. Sekarang dah setahun dah baby hensem ni. Cepat sangat dah setahun. Umur umur macam ni lagi berbaloi bawah sebenarnya. Sebab dia dah pandai bermain dan berseronok sama dengan abang abang dia.

Tapi kena hati hati juga. Tak boleh biar dia bebas merangkak sana sini risau tengok. Kebanyakkan kanak kanak yang datang sini semuanya terlampau aktif berlari dan berkejaran sana sini termasuklah anak anak aku. Bahaya untuk Rayyan Ashraff risau terlanggar dengan budak budak besar. Aku dan suami bergilir gilir perhatikan Rayyan Ashraff sentiasa dalam keadaan selamat. Sesiapa saja yang cuba menghampiri Rayyan Ashraff memang kenalah budak tu...HAHAHAHAAAA.





Daniael Mieqael dan Dannish Riffqie kami sengaja biarkan je mereka bebas dan pandai pandailah bawah diri. Dua dua kan dah besar. Mainlah sampai puas. Tapi walaupun diberi kebebasan suami tetap pantau ke mana budak budak hensem ni pergi.

Apa yang Mummy perasan kali ini anak anak lagi seronok dan dah pandai main sendiri tanpa rasa takut takut lagi. Kalau sebelum ni asyik panggil nama Mummy Daddy je dan minta tolong sebab takut. Sekarang langsung tak perlukan Mummy Daddy lagi dah. Dua dua dah pandai bawah diri. Seronok pula Mummy tengok.

Okay Mummy tak nak cakap banyak. Biarlah gambar yang bercerita ye.

































Susah betul nak ambil gambar family. Anak anak asyik berlarian dan sibuk nak main sana sini. Dapat satu gambar family ni okaylah walaupun Mummy kelihatan gemuk janji adaaaaa..hehehehe


Anak bongsu suka main sorang sorang...


Ajak selfie tak nak...


Walaupun kena buli dengan Mummy Daddy tetap tak nak pandang kamera.


Oleh kerana anak tak nak selfie, terpaksalah Mummy Daddy selfie berdua saja tanpa anak anak :')


Mummy hantu selfie. Kalau snap sekali je memang takkan puas hati. Terpaksalah Daddy snap sekali lagi.


Ehem ehem masih tak puas hati. Sekali lagilah..hahahaha. Okay dah dah jom tengok anak anak!


Masa untuk main pasir tiruan pula. Lama gila duduk dalam ni. Anak anak langsung tak nak keluar. Takpelah dah bayar mahal mahal kan. Mainlah sampai puas ye anak anak..






Okay ini gambar terakhir. Selfie dulu anak beranak..tehehe. Yeayyy esok cuti hari raya aidiladha. Dikesempatan ini Mummy nak ucapkan selamat hari raya pada semua. Segala salah dan silap harap di maafkan. Babai semua dan jumpa lagi entry seterusnya..Muahhh! :')




6 comments:

  1. Bestnya..mcm kami jauh sgt nk ke the mines tu...bolh tahan jugak harga masuk sini ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Azrine! Selamat hari Raya. Tempat ni memang best anak anak pun suka dan seronok sangat. Tapi itulah harga dah naik. Kalau masuk dan main sekejap je memang rugilah bayar. Sebab tempat ni boleh main satu hari. Bagi anak anak puas main..hehehe

      Delete
  2. salam perkenalan.. comei2 anak ye.. same la kite 3 boboioy.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan juga. Wahh nampaknya bolehlah kita geng anak semua boboi..hehehe. Anak anak awak pun comel. Terima kasih sudi singgah sini ye.. :)

      Delete
  3. salam...nak tanya, parent masuk kena bayar jugak x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Ibu bapa masuk free je. Tapi jangan lupa bawah stoking tau. Semua wajib pakai stoking dalam ni :')

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page