HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 22 October 2015

"Demam Kepialu"

Assalamualaikum.

Sekadar gambar hiasan..Tehehehe

Sekarang ni setiap kali keluar rumah hantar anak anak ke rumah pengasuh mesti laju laju dukung anak masuk rumah pengasuh. Takut tengok jerebu kat luar teruk gila. Sejak hari ahad tu lagi sampai sekarang keadaan jerebu makin hari makin teruk. Macam macam penyakit timbul sekarang ni. Paling terbaru "Demam Kepialu".

Aku mula mula tak faham apa maksud demam kepialu ni. Iyelaaa tak pernah dengar kan sebelum ni. Nama pun macam pelik je bunyi dan tak comel langsung  nak sebut..hehehe. Okay aku nak share sikit pasal "Demam Kepialu" yang aku google dan cuba faham maksud penyakit ni. Tak sangka demam kepialu ni sangat merbahaya untuk kita semua. Jadi berhati-hatilah ye kesayangan semua. Paling penting minumlah air kosong sebanyak mungkin..


DEMAM KEPIALU
Demam kepialu adalah jangkitan bakteria yang memberi kesan kepada beberapa organ badan. Ia mudah dijangkiti, serta serius dan mengancam nyawa jika dibiarkan. Ketahui tanda-tanda jangkitan typhoid, cara ia tersebar dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi keluarga anda apabila anda ke luar negara. 

Demam kepialu disebabkan oleh Salmonella typhi, sejenis bakteria yang sama daripada genus yang sama yang menyebabkan keracunan makanan salmonella. Ia mudah dijangkiti. Demam kepialu tersebar melalui sentuhan dengan najis dan air kencing orang yang dijangkiti. Ia merupakan penyakit biasa di negara yang tidak mengamalkan kebersihan, di mana najis manusia boleh mencemari sumber minuman dan makanan dengan mudah.

TANDA TANDA JANGKITAN AWAL
Tanda-tanda jangkitan awal kebiasaannya sederhana dan boleh sembuh dalam masa dua minggu. Tanpa rawatan, satu dalam lima kes typhoid boleh membawa maut sementar mereka yang selamat mungkin mengalami masalah fizikal atau mental. Kerana itulah demam typhoid perlu dirawat secepat mungkin dengan antibiotik. Kes typhoid yang serius memerlukan rawatan di hospital dan suntikan antibiotik.

Anda mungkin mengalami antara yang berikut:
Suhu tinggi: 39-40°C (103-104°F) Sakit perut Sakit kepala Sembelit atau cirit-birit.

Dapatkan vaksin: 
Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan daripada demam kepialu. Temui pakar kesihatan anda tentang imunisasi yang betul. Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan. Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah dibasmi kuman secara bahan kimia. 

Elakkan makan makanan yang tidak dimasak. Pastikan makanan yang anda ambil dimasak sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya. Amalkan kebersihan tangan yang baik. Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air, gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.




2 comments:

  1. Sejak jerebu melanda sebenarnya Indonesia dah kena dulu Wieyna
    Di sana bukan kepialu saja, ada yg sakit mata sampai bengkak-bengkak, sesak nafas sampai duduk hospital kena guna nab bagi smoothkan pernafasan. Memang Allah sendang nak bagi ujian.

    Kita kena beringat dan berhati-hatilah dgn keadaan sekarang.. anak-anak terutamanya Wieyna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah takut dengar mata sampai bengkak bengkak. Kita pedih pedih mata ni pun dah tak selesa. Ini kan pula bengkak. Allah memang beri ujianlah ni untuk kita lebih beringat. Sebab tu tak suka bawa anak anak keluar rumah sekarang ni..risau.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page