HOME Daniael Mieqael Dannish Riffqie Rayyan Ashraff Family and Friends My Bloglist Pregnancy Moments

Monday, 2 November 2015

Pendaftaran Daniael Mieqael Ke Smart Reader 2015

Assalamualaikum..

Alamak cerita yang aku nak share kat korang ni dah basi agaknya. Sepatutnya nak cerita awal tahun hari tu. Tapi asyik tak sempat je nak update dan terus terlupa. Kalau tak diblogkan sayangnyalah. Dah takde kenangan untuk hari tua. So hari ini nak ceritalah sikit pasal pendaftaran sekolah anak aku awal tahun hari tu.

Sepatutnya pendaftaran perlu disettlekan tahun lepas 2014. Tapi disebabkan banjir yang melanda di beberapa kawasan semenanjung malaysia, maka sesi pendaftaran masuk sekolah terpaksa  ditangguh ke tahun 2015. 

02012015 hari tu bermulalah sesi pendaftaran Smart Reader. Kebetulan suami cuti sempena maulidur rasul. Sedangkan aku wajib masuk kerja. So pagi tu aku masuk kerja macam biasa. Tepat jam 10.00 pagi aku keluar setelah mendapat keizinan bos bos tersayang untuk settlekan pendaftaran anak masuk sekolah. Suami dah siap siap tunggu bawa ofis. Dalam kereta anak sulung aku Daniael Mieqael dah mula kecoh cerita pasal nak pergi sekolah. Kami suami isteri hanya senyum sahaja layan keterujaan dia nak pergi sekolah. Balik balik dia ulang ulang cakap

"Mummy, Abang nak pergi school!"
"Daddy, Abang nak pergi school!"

Itu jelah yang dia ulang ulang sepanjang perjalanan ke Smart Reader. Nampak sangat betapa excitednya anak aku ni nak pergi School..hehehe

Kami sampai di Smart Reader jam 10.15 pagi. Dekat je dengan ofis sebenarnya. Tapi lagi dekat kalau dari rumah. Jalan kaki pun sampai :')

Wajah kesayangan Mami yang terlampau happy nak masuk sekolah siap pakai beg lagi..hehehe.


Sepanjang masa buat peace..hehe


Korang tau tak apa yang ada dalam beg sekolah Daniael Mieqael ni. Adoi rasa nak ketawa pula. Dalam beg tu bukan ada buku atau alat tulis pun, yang ada pampers dan botol susu saja. Sebelum keluar tadi sempat lagi Mummy pujuk dia supaya jangan malukan Mummy Daddy. Tak pasal pasal teacher tergelak nanti. Bayangkan bantal bushukk dia pun nak sumbat sekali dalam beg ni. Kalau setakat nak pergi rumah mertua takpelah aku tak kisah sangat. Tapi yang ni nak masuk sekolah anak oiii! Malulah Mummy T______T.

Lama jugalah aku pujuk dia supaya tinggalkan saja bantal bushukk tu dalam kereta. Balik nanti baru peluk cium puas puas. Abang tetap tak nak. Berkeras nak bawa juga. Ishh ishh geramnyaaa aku time ni. Pujuk punya pujuk barulah Daniael Mieqael dengar kata dan tinggalkan bantal busuk dia walaupun sebenarnya dia terpaksa akur dengan permintaan mami harimau ni :p


Sementara suami uruskan segala yuran pendaftaran anak, Mummy dan Daniael Mieqael sempatlah melihat dan meronda ronda tadika tersebut. Daniael Mieqael masa ni memang seronok yang amat dan tak sabar sabar nak pergi school..hehehe

Ulang ulang dia cakap "wow cantiknyaaa!"

"Mami school abang cantiklah! (Sambil melompat lompat keriangan).

Dia tak tahu mami lagi seronok sebenarnya..hehehehe



Daniael Mieqael terlampau seronok dan macam macam jugalah dia tanya. Excited sangatlah ni.
Sayang anak mami!


Tengoklah semua kelas dia masuk! Jakunlah katakan..hahahahah

Dari luar nampak kecil je. Sekali masuk boleh tahan juga besar dan luas. Memang puas hatilah. Paling penting anak anak selamat dan selesa belajar.

Haaaaa siap ada TV lagi..

Dah siap meronda ronda, kami pun masuk bilik khas untuk ambil baju, kasut, stoking dan beg sekolah. Sekarang tengah try saiz kasut. Daniael Mieqael ni nampak je kecil tapi kaki dia panjang tau, nak cari saiz kasut dia pun susah. Kalau boleh tak naklah ambil saiz cun cun dengan saiz kaki dia sekarang, nak ambil saiz besar sikit. Sebab nak pakai kasut ni setahun kan..so kenalah ambil besar sikit..

Haaaaa nasib baik ada saiz yang sesuai. Suka tengok kasut ni comel jeee..

Dah siap pakai kasut, semangat dia nak tunjuk kat Daddy dia..

"Daddy ini kasut abang tau!" (Daddy pun layan jelah..hehehehe)

Sekarang nak try baju dan seluar sekolah pula. Anak kecil dan halus je so mami ambil saiz S. 
Kalau ambil besar sangat pun nanti nampak tak hensem pula..

Hari tu dah siap beli beg sekolah bagai untuk Daniael Mieqael. 
Last last wajib pakai beg sekolah ni pula. Takpelah janji comel..

Seluar sekolah ada dua jenis. Satu jenis seluar panjang dan satu lagi seluar pendek. 
Dua dua wajib ambil.

 Amboi excitednya mami..huhuhuhhuu. 
Haruslah excited anak sulung nak masuk sekolah kan..hehehehe

Seluar kena cari saiz yang sesuai dengan ketinggian Daniael Mieqael. Teacher suruh pakai betul betul risau saiz tak sesuai dan besar. Nak tak nak terpaksa buka seluar jeans Daniael Mieqael dan menyebabkan anak bujang mami ni berasa malu malu gitu..

Okay dah siap! Tapi tetap rasa malu malu..hehehe

Alolololoooo..hensemnya kesayangan Mami Daddy ni...
"Semoga jadi anak yang bijak pandai ye sayang.."

Kesayangan Daddy dan terlampau manja dengan Daddy..


Dah settle semua. Kami pun terus balik. Masa ni Daniael Mieqael dah lapar. 
Suami terus ajak makan tengahari kat IOI City Mall Putrajaya.



Ke mana saja pergi pasti bawa lego halus halus ni. Dah macam macam lego ada kat rumah tu, tapi ini jugalah yang paling dia sayang dan sentiasa ada kat tangan.


Hari tu apa saja kemahuan Daniael Mieqael aku dan suami cuba tunaikan. 
Daniael Mieqael memang nampak happy sangat sangat.


Sementara tunggu makanan sampai. Macam macam kami borak pasal budak bertuah ni. Walaupun Daniael Mieqael tak pandai lagi bercakap masa ni, Tapi setiap perbualan kami Daniael Mieqael faham dan dia cuba balas dengan bahasa france dia..hahahahaha.

Setiap kali dia cuba berkata kata aku dan suami pasti akan ketawa tahap tak ingat dunia. Terasa geli hati sangat..hehehehe.




Ehem ehem..setiap kali datang IOI Putrajaya, wajib makan cendol durian tau. 
Kalau tak dapat confirm mami merajuk seminggu..tehehehe.


Dengan jujurnya mami sebenarnya makan cendol durian ni sampai tiga mangkuk tau. Makan sekali tak puas. Dah makan dua tiga kali barulah puas hati. Tak percaya sudah..hehehehe ;p

Okay inilah barang keperluan Daniael Mieqael nak masuk sekolah nanti. Segala alat tulis seperti, pensel warna, pensel, pemadam, pembaris dan yang sewaktu dengannya pihak sekolah sediakan sendiri. Tapi suami tetap belikan untuk kegunaan Daniael Mieqael kat rumah pula nanti.


Sepatutnya dapat dua pasang baju je. Tapi suami tambah 3 pasang lagi so semuanya ada 5 pasang baju sekolah untuk Daniael Mieqael. Tujuan suami beli sampai 5 pasang supaya aku tak perlu basuh baju sekolah anak hari hari. Iyelah mana sempat nak basuh setiap hari, kalau suami ada waktu tu takpelah. Tapi kalau tetiba suami outstation ke apa, aku pula sendirian berhad layan tiga hero kami memang takkan sempat punya nak basuh baju bagailah kan. Bab ni aku paling suka sebab suami aku yang bijak pandai ni faham apa yang akan berlaku nanti..hehehehe.

Hari tu baju saiz S habis stok. Kami dapat 4 pasang je. Stok akan sampai bila sesi persekolahan bermula. So jangan pelik kenapa gambar kat atas tu ada 4 pasang baju je ye kesayangan semua.


Paling suka tengok kasut ni..comel jeeeee!

Beg Sekolah Daniael Mieqael. Harap harap dia tak sumbat bantal busuk dalam beg ni..hehehe.
Okay dah habis. Nanti mami sambung pula sesi orientasi pertama Daniael Mieqael..babai semua!





9 comments:

  1. suke nyer daniael mieqael nk pi school.... senang lah kalu dia sndiri yg nk pg sekolah kan... takde lah kita risau dia nngis ke apa nnti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya mula mula tu risau juga. Tapi bila dia jumpa ramai kawan kat sekolah bertambah tambah seronoklah dia nak pergi sekolah.

      Delete
  2. daniael mieqael ni ank daddy eh happy je dia nk g school ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah memang anak Daddy sangat sangat. Semuanya Daddy. Nak dengan mami dia kalau Daddy takde je. Takpelah janji anak happy kan :)

      Delete
  3. Senang je dia nk g sek kan..
    Bagus..good boy!!!

    ReplyDelete
  4. happy nya Daniel nak ke sekolah... sekolah ni memang terbaik kan..selalu juga baca review dr kengkawan ttg sekolah ni... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni alhamdulillah anak banyak perubahan masuk sekolah smart reader ni. Dari kosong terus pandai semua benda yang selama ni dia susah nak buat. Syukur sangat..

      Delete
  5. Happy nya Daniel nak ke sekolah...semoga berjaya dalam pelajaran dan membanggakan kedua ibubapa....

    Kasut tu memang comel lah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2016 JIAKREATIFELT. All rights reserved. | Sign in

|Top of page