HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Thursday, 8 October 2015

Kebaikan dan khasiat Teh Hijau / Green Tea

Assalamualaikum.


Aku sejak anak bongsu dah setahun ni baru terfikir pasal diet atau lebih kepada nak kurus. Sebelum ni terfikir jugalah nak diet tapi sebab anak masih menyusu dan aku wajib makan banyak terutama sekali makan nasi dalam kuantiti yang sangat banyak. Kalau aku tak makan nasi dalam sehari mulalah aku jadi harimau kelaparan. Makanlah apa pun, tanpa nasi aku tetap akan kelaparan tahap nak makan orang rasanya..tehehe. Sekarang aku masih makan nasi seperti biasa. Kadang kadang terlebih dan kadang kadang terkurang makan nasi. Tak kisahlah janji aku makan nasi. Wajib okay!

Sekarang aku tengah amalkan satu minuman best ni dan wajib minum setiap hari. Korang pernah tak dengar pasal teh hijau / green tea? Mesti pernah dengar kan. Aku dah sebulan amalkan minum teh hijau ni. Sekurang kurangnya sekali sehari. Tak berani lagi ambil secara berlebihan takut cirit birit pula. Rasanya tak ramai yang suka minum teh hijau ni sebab rasa dia tawar dan sedikit pahit. Aku mula mula minum teh hijau ni terus rasa nak termuntah. Rasa dia pahit tawar dan tak sedap langsung! Kalau letak gula okay kot rasanya tapi teh hijau ni lagi elok diminum tanpa gula sebenarnya. Tapi bila dah selalu minum dan amalkan setiap hari rasanya lebih kurang je dengan teh o biasa yang kita minum tu. Cuma yang ni tawar dan tiada gula langsung. Sejak aku amalkan minum teh hijau ni kesan paling ketara sekali berat badan aku turunlah sikit. Tak turun banyak pun. Sebab baru amalkan sebulan kan. Kalau aku terus amalkan ni mungkin tiba tiba jadi kurus kering kot. Omaigod! tak nak lah sampai kurus kering, muka cengkung semacam. Kurus sikit sikit dahlah asalkan cantik..hehehe

Siapa yang rasa nak kurus dan cantik bolehlah amalkan minum teh hijau ini setiap hari. Banyak khasiat yang terkandung dalam teh hijau ni. Antaranya membantu mengawal berat badan, mencantikkan kulit, mengurangkan kolestrol, mencegah kanser, menurunkan tekanan darah, mencegah keracunan makanan dan banyak lagilah khasiatnya. Tapi biasanya teh hijau ni menjadi pilihan orang orang yang nak kurus dan cantik termasuklah aku..hehehehe.



Setakat ini aku cuma minum brand Boh je. Itu pun suami yang belikan. Tak tahu pula ada macam macam brand. Takpelah brand Boh ni pun okay juga. Lagipun suami yang belikan. Sayang pula kalau tak minum. Sekotak ada 50 dan aku minum baru sebulan. Sehari wajib minum sekali. Harga pun murah je. Tunggu yang ni habis barulah cuba brand lain pula. Teh hijau ni dah jadi salah satu minuman kegemaran aku dah sekarang..Hehehe. Jadi jomlah sama sama amalkan teh hijau ni. Kesan dia memang luar biasa. Kalau tak percaya cubalah dulu..hehehe. Okay babai!




35 comments:

  1. salam kenal... tq sudi ke blog ciput akak...

    hehe... macam best jer green tea jenama Boh ni... nnt leh try.... maklumla badan makin berumur mcm akak ni susah nak kempis balik...hahaa... tq super sute mummy...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaahaa..akak ni boleh je minum green tea ni walaupun berumur. Manalah tahu tiba tiba kulit akak jadi cantik..hehehe

      Delete
  2. Akak minum lipton punya green tea.. tapi jarang minum sangat haha.. beli saja simpan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa kenapa tak minum rugi tau..hehehe.

      Delete
    2. saya ada jual tea hijau thailand
      green tea latte
      resepi disediakan tq
      nak order
      WhatApps 0139059925

      Delete
  3. Kakak hanya bancuh green tea ini selepas makan aje Wieyna.
    Perahkan lemon pun sedap tau masa bancuh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww macam tak sabar pula nak cuba green tea campur lemon. Mesti sedap kan kak..tq kak zakie sayang..hehe

      Delete
  4. Datang sini follow blog sis .. lama xminum tea hijau..klw g cameron slalu beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi follow blog akak. Kenapa tak teruskan minum green tea? Tak nak cantik ke? Tehehe :')

      Delete
  5. akak skrg amalkan minum teh hijau panas lps mkn, itu lebih berkhasiat lg.... mmg banyak khasiat nya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowww akak betul betul bakar lemak ni..hehehe. Kita selalu amalkan setiap pagi je. Itupun minum sekali je. Lepas ni nak amalkan lepas makanlah pula..hehehe :)

      Delete
  6. Salam kenal..follow #630..
    Memang banyak kebaikan teh hijau ni kan.. nak jg cuba..tapi belum beli lagi...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih follow blog kita!

      Cepat cepat beli. Rugi kalau tak cuba..hehehe

      Delete
  7. Ada kat rumah...tapi tak minum..nanti nak minumlah...salam kenal..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal untuk awak juga.

      Haaaa minum jangan tak minum tau..heehee

      Delete
  8. Ade je teh hijau boh ni kat rumah.. Tapi x minum pon, hehe.. !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai ruginya tak minum. Jomlah minum sama sama..hehe

      Delete
  9. tak sanggup nk minum sbb tawar sgt..hehe..tp mmg elok kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi yana! Kita pun mula mula tak berapa nak suka. Tapi bila selalu minum dah jadi suka pula. Ramai yang kata elok je minum untuk kesihatan :)

      Delete
  10. hehehe kebetulan plak, fiza pn br nk berjinak jinak minum green tea ni lps husband belikan
    so marilah kite minum ye! hehehe

    btw mummy da slim n cantek la :)
    @fiza_mrs shazri
    kwn dlm IG

    HEHEHHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe..baru nak berjinak jinak ye..chaiyok chaiyokk..minum jangan tak minum pula..hehehe. Alaaaaa kenal sangat nama ni, kawan baik dalam Instagram. Terima kasih sudi singgah sini tau :)

      Delete
    2. saya ada jual tea hijau thailand
      green tea latte
      resepi disediakan tq
      nak order
      WhatApps 0139059925

      Delete
  11. Salam kak. Boleh bertanya? Mcm mana ye nk bancuh teh hijau boh ni? 1 uncang untuk 1 cwn atau boleh buat utk 1 teko ye? Huhuhu

    ReplyDelete
  12. Minuman kgemaran sya...blh dktakn setiap hri minum...milk green tea plng sdap...hehehe

    ReplyDelete
  13. Baru nk try minum jugak green tea ni..aim nak kurangkan muncit kat perut..dh mcm org mengandung baper bulan je..hehe

    ReplyDelete
  14. Dah beli green tea boh..mmg tawar..ada doktor rekemen kan guna stevia utk gantikan gula..titiskan sekali je dlm cawan..kurg lah kepahitan itu..hehe

    ReplyDelete
  15. Saya minum green tea ni setiap hari selama 6 bulan sambil bersenam sikit2 alhamdulillah turun 11kg, tapi makan nasi dua kali sehari juga hihi

    ReplyDelete
  16. KNP SAYA MINUM GREEN TEA NI BDN JD XLRT EA.. TKK LOYER.

    ReplyDelete
  17. green tea best..dah biasa minum lama2 rasa xpahit dah..lali kat tekak..effect lain2 pd individu..memg lost weight klu consistant n melawaskan buang air besar ..jnma boh pon ok..tp bkn green tea jnis yg wangi tu tau :)..

    ReplyDelete
  18. sy pon baru berjinak2 dengan gree tea.. sy minum brand ana edar Green tea plus namenye.. nk jadikan amalan harianla minum ni.. ;)

    ReplyDelete
  19. Teh hijau ni seeloknya minum sehari sekali right? But time bila eh sesuai minum? Either pagi lepas bangun/breakfast atau sebelum nak tido malam?

    ReplyDelete
  20. Teh hijau ni seeloknya minum sehari sekali right? But time bila eh sesuai minum? Either pagi lepas bangun/breakfast atau sebelum nak tido malam?

    ReplyDelete
  21. mmg tea boh ni bagus..pas bersalin brt bdn sya 60kg..5bln sya minum stp hari n now brt dh 54kg..hari2 wajib minum..smbil2 tu diet la sikit2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page