HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 15 October 2015

Sempena Cuti Maal Hijrah.

Assalamualaikum.

Semalam cuti Maal Hijrah. Bestnya cuti kan. Boleh bangun lambat dan boleh golek golek atas katil dengan anak anak. Suami ada lagilah seronok. Semua tak payah mandi awal. Santai santai dulu atas katil sambil gomol gomol sesiapa saja yang berbau masam masam manis...HAHAHAHAHA. 

Semalam suami beli roti canai untuk breakfast kami anak beranak. So pagi tu aku tak perlu kelam kabut sediakan breakfast. Suami aku yang terlampau baik hati itu telah mudahkan kerja aku..hehehe. Ohh yaaa anak anak memang penggemar roti canai termasuklah yang paling bongsu tu. Makan roti canai bukan sikit sikit tau tapi banyakkk. Roti canai campur dengan susu pekat F&N atau campur madu sikit memang mengundang selera anak anak. Mummy pun suka makan macam tu..sedapppp! :')

Sepanjang hari aku langsung tak sentuh kerja kerja rumah. Aku hanya melayan suami dan anak anak. Malas nak buat kerja sebenarnya. Lagi suka santai santai depan tv dengan family. Saja nak hilangkan stress. Setiap kali ada peluang macam ni, memang seronok sangat. Suami kan selalu outstation. Bila suami ada kebahagiaan kami anak beranak hanya Allah saja yang tahu. Kalau hari hari dapat bersama bahagianya.

Tengahari tu suami ajak makan kat luar. Semalam jerebu nampak okay sikit. Nak bawa anak anak keluar pun senang hati dan aku tak perlu stress dengan jerebu..


Mummy anak tiga wajib selfie okay..tehehe :p

Malas nak pergi jauh jauh. Kami keluar makan kat Alamanda je. Lagipun nak cari barang keperluan anak anak seperti susu dan pampers. Mula mula nak pergi Ioi Putrajaya. Tapi malas pula nak ke sana. Tunggu hujung minggu ni sebab tekak aku tiba tiba teringin nak makan cendol durian..hehehe.

Sampai Alamanda terus makan. Kami makan kat Chicken Rice Shop. Wajib bagi budak budak hensem ni makan kenyang kenyang. Walaupun makan roti canai banyak, tengahari wajib makan. Restoran Chicken rice shop ni memang sesuai untuk anak anak aku makan sebab anak anak suka makan ayam. Lagi lagi kalau ada sup..huh berselera habis. Alhamdulillah anak anak makan banyak. Dah habis makan teruslah kami bersukaria lagi.

Budak kekenyangan sampai tak larat nak senyum..hehe

Serius benar bawa kereta

Sebelum kereta ni bergerak Rayyan Ashraff senyap je waktu ni..

Bila dah start bergerak Ya Allah bisingnya budak pakai baju polo tu..hahaha.

Dah habis masa. Syiling pun dah habis. Tapi budak bertuah ni tak nak keluar. Seronok sangat main kat dalam tu. Apa lagi Mummy snaplah gambar dia banyak banyak. Geram pula Mummy..






Rayyan Ashraff tak boleh jalan lagi ni. Masih dalam fasa merangkak lagi. Tapi kalau kita pegang tangan comel dia tu bolehlah jalan sikit sikit.

Tengoklah betapa excitednya anak Daddy ni dapat jalan jalan..hehehe.

Dah puas jalan jalan dengan Daddy, sambung jalan jalan dengan Mummy pula.


Bab nak bagi dia jalan ni memang tak nak berhenti langsung. Kalau boleh nak jalan je tanpa henti. Kita berhenti sekejap dia mulalah membebel suruh kita jalan. Kalau dah boleh berjalan ni confirm Mummy Daddy tak boleh kawal. Takpelah sekurang kurangnya cepatlah Mummy slim  mengejar kamu sayang..


10 comments:

  1. besar dah abgg :)
    akak duk area putrajaya ke? ingatkan duk sabah..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi yana! Aah Anak sulung dah besar dah masuk sekolah dah pun..hehehe. Akak dah 7 tahun duduk Putrajaya. Sekali setahun je dapat balik Sabah..huhu

      Delete
    2. oooo..hehe..dak skolah dah ye..masa mula2 follow blog ni kecikkkk je... :)

      Delete
    3. Heheheehe..dah besar dah hensem dah ni..hehehe

      Delete
  2. Bila tengok anak-anak happy puas rasa kan Wieyna
    Kita penat sikit melayan mereka tak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Memang puas hati sangat tengok anak anak happy. Anak happy mami daddy lagi happy..hehe

      Delete
  3. cantik je awak pakai tudung camtu...kita ni x ckup gigih..huhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih awak! Trylah pakai..ramai je yang pakai style macam ni. Tentu awak nampak comel dan cantik :')

      Delete
  4. Comelnya dia senyum ..macam mommy dia jugak..comel :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page