HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Tuesday, 13 October 2015

Dannish Riffqie Dan Spek Mata.

Assalamualaikum.



Budak bertuah ni kan kerja dia siang malam pakai spek mata. Sampai kan nak tidur pun pakai spek mata. Tak pakai pun takpe asalkan spek mata dapat pegang dan tidur sekali dengan dia. Bila tersedar dari tidur, benda pertama dia buat cari spek mata. Kalau spek mata tiba tiba takda atau hilang mulalah kecoh satu rumah. Mengamuk membebel suruh kita cari sampai jumpa. Entah kenapa dia sukaaaa sangat dengan spek mata mami ni. Paling sedih spek mata ni dah jadi hak milik dia pula. Orang lain nak pinjam pun tak boleh. Kononnya itu dia yang punya! Eksyen betul dia ni..


Pernah sekali masa nak hantar dia kat rumah pengasuh (kak yani) tiba tiba dia buat perangai nak bawa spek mata. Aku dan suami layan jelah asalkan dia tak menangis. Tengahari tu kak yani call  dan beritahu spek mata Dannish Riffqie patah. Mami tanya kak yani, Dannish Riffqie menangis tak. Kak yani jawab Dannish Riffqie tak nangis tapi langsung tak nak makan dan tak nak minum susu. Ajak main pun tak nak. Kesian pula dengar. Sejam kemudian mami call kak yani pula tanya keadaan Dannish Riffqie. Kak yani jawab tetap sama tak nak makan, tak nak minum susu dan tak nak join kawan kawan yang lain bermain. Mami dah mula risau. Takkan sebab spek mata patah Dannish Riffqie jadi macam tu. Kesiannyalah..


Tak sampai sejam kak yani call pula dan beritahu Dannish Riffqie dah okay. Makan dan minum susu pun banyak. Tanya kak yani macam mana Dannish Riffqie tiba tiba nak makan dan minum susu. Kak yani jawab dia cuba pasang balik spek mata patah tu. Dah siap pasang, Dannish Riffqie terus nampak okay dan happy.  Ya Allah anak aku ni bahaya betul. Sampai macam tu sekali perangai dia. Itu baru spek mata patah. Kalau dah besar nanti dan tiba tiba putus cinta dengan girlfriend dia, macam mana lah Mummy Daddy nak handle nanti. Alahai tak boleh bayangkan....

*** spek mata tu terpaksa letak bintang banyak banyak. Sebab bayang bayang mami kelihatan sangat seksi..hehehee :p

12 comments:

  1. ensem nyer dier dengan spek mata tu.. patut arr merajok biler spek patah.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty. Cepat cepat update blog tau..hehehe

      Delete
  2. Oh... kakak ingatkan spec tu ada bintang-bintang..
    Itulah kalau dah kata budak belum matang yg dia sayang dia rasa kehilangan bila tak ada/tak boleh guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaaa..kalau tak letak bintang bayang bayang Mummy dia nampaklah kak..hehehe.

      Delete
  3. Terima kasih singgah blog kakak..salam kenal
    Hensem nya pakai spec mata mummy dia....jauh beno pandangan SM sampai ke putus cinta tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga untuk awak!. Terpaksa berfikiran jauh..hahaha

      Delete
  4. wahhh kecik2 dh pandai bergaya ek.... lagi ensem pakai spec mata lah mummy

    ReplyDelete
  5. hahaha..comell betulah si Dannish ni sis..memang suka spek lah tu klu gitu... silap2 buat koleksi...
    dulu anak sy pun mcm tu... tapi tulah minat dia berubah2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheehe..terima kasih. Setakat ni dia minat spek mata ni je. Ke mana mana bawa spek mata..sabar jelah..hehe.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page