HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 26 October 2015

5 Tahun Sebagai Suami Isteri

Assalamualaikum.


Syukur Alhamdulillah genap 5 tahun usia perkahwinan kami. Selama 5 tahun bersama banyak yang berubah dalam kehidupan kami. Dah 5 tahun bersama, sehingga saat ini aku masih teringat kisah paling sedih dalam kamus hidup kami. Setiap kali teringat aku dan suami pasti akan menangis bersama. Tiada siapa yang menyangka kami akhirnya dikurniakan 3 hero paling comel di dunia. 

Sebelum kahwin suami pernah berterus terang tentang kesihatan dirinya dan aku terima dengan ikhlas dan terima dirinya dengan seadanya tanpa syarat. Waktu tu kami belum ada apa apa ikatan yang sah. Sehinggalah satu hari suami yang ketika itu sedang belajar kat france tiba tiba tak sihat dan terpaksa balik Malaysia. Dekat 7 tahun bercinta jarak jauh, family suami tak pernah kenal siapa aku. Tapi suami cukup terkenal di Sabah. Suami rapat dengan semua ahli keluargaku. 

Suami balik Malaysia untuk buat pembedahan dengan segera. Aku rasa macam nak mati je waktu tu. Tak tahu nak buat apa. Nak datang KL takut family suami susah nak terima dan hanya menambah masalah suami. Setelah puas berfikir dan mendapat restu mak ayah, aku nekad datang KL dan jumpa family suami. Dalam fikiran aku waktu tu apa nak jadi jadilah asalkan aku datang sebelum suami buat pembedahan. Aku sebenarnya takut dan berdebar jugalah waktu tu. Iyelah kali pertama berjumpa dengan orang tua kekasih hatiku. Demi cinta aku sanggup berjuang..chewahh!

Orang pertama yang aku jumpa kat hospital Mama Papa. Macam macam perasaan ada waktu tu. Rasa nak terberak pun ada. Berdebar gila. Nak tengok muka Mama Papa pun takut. Nampak garang dan serius sepanjang masa. Tapi aku tetap tabahkan hati dan cuba salam Mama Papa. Mama Papa tak banyak cakap dan aku pun ambil keputusan mendiamkan diri. Kehadiranku buat suami bahagia. Tengah sakit sakit pun masih mampu berkata "terima kasih sudi datang sayang..". Aku yang mendengar rasa sebak dan laju je air mata mengalir. Entah kenapa aku terlampau sedih sangat hari tu, macam macam yang aku fikir. Aku berdoa sepanjang masa agar pembedahan berjaya dan suami cepat cepat sembuh. 

Alhamdulillah pembedahan berjaya. Tapi ada berita kurang baik untuk kami semua. Dan berita itu sukar untuk suami terima. Doktor sahkan kemungkinan suami susah dapat zuriat kesan daripada pembedahan itu. Suami waktu tu antara orang paling sedih termasuklah Mama Papa dan aku sendiri. Kali pertama aku melihat mama menangis dan ulang ulang kiss anak kesayangan dan meminta suami banyak bersabar. Aku yang hanya melihat tak sanggup menahan sebak dan air mata. Masuk bilik air aku menangis semahu mahunya. Tuhan saja yang tahu betapa aku bagai nak gila menangis dalam bilik air. Dah puas menangis aku keluar dan masuk semula. Aku tak perasan hampir setengah jam aku dalam bilik air. Suami pula mula risaukan keadaan aku.

Mama panggil dan suruh aku duduk bersebelahan dengan suami. Ingatkan air mata dah habis. Baru je duduk sebelah suami aku menangis sekali lagi. Kalau boleh aku tak nak menangis depan suami risau suami bertambah lagi sedih. Tapi nak buat macam mana air mata aku memang susah nak kawal waktu tu. Lagi lagi bila tengok suami sakit dan terbaring macam tu. Lagilah aku sedih. Langsung dah takde perasaan malu malu menangis depan mama papa. Aku menangis banyak sangat sampai suami terpaksa pujuk supaya aku jangan menangis lagi. Setelah dipujuk berkali kali aku akhirnya berhenti menangis. Bila keadaan dah okay suami tiba tiba pula menangis sambil ulang ulang cakap

"Sayang, tolong jangan tinggalkan Dzaf.."

Ya Allah.. ayat ni aku langsung tak suka dengar sebenarnya. Aku hanya angguk angguk dan geleng gelengkan kepala saja. Air mata terus mengalir tanpa henti. Nak bercakap pun susah, lagipun mama papa ada, terasa malu pula kalau mama papa dengar. Berita sedih ini kami rahsiakan daripada semua adik beradik suami yang lain.

Tiga hari suami duduk hospital. Dan aku tiga hari jugalah setia di sisi suami. Hari kedua adik beradik dan family yang lain datang melawat suami. Hanya tuhan saja yang tahu betapa aku malu dan rasa bersalah sangat. Setiap yang bertanya itu ini aku hanya mampu tersenyum dan banyak mendiamkan diri. Hari ketiga suami dah boleh balik rumah. Saat saat paling sedih aku terpaksa berpisah dengan kekasih hati. Tiket pergi balik Sabah aku ambil seminggu. Aku masih ada 4 hari. Nak tukar tiket tak boleh. Stress fikir nak pergi mana.. Belum sempat fikir itu ini, papa dah ajak balik sekali dan duduk Subang Jaya. Ya Allah segannyalah. Itulah kali pertama aku masuk rumah suami.

Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Itulah yang berlaku antara aku dan keluarga suami. Aku sebenarnya bukanlah menantu pilihan. Sebab aku orang Sabah. Mama pula tak berapa nak berkenan dengan aku. Tapi setelah apa yang terjadi kat suami semuanya terus berubah. Mama perlahan lahan terima aku seadanya. Papa jenis tak kisah asalkan anak bahagia. Setelah hampir setahun kenal hati budi dan makin mesra dengan family suami, aku di lamar menjadi tunangan orang.

Sebelum tiba hari nikah. Mama bertanya beberapa soalan untuk aku jawab dengan seikhlas hati. Berdebar jugalah nak jawab soalan soalan mama masa tu. Bimbang tersalah jawab je..kang tak jadi nikah pula..huhuhu. Antara soalan paling susah dan paling sedih nak jawab adalah tentang zuriat di masa akan datang. Iyelah doktor kan dah cakap awal awal suami mungkin susah nak dapat zuriat selepas pembedahan hari tu. Mama seolah olah tak yakin yang aku terima semua ini dengan seikhlas hati..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya terlalu mencintai anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya terlalu menyayangi anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya tak sanggup hidup tanpa anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya sanggup sehidup semati dengan anaknya..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya sanggup korbankan segalanya asalkan anaknya bahagia bersama aku sepanjang hayat..

Mama tak yakin yang aku sebenarnya bukanlah fikirkan zuriat semata mata. Kalau Allah dah tentukan kami takde anak sekali pun aku tak kisah. Sebab aku yakin kami tetap akan bahagia bersama.

09 Oktober 2010 KLIK SINI kami sah sebagai suami isteri paling bahagia.. Tak sampai 2 bulan kahwin, alhamdulillah aku disahkan mengandung. Korang tau tak apa yang berlaku waktu tu? Korang tau tak apa yang kami rasa waktu tu? Korang tau tak???!!! (Ishh termarah pula..sorry sorry hehehe). Siapa sangka aku akan mengandung hasil benih suami tercinta. Siapa yang sangka semua ini akan berlaku.. Allah telah makbulkan doa kedua orang tua kami yang tak jemu jemu mendoakan kami supaya kami dikurniakan anak anak yang ramai.

Setelah suami mendapat tahu aku mengandung anak pertama, suami menangis semahu mahunya. Begitu juga dengan aku. Suami tak henti henti ucap rasa syukur yang amat kepada yang maha mencipta lagi maha penyayang. Suami juga tak sangka dan tak percaya yang satu hari nanti dia akan bakal jadi Daddy paling bahagia di dunia!

Rezeki kami bukan setakat itu saja.. setelah anak sulung hampir setahun aku disahkan mengandung sekali lagi..anak kedua hampir setahun aku sekali lagi mengandung... Tiada siapa yang sangka aku akan mengandung tiap tiap tahun..hahahahaha. Alhamdulillah syukur... Terima kasih Ya Allah..

.

.

.

.

.

Entri akan bersambung...




16 comments:

  1. ala ada sambungan pulak...dah macam novel ...syokk baca.... Alhamdulillah utk setiap ujian Nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. HEHEHEHEHE..nanti kita sambung cerita ye..tunggu tau..hehehe

      Delete
  2. Sungguh kakak terharu Wieyna. Itulah maha berkuasa dan pengasihnya Allah
    Tidak ada kuasa siapa pun mampu menyekat andai DIA mahu jadikan
    Menjadi pasangan bahagia dan langsung saban tahun dikurniakan anak sehingga tiga - subhanallah.
    Siapa mampu menidakkan.. semua dah ada dapan mata kan... tahniah dan syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah semua ni kuasa ALLAH. Syukur sangat sangat..

      Delete
  3. Tahniaj sis...
    Sedihnya baca kisah sis
    Semoga berkekalan hendaknya

    ReplyDelete
  4. sedih baca entry ni, tpi ape2 pun kesabaran akan mengubah segala2nya, allah tu maha mengetahui semuanya... now dh ada hero semoga berbahagia super cute mmy..

    ReplyDelete
  5. uwaaaa... sebak baca entry ni... macam2 dugaan kan seblm bergelar suami isteri.. Alhamdulillah jodoh dgn suami kuat... kuasa Allah dpt plak anak2 comel.. Happy Anniversary ya sis.. moga bahagia hingga ke syurga...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah jodoh kami kuat..syukur sangat. Apapun terima kasih ye..

      Delete
  6. Terharu baca entry ni.
    Kalau bab zuriat, mesti suami isteri risau kan..
    Alhamdulillah, murah betul rezeki korang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya tak pernah sangka semua ni. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah. Bersyukur sangat.

      Delete
  7. sedih baca..huhu..nasib baik happy ending..hehe..tp xend lg ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehehe.. ada sambungan lagi ni..Tapi sebab penat sangat tak sempat nak habiskan..hehehe

      Delete
  8. Sedih baca...huhuu...alhamdulillah janji Allah tu pasti. terbukti dengan 3 hero.hihii

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page