HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 1 September 2015

Perkembangan Rayyan Ashraff Satu Tahun.

Assalamualaikum.


Rayyan Ashraff dah masuk setahun tapi masih belum ada tanda tanda nak jalan lagi. Sehingga hari ini masih lagi dalam fasa merangkak. Lama betul anak aku ni merangkak. Laju pula tu. Penat nak kejar..hehehe.

Lambat jalan pun takpelah. Janji anak sihat. Lagipun anak kedua aku sebelum ni nak dekat 2 tahun baru berjaya jalan sendiri. Mula mula tu risau jugalah. Sedih tengok anak tak jalan jalan lagi. Macam macam dah aku fikir waktu tu. Risau anak tak normal je. Jahat betul fikiran aku waktu tu. Suka fikir yang bukan bukan. Jenis tak sabar dan selalu terpengaruh dengan kata kata orang.

Macam mana aku tak risau anak sulung aku berjaya jalan sendiri setahun 3 bulan. Banyak sangat beza kan. Aku siap jumpa doktor pakar lagi tanya kenapa anak aku tak jalan jalan lagi ni. Rasa nak telan je bila dengar orang cakap bukan bukan pasal anak aku tak jalan jalan lagi. Stress sangat.

Tapi suami selalu ingatkan aku supaya bersabar dan jangan layan kata kata orang. Berkat kesabaran kami akhirnya anak kedua aku beri kejutan istimewa saat aku nak bersalin anak ketiga. Tuhan je yang tahu betapa aku gembira yang amat. Aku menangis nangis tengok anak aku berjaya jalan sendiri. Rasa macam tak percaya je. Haaaa tengok kan dah nangis. Setiap kali teringat mesti aku rasa sebak dan laju je air mata ni mengalir. Sedih tau tak..


Sebab itu bila giliran anak ketiga aku ni lambat berjalan. Aku dah tak risau. Aku yakin satu hari nanti akan sampai masanya dia berjalan sendiri. Tak payah nak stress stress bila orang lain mula banding bandingkan anak aku dengan anak orang lain. Takpelah masing masing punya perkembangan. Aku okay je. Paling penting anak sihat, comel dan hensem..tehehe.


Walaupun anak aku ni lambat berjalan tapi aku rasa dia cepat bercakap kot. Sebab sejak akhir akhir ni bila kita sebut satu perkataan tu dia boleh ikut. Comel je dengar dia sebut ulang ulang..hehehe.

Paling comel bila dia nampak botol susu dia atau kita tengah bancuh susu, dia akan terjerit jerit sebut "cucuuuu!' Sambil tunjuk ke arah botol susu. Ya Allah geram betul mami tengok dia masa tu. Teruslah mami kiss dia berjuta juta kali..hahaha.



Rayyan Ashraff ni jenis makan banyak sebenarnya. Dia akan makan apa saja yang kita bagi kat dia. Tapi itulah setiap kali makan banyak, banyak kali jugalah dia berak. Asal je makan banyak terus berak. Pening kepala mami. Bila nak naik berat badan kalau macam ni. Alahai anak..

Okay kesayangan semua. Setakat ini itu jelah perkembangan terbaru Rayyan Ashraff. Nanti Mummy update lagi ye cerita terbaru dia. Jumpa lagi semua..Babaiii.




5 comments:

  1. Kejap jer dah setahun. ANak kita yg 1st dulu dekat setahun lima bulan baru dapat jalan.

    ReplyDelete
  2. Skjp je dh setahun??rsa mcm br je bersalinkan..

    ReplyDelete
  3. betul..tak payah risau sangat..tengok dia sihat,tak sakit tu maknanya ok la tu..budak2 ni semua bukan nya sama..

    ReplyDelete
  4. Xpe asalkan sihat. Xlama lg brjln la tu. T xlrt kejar.. heheh

    ReplyDelete
  5. jgn stress la.
    abaikan org keliling tu
    think positif
    apa yg ptng anak sihat kan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page