HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Saturday, 3 October 2015

Jerebu

Assalamualaikum.



Ya Allah jerebu semakin teruk sekarang ni. Nak bawa anak anak keluar rumah pun risau. Dahlah hari ini nak bawa tiga beradik ni balik Subang Jaya. Bila tengok keadaan jerebu macam ni stressnyalah. Minggu lepas jerebu dah okay sikit tapi minggu ni makin teruk pula. Nak bernafas dalam rumah sendiri pun susah. Padahal langsung tak buka tingkap. Penglihatan dalam rumah pun jadi kabur kabur. Stress betul dengan jerebu ni. Benci aku!

Dua hari lepas hujan lebat. Hujan turun selebat lebatnya. Aku punyalah seronok tahap melompat lompat keriangan tengok hujan tiba tiba mengganas..hahahaha. Kalau boleh nak berdoa supaya hujan turun setiap hari untuk kurangkan IPU. Tak tahan dah tengok jerebu ni. Sakit mata dibuatnya. Tapi hari ini takda tanda tanda nak hujan pun :'(

Buat kesayangan semua jaga kesihatan ya. Jangan lupa minum air banyak banyak dan pakai mask bila keluar rumah. Tata..


2 comments:

  1. Tulaa take care k Wien..semoga anak anak juagk sihat..risau kalau mereka sakit..kita nak buat ape pun serba tak kena kan..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aida sayang! Kita tak sihat takpe. Jangan anak anak. Boleh menangis dibuatnya kalau anak yang tak sihat. Sedih tau..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page