HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Sunday, 11 October 2015

Gagal Masak Kari Ayam

Assalamualaikum.



Aku dah dua kali cuba masak kari ayam. Dua kali gagal. Kecewa sangat. Kesian suami aku teringin nak makan kari ayam tapi aku tak reti nak masak. Semalam cuba lagi. Masih gagal :'(

Bilalah aku nak pandai masak masakan melayu ni. Nak masuk 7 tahun dah duduk semenanjung aku masih gagal masak masakan melayu. Secara jujurnya seumur hidup aku inilah kali pertama aku masak kari ayam. Masa kat kampung (sabah) memang tak pernah masak pun kari ayam ni. Ibu aku lagilah tak pernah masak kari ayam. Mesti korang pelik kan. Tak payah nak pelik pelik, orang sabah memang jenis tak makan kari ayam. Kat sabah selalu masak makanan yang memang susah nak cari kat semenanjung ni. Dah puas cari memang tak pernah jumpa.

Oleh kerana family aku jenis tak makan kari ayam. Sekali makan, confirm cirit birit. Itu cerita dulu. Sekarang ni aku tak pasti. Rasanya adik beradik aku yang lain dah pandai makan kari ayam kot. Sama ada dah pandai masak sendiri atau pun makan kat luar. Aku pun tak pasti.

Yang pasti aku dah pandai dan boleh makan sikit sikit kari ayam tapi masih cirit birit lagilah kalau aku terlebih makan terutamanya kari ayam mamak. Allah seminggu jugalah aku cirit birit. Dah lama suami teringin nak makan kari ayam hasil tanganku. Tapi itulah..benci betul tak pandai pandai! Nak masuk dapur pun takde mood nak masak. Tengok resepi kari ayam ni nampak macam senang je. Sekali buat rasa nak menangis pun ada. Alang alang aku dah masak tu suami tetap cuba habiskan juga walaupun rasa dia lain macam. Bagi aku tak sedaplah. Tapi suami tetap kata sedapp.

"Sorry sayang, nanti mami cuba lagi ye sampai berjaya.."



10 comments:

  1. ohhh sis.. saya pun ndak pandai sgt masak kari ayam ni.. kadang jadi, kadang ndak.. haha...bila suami suka makan kenalah kita belajar masak kan...insyaAllah lama2 nti menjadi lah tu sis... chaiyokkk :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaaa sayang, memang kena belajar sampai pandai ni..HEHE

      Delete
  2. resepi senang minta dgn aku wien..hahaha - odeng -

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay ding, nanti aku call kau malam ni..jangan lupa bagi resepi paling senang dan yang paling sedap tau..hehehe

      Delete
  3. takpa cuba lagi, nanti lama2 mesti pandai.

    ReplyDelete
  4. Alololo...practice make perfect. Nanti mesti berjaya jugak buat kari ayam nih.

    ReplyDelete
  5. hihihi..aida pun tak pandai masak kari kari ni..tapi sejak anak anak suka gila makan kari terpaksa belajar n buat..nasib baik ok n rasa kari..tapi nak kata sedap sangat tu tak lah..hihih..takpe..cuba lagi k..insyaALLAH practice makes perfect k..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh anak anak awak suka ke makan. Setakat ni anak anak tak pernah lagi makan kari ayam. Masak untuk suami je. Tapi itulah sebab tak biasa masak kari ayam, nak kata sedap tak taulah yang pasti suami makan sampai licin..hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page