HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Friday, 23 October 2015

Video Pertama Dalam Blog

Assalamualaikum.

Kali pertama masukkan video dalam blog. Tak sangka berjaya! Kesianlah aku ni ketinggalan zaman. Orang lain dah beratus ratus video dalam blog. Aku baru belajar nak masukkan video dalam entri, itu pun segan segan nak post..hahahaha. Selalu ambil video terus post kat Instagram dan Facebook je. Dalam blog ni tak pernah buat lagi. Sekali buat rasa seronoklah pula bila berjaya..hehehe.



Okay ini anak sulung Mummy Daniael Mieqael. Video ni dah lama sebenarnya. Waktu tu Daniael Mieqael dah 5 bulan belajar kat sekolah Smart Reader. Umur masih dalam 3 tahun lebih. Sekarang budak hensem ni dah masuk 4 tahun. Alhamdulillah sejak hantar masuk sekolah Daniael Mieqael dah berjaya hafal ABC dan 123 dengan baik. Selain hafal ABC dan I23 banyak jugalah perubahan lain seperti dah pandai menulis mewarna dan kenal semua huruf ABCDE. Paling seronok dah ramai kawan. Asal je cuti sabtu Ahad mesti mengamuk nak pergi sekolah. Rindu kawan kawan katanya..hehehe.

Sebelum hantar masuk sekolah, Daniael Mieqael selalu bercakap guna bahasa france. Mummy Daddy je kot yang faham bahasa dia. Tapi sejak masuk sekolah. Alhamdulillah dah boleh bercakap bahasa melayu dengan betul. Lega hati Mummy Daddy anak sulung dah pandai berkata kata..hehehe. Bahasa english pun Daniael Mieqael dah faham dan bolehlah cakap sikit sikit. Takpelah masih awal lagi kan.

Ehem ehem dah berjaya letak video dalam blog ni tak mustahil video lain akan muncul. Mummy dahlah jenis suka ambil video banyak banyak. Habislah lepas ni..hahahahahaaa





12 comments:

  1. Bila dah berjaya mestilah puas hati ye Wieyna:)
    Cerdik dah abang Daniael.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat sangat puas hati kak..hehehe. Alhamdulillah semoga lebih bijak pandai lagi lepas ni..hehehe

      Delete
  2. Replies
    1. Haaaaaa Apa lagi trylah cepat..best tau..hehehe

      Delete
  3. salam... sy silent reader... boleh tak share cane nak masukkan video dalam blog.. sy nak try jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Segannya tetiba ada silent reader..hehehe. Apa pun terima kasih sudi singgah blog biasa biasa kita ni. try buka link ni

      http://seo.rahmadgraphic.my/2014/01/cara-letak-video-youtube-ke-dalam-blog.html

      Delete
  4. Alhamdulillah...pandainya Mieqael...moga Mieqael jadi insan yang berjaya bila besar nanti ya..insyaallah..

    ReplyDelete
  5. wah.. tahniah,,, hehehe..

    alhamdulillah.. seronokkan tgk perkembangan positf anak2.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.

      Rasa seronok dan rasa bangga tengok perkembangan anak sampai tahap ini. Bersyukur sangat.. :)

      Delete
  6. Alahai..takpe. Janji dah pandai masukkan video dlm blog. Lambat sikit takpe..

    ReplyDelete
  7. wahh...best sudah berjaya... hihi..lepas ni masuk kan jak video2 anak di blog...
    boleh jadi kenangan bila dorang besar nti.... hensem dia.. bijak :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page