HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 20 October 2015

Kisah Almari Baju Aku

Assalamualaikum.


Hari ahad baru baru ini jerebu kembali mengganas. Kalau ikutkan hari sabtu tu lagi bacaan IPU jerebu kurang baik tapi hari ahad bacaan IPU paling teruk. Nak keluar rumah pun takut. Tak sesuai bawa anak anak keluar buat masa ini. Sekolah pun dah dua hari tutup sejak hari isnin lagi. Daniael Mieqael dah dua hari berturut turut ikut Mummy masuk ofis. Nak tinggal kat rumah ummi tak nak. Terpaksalah Mummy bawa sekali.


Hari ahad baru baru ini sebenarnya adalah hari penting untuk aku. Hari untuk aku mengemas dan susun semula segala baju baju dalam almari aku. Almari khas untuk baju baju aku je tau. Almari suami dan anak anak kalau boleh tak nak sentuh langsung. Kesian tengok almari tu, makin hari makin susah nak tutup. Baju terlampau banyak. Sebenarnya dah banyak kali cuba nak buat operasi membersihkan almari tu. Tetapi misi aku selalu gagal! Kali ini tak boleh gagal. Walau apa pun terjadi. Almari kesayangan aku tu perlu dikerjakan habis habisan sampai aku betul betul puas hati..hahahaha. Suami ada bolehlah tolong jaga anak anak. Kalau suami takde jangan haraplah aku boleh sentuh almari baju ituuuu..

Aku cuba asingkan mana yang masih boleh pakai dan tak boleh pakai untuk aku beri pada orang saja. Itupun kalau ada yang nak lah. Nak buang macam sayang pula. Sebab kebanyakkan baju aku ni elok lagi sebenarnya cuma saiz je tak muat dan fesyen lama. Yang dah bertahun tahun aku pakai masa bujang pun ada lagi ni. Tak pernah sangka aku dulu pakai saiz xs. Kurus kering gila! Sekarang kalau pakai saiz xs ni Ya Allah..boleh meroyan..hahahaha. Aku sekarang layak pakai saiz M dan L je. Saiz XL tak pernah pakai lagi. Terlalu besar untuk aku. 

Sambil sambil kemas tiba tiba boleh berangan pula nak pakai balik baju baju lama aku yang bersaiz xs tu. Boleh ke saiz badan aku ni kembali normal seperti time bujang bujang. Rasanya tak boleh dah kot. Tapi kalau aku usaha lebih dan diet kaw kaw tiada yang mustahil. Tunggu dan lihat ye..tehehehe (mengada ngada betul :p)

Bukan senang nak kemas satu almari tu. Penat gila. Mana taknya kena lipat semula dan susun cantik cantik dalam almari. Tapi takpelah walau penat pun aku tetap puas hati. Asalkan baju baju dalam almari berkurangan. Tiga jam kemas satu almari. Tiga jam aku bersendirian dalam bilik. Dahsyatt betul. Anak anak pun good boy je semua dan aku tak perlu jadi harimau kelaparan. Entah berapa kali aku makan nasi hari tu sebab nak kembalikan tenaga aku yang hampir hampir saja nak pengsan. Suami nak beri bantuan tolong apa yang patut aku tak nak. Sombong. Haaaa kan dah sakit sakit badan. Tapi aku tak kisah pun sakit badan sebab nanti suami boleh tolong urutkan..hehehe. Yang penting bagi aku misi harus berjaya. 


Alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga sempurnakan misi aku. Macam macam harta yang aku jumpa dalam almari. Selama ni sibuk cari merata rata tempat tapi rupa rupanya tersembunyi dalam almari. Nampak sangat aku jarang kemas almari sendiri. Balik balik aku kerjakan almari anak anak je. Apa pun tahniah untuk aku sebab berjaya sempurnakan misi penting yang dah lama aku tangguh tangguh selama ini. Keesokkan hari terus selfie sebelum pergi kerja dengan hati riang ria..hehehe.

Okay Babai.. :-)




20 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih mummie berry! Awak pun sentiasa nampak gojes tau :-)

      Delete
  2. Dah lama tak kemas almari baju ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah. Hujung minggu tu je sempat kemas dan kerajinanku berkobar kobar..heheheh.

      Delete
  3. Tahniah sis...akhirnya misi berjaya....
    ASSAM datang singgah sini....
    Ada kelapangan jemput lah blogwalking blog ASSAM plak...
    http://assam143.blogspot.my/
    TQVM...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak terima kasih sudi singgah blog kita. InsyaAllah akak datang rumah awak pula ye..tungguuu tau.. :)

      Delete
  4. Betul yg mana baju yg elok boleh aje bagi ke rumah anak yatim atau rumah kebajikan
    Bila dan kemas lepas ni kakak rasa Wieyna mulalah memborong baju baliklah ye hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAAHAAAA..Alamak kantoilah pula. Husband pun cakap macam tu..habislah almari baju tu confirm lepas ni penuh lagi..hehehe

      Delete
  5. benda yang paling malas sekali, nak lipat bajuu. banyak sangat baju yang tak dilipat. almari baju memang tak cukup semua baju-baju yang ada. pelik betullah, mana lah datangnya baju-baju tuu semua. hahaha. ada sapasapa nak tolong lipatkan tak ? haishhh. hidup bujang je pon. belum kahwin lagi. sebab tuu kot jodoh tak sampai lagi. sifat rajin tuu tak sampai sampai lagii. ngeee =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehee awak ni comel je tau. Sabar ye jodoh pasti akan sampai. Tapi syarat dia kena rajinlah sikit sikit..hehehe

      Delete
  6. bagus2.... akak pun kene bt jgk mcm sherwieyna sbb lemari makin tak muat baju....
    kalu ikutkan kita semuanya syg,.... selagi msh elok kita kata syg2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Setiap kali nak kemas mesti ada perasaan macam tu sebab tu almari penuh..hehehe

      Delete
  7. Replies
    1. Tak rajin sangat pun. Tapi sebab dah sakit mata tengok almari tu terpaksalah juga rajinkan diri.. :-)

      Delete
  8. wah,.rajin2..hehe..almari sy tak berkemas lg..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Kalau ada masa nanti bolehlah kemas sikit sikit.. :-)

      Delete
  9. wahhh...rajin mengemas tu... sa jarang mengemas..
    klu sekali mengemas mmg buat 5S sekali dlm almari baju tu....haha...
    sa tengah berangan2 juga..klu lah dpt pakai semula baju2 masa bujang dulu.... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww! Terus guna 5s memang cantiklah almari tu..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page