HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 9 October 2015

Rambut Gugur.

Assalamualaikum.



Aku selepas melahirkam anak ketiga, keguguran rambut aku semakin menjadi jadi. Bukan gugur biasa biasa je tapi tahap aku meroyan setiap hari. Geram dan sedih je tengok rambut aku gugur berterusan. Bukan gugur sikit sikit tapi banyak okay. Aku hari hari mandi dan basahkan rambut. Shampoo pula dah macam macam shampoo aku guna. Pantang tengok iklan shampoo kat tv, mesti nak cuba. Shampoo yang pernah aku cuba setakat ini rejoice, pantene, safi, clear dan sunsilk. Tapi hasilnya mengecewakan. Sedih okay! :'(

Sebelum ni tak pernah lagi terjadi macam ni. Masa melahirkan anak sulung dan anak kedua rambut aku gugurlah juga sikit sikit. Tapi takdelah seteruk ini. Sekejap je kot rambut aku gugur. Lepas tu kembali normal. Tapi kali ini paling teruk. Tak tahan dah tengok rambut aku ni merata rata dan bersepah sepah dalam rumah. Aku jenis rambut lebat. Yang peliknya rambut aku tak nipis nipis walaupun keguguran rambut aku tahap kritikal. Bukan ke kalau dah gugur rambut semakin ke arah botak? Tapi aku belum botak lagilah. Rambut pun masih lebat lagi tapi itulah hari hari gugur stress jugalah nak layan rambut aku ni!

Ada tak siapa siapa yang pernah alami rambut gugur dan berjaya cari penawar? Kalau tak pun sharelah kat aku petua petua korang untuk hentikan keguguran rambut aku ni. Atau ada shampoo yang lebih baik dan lebih berkesan untuk aku cuba. 

Terima kasih sudi membantu..


12 comments:

  1. huhuhuhu selalu kalu asik ggr je mmg nk mudah potong pendek... tp syg kalu rambut panjang lurus...

    tak cuba tukar shampoo ke... kot2 ada yg berkesan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah macam macam jenama shampoo aku guna tapi semuanya tak okay. Itulah terfikir juga nak potong pendek. Stress gila :(

      Delete
  2. cuba petua yang ada kat sini pulak.. ;) mana tahu berkesan..

    http://siraplimau.com/rawatan-rambut-gugur-bersalin/

    http://hannahvitashoppe.blogspot.my/2015/03/5-cara-atasi-rambut-gugur-teruk-selepas.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay terima kasih. InsyaAllah akan ku cuba :')

      Delete
  3. Kakak dah lama alami rambut gugur Wieyna
    Langkah kakak satu aje tak boleh rambut panjang
    Kalau pendik kuranglah masalah itu aje.
    Tukar syampoo kalau kakak tak jalan juga tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nekad ni kak. Nak potong rambut..hehe. tq kak..

      Delete
  4. Terimakasih singgah blog kakak.
    Skg ni anak2 dara kakak yg hadapi msalh rambut gugur ni....mungkin sbb stress bljr.Bila dia orang balik kakak sapukan lendir daun aloe vera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun aloe vera? Alamak mesti susah nak cari daun ni. Apa pun terima kasih untuk petua akak ye.. :')

      Delete
  5. sis leh cuba syampoo marine essence.
    my frens sndiri die kata lepas dah ada 2 org anak bnyk rambut gugur.
    now dah try lepas i recommend ...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay terima kasih. Nanti saya cari jenis shampoo ni.. tq tau! :-)

      Delete
  6. saya smpi sekarang rambut still gugur juga.. stress juga memikir nya.. rambut dah nipis btul ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rambut gugur memang buat kita stress. Makin stress makin banyak lagilah gugur. Risau je botak nanti :(

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page