HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 22 October 2015

Aku Membebel Pasal Jerebu Lagi.

Assalamualaikum.


Aku selepas dapat tahu pasal penyakit demam kepialu ni sangat risaukan keadaan suami sebenarnya. Suami nak outstation ke Myanmar. Selepas ke Myanmar nak pergi ke Bangkok pula. Lama pula tu, macam macam dah dalam kepala otak aku ni fikir keadaan suami nanti. Aku tak pastilah keadaan jerebu negara sana macam mana. Malaysia pun dah teruk inikan pula negara luar. Sejak hari selasa hari tu suami tak masuk ofis sebab batuk batuk dan sakit tekak. Kadang kadang sakit kepala. Aku risau sangat ada kena mengena dengan demam kepialu ni. Jumpa doktor, doktor sahkan hanya batuk batuk biasa saja. Tapi aku biasalah, selagi tak sembuh selagi itulah aku risau sepanjang masa.

Setakat ni suami tak demam lagi. Tapi sebab nak outstation jauh jauh ni risau jugalah. Aku dah cuba halang supaya suami tak perlu pergi dan cari pengganti saja tapi semuanya jadual penuh dan masing masing perlu ke luar negara..huh rasa nak makan orang je bila dengar. Nak tak nak aku terpaksa pasrah sebab itulah kerja suami aku dan aku sangat berharap agar semuanya akan baik baik saja nanti.

"YA ALLAH YA TUHANKU.. kau lindungilah suamiku. Semoga dia selamat pergi dan balik dalam keadaan sihat sihat saja..Aminn.."






10 comments:

  1. InsyaAllah..mudah2an suami wieyna selamat pergi dan balik..dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang outstation tu...:)

    ReplyDelete
  2. Salam kenal SM..

    Mahu tak susah hati SM.. nak gi jauh pulak tu.. dah tu en hubby tak sihat lagi kan..
    Sama lah dgn akak ni .. demam dan sakit perut pun tak sihat lagi..
    Harap bukanlah sakit yg serius kan..

    Akak follow #632 jemputlah ke blog kecik akak ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Nur hayati! Terima kasih sudi singgah blog kita ye.

      InsyaALLAH akan baiklah tu. Tapi kalau boleh cepat cepatlah jumpa doktor jangan biar takut melarat pula. Nanti kita terjah blog awak ye..

      Delete
  3. moga sentiasa dlm lindunganNya en suami tu yek...
    yelah nk wat camne dh tugas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.. Itulah suami pun takde pilihan. Harap harap suami baik baik saja di sana..

      Delete
  4. moga husband sis dalam lindungan Allah sllu .. memang risau skrg ni.dgn jerebu, kepialu plak..
    extra jaga kesihatan dan kebersihan ya... byk2 minum air kosong...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Sekarang ni memang minum air kosong banyak. Risau macam macam penyakit keluar sejak jerebu ni..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page